CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 31, 2010

mission pindah rumah

Malam ni dah masuk 31 Ogos. Oh MERDEKA!! Hehe. And 31hb jugak merupakan birthday adik mama lil star yang comel, Nur Ainaa Che Mazlan. Happy 22nd birthday dearie. Dah besa dah ainaa ek. Hehe. Tapi sedih sebab tak sempat jumpa. Esok dia dah nak balik france. Selisih sikit je ngan kitorang. Takpe la, tadek rezeki nak jumpe kali ni. Tapi harapnya bila2 dapat la mama lil star ngan ayah lil stat g jalan2 france. Hiiii.

Ok, nak cerita apa ye. Harini takde cerita sangat la. Just mama lil star ngan ayah lil star bz mengemas barang2 kat rumah sebab esok pagi nak pindah rumah. Rasa seronok pulak nak pindah. Walaupun tak tau nak expect apa. Hehe. Yang penting, mama lil star dah tak payah pegi lab esok. Suka sangat. Hehe. Bila takyah pegi lab ni, mula lah nak tidur lambat2. Pastu rasa tak sihat pun boleh bising2 ngan ayah lil star lagi. Haha. Lagi satu yang happy nye sebab.. Jumaat ni insyaAllah dah balik Malaysia!!! Oh sukanya saya. Gembira, bahagia, teruja, semua la (did I just use the word 'teruja'?wuuwuu.^_^).

Oh, mama lil star tak mentioned yang mama lil star tak payah pegi lab dah sampai la balik Malaysia nanti. Buat cuti sendiri. Hiiiii. Alasan nak beli barang2 rumah. Tapi tak tau la apa yang nak beli sangatnya tu. Alasan je lebih. Hehehe. Mama lil star sebenarnya ingat nak pegi spitel check, tapi tengok la kalau sempat. Takut tak sempat je. Maklum la, nak balik tanah air tercinta kan. Hehehe. Check kat Malaysia je la. Hiiiii.

Mama lil star belum cerita lagi kan, sekarang ni kat sapporo dah start ada banyak rama-rama yang sangat cantik. Bila naik basikal petang2 balik dari lab, nampak rama2 terbang2. Cantik sangat3. Subhanallah. ^___^ Nak ambik gambar, tapi tak bawak camera pegi lab kan. So tak leh la nak amik gamba. Tapi bila tengok tu memang rasa happy sangat2. Rasa hilang semua stress kat lab. Mama lil star senyum sorang2 je tengok. Tapi orang lain buat dek je, malu la pulak kan. Macam jakun je (Memang jakun pun. Haha).

Ok, starting daripada esok, mama lil star tak dapat online dah sampai la balik Malaysia. So tak dapat nak update. Doakan semuanya baik untuk mama lil star, ayah lil star dan especially Lil star ye. ^___^

Thursday, August 26, 2010

Week 11

Harini mama lil star suka2 amik cuti sehari. Bukan sebab tak sihat ke apa, tapi sebab nak ngemas barang untuk pindah rumah selasa depan. Tapi sabtu ni dah kena start pindahkan sikit2 barang2. So kena la cepat2 packing barang2. Seronok sangat sebab ngemas dengan ayah lil star. Sekali lagi mama lil star cakap kat ayah lil star 'Macam tak percaya je kita dah kemas2 barang sama2 nak pindah rumah.' Rasa macam tak percaya dah tinggal  sebumbung dengan ayah lil star. Hiiii.

Tapi masa ngemas tu mama lil star tak berani angkat barang berat2. Sebab bila angkat berat sikit je, dah terus terasa kat perut. Risau pulak takut bahayakan lil star kan. Setakat ni dah more than half kot siap packing. Tinggal makanan2 dengan barang2 kat dapur je. Esok boleh la sambung lagi sikit insyaAllah. 

Sebenarnya mama lil star tengah mengunyah ayam goreng ni, ayah lil star tolong gorengkan. Sebabnya hari ni takde makan berat pun. Malam semalam pun apa yang makan sume kuar balik. Tu yang harini lapar lain macam kot. Thank you ayah lil star, sebab tolong jaga mama lil star baik3 sangat. I love you so much. Ni pun ayah lil stat tengah siap2 nak pegi jusco beli barang2 makanan sikit. Bekalan untuk orang tak puasa  esok nak pegi lab. Hehehe. 

Oh, nak cerita ni, semalam serentak mama lil star dapat 4 hadiah. Hii hii. Hadiah apa? 1, daripada supervisor mama lil star. Sebabnya beliau mengirimkan hadiah untuk lecturer mama lil star kat Malaysia. So macam upah la untuk mama lil star. Ni gambarnya. 

Mama Lil Star tak pernah berjaya settlekan puzzle ni, tapi mesti mencuba jugak!!


Ok, seterusnya, atas sebab yang sama iaitu menjadi posmen berjaya, watanabe-san, secretary di lab mama lil star juga turut menghadiahkan mama dengan hadiah berupa sehelai handkerchief yang teramatlah cantik. Sroot sroot. Lihatlah gambarnya.

Cantik kan? Mama lil star sangat suka warnanya. Ohh.


Ok seterusnya, hadiah daripada seorang teman dari Spain bernama Javier. Javier baru saja pulang daripada tour bersama ibubapanya yang datang melawat beliau di sini. Jadi beliau dengan baik hatinya telah membelikan keychain yang sangat comel dari Tokyo.

Tengok la betapa comelnya haiwan ini. *Tak tau haiwan apa* Tapi, yang penting COMEL!!


Ok last but not least, a gift from Asahikawa (Asahiyama Zoo)!! Minggu lepas kalau tak silap, kawan2 mama lil star dapat fund sikit la daripada Hokkaido University (Mama lil star pun boleh dapat, tapi disebabkan condition yang tak stabil, mama lil star pun tak apply la) and diorang pun pilih untuk ke Asahiyama Zoo yang teramatlah famous nya. Mama lil star teringin nak pegi daripada sebelum datang sini lagi sebenarnya. Tapi takpe la, takde rezeki nak pegi kali ni. Harapnya ada kesempatan lagi nak pegi lepas ni. So, yang ni hadiah that they got for mama lil star!

Ok, one word can already describe. CUTE!! Lama mama lil star duk merenung towel ni. Cute3!!


Oh, lagi satu, sekali dengan towel tu, mama lil star dapat jugak measuring tape, untuk measure waistline mama lil star. Nak monitor the change week by week kan. Hiii. Suka sangat!! Thanks a lot to Peng and Wulan! Tengok la ni, tengok la ni.

Kena jaga baik3 sangat ni. Sayang sangat. Teehee!



Ok, sampai sini je nak bercerita malam ni. Nanti cerita lagi ye. Oh ya! Countdown balik Malaysia, tinggal seminggu je!!!!! Can't wait!!!! Lil star dear, nanti kita tengok Malaysia k. ^____^

Tuesday, August 24, 2010

Berehat-rehat

Harini merupakan hari yang agak menggembirakan hati mama lil star. Sebabnya? Harini mama lil star pegi lab lambat, kul12 baru sampai, pastu terus wat tg/dta, pastu duduk depan laptop cari journal. Tapi masa baca2 tu, perut mama lil star rasa lapar sangat3 walaupun dah dialas dengan beberapa keping chocolate chips. So tepat jam 2 petang, mama lil star pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah (tg/dta siap kul5.30, so takpela balik dulu kan).

Balik rumah tu, ayah lil star tau mama lil star lapar, sakit perut. So beliau pun dengan begitu baik hatinya meng'offer' untuk tolong buat cucur. Betapa gembiranya hati ini. Mama lil star cuma tolong sikit2, then bila rasa tak sedap badan berdiri lama2, terus mama lil star masuk ke bilik. Tanpa disedari, mama lil star tertidur. Hee hee. Lepas setengah jam, mama lil star tersedar, dan terus mencari cucur yang dimasak oleh ayah lil star tadi. Oh enaknya. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas ayah lil star yang baik hati.

Setelah makan beberapa ketul cucur, mama lil star terus bersiap2 untuk ke lab semula. Pukul 4.30 mama lil star kena masukkan sample ke dalam furnace, 5.30 pulak tg/dta siap. Alhamdulillah, semuanya baik2 saja. Cuma mama lil star kena repeat tg/dta yang mama lil star buat minggu lepas, sebab tak begitu accurate resultnya.

Mama lil star rasa minggu ni stress mama lil star di lab semakin berkurangan. Mungkin sebab mama lil star ada banyak tugasan perlu diselesaikan. Harapnya lepas2 ni, semuanya berjalan dengan baik. Amiiiin. Oh, mama lil star ada terbaca, sekarang ni maybe mood swing akan mengganggu gugat kegembiraan mama lil star. Jadi, mama lil star berdoa semoga mama lil star dapat la men'control' keadaan tersebut. Petua terbaik, bila marah, diam, dan cuba fikirkan tentang lil star! Taknak la nanti lil star pun jadi garang2. Hehehe. Ok la, sekarang mama lil star dah nak balik. ^_^

Monday, August 23, 2010

Countdown balik Malaysia!!

Harini dah 23 August. Tak lama dah nak "Merdeka! Merdeka!" "Tanggal 31 bulan 8, lima puluh tujuh! Hari yang mulia! Hari bahagia! Sambut dengan jiwa yang merdeka!!" Oh rindunya dengan tanah airku, walaupun tak sampai setengah tahun di bumi Jepun ni. Agaknya Lil Star ni la nak tengok tanah air Mama ngan Ayah dia kot. Hehehe. Sekarang ni tengah menghitung hari je nak balik Malaysia. Tolak harini, lagi 11 hari je insyaAllah. Ayah lil star pun makin berseri2 muka dia bila sebut pasal nak balik Malaysia. Haha. Kesiaan.. ^_^

Nak cite la ni, semalam mama lil star mimpi makan durian. Sedapnya. Hii hii. Lately selalu sangat mama lil star mimpi makan makanan sedap2 kat Malaysia. Makan nasik ngan ikan kembung goreng letak kicap mudim. Eh, cite pasal makanan pulak puasa2 ni. Hehe. Sebab ada orang tak puasa! Hii hii hii. Tapi mama lil star ingat kan, Allah nak tolong mama lil star gak la. Sebab sedih sangat mengidam teruk sangat. Mengidam takde pelik2 pun. Tapi tak dapat nak makan gak. Sebab tu la agaknya dapat mimpi makan je selalu. Lepas mimpi tu pulak, memang terus tak teringat2 dah. Macam mimpi durian tu la. Dah makan puas2 dalam mimpi, dah bangun tu, terus tak terliur dah bila teringat durian. Hehehe.

Oh, harini sebenarnya mama lil star nak kena buat experiment lagi. Tapi tengah mengumpul semangat. Selalunya tengok description baby la, apa lagi. Hihi. Dah tengok tu, terus la berkobar2 nak pegi buat experiment. Takde dah rasa lembik je. Hiiii. Cepat la kul6, nak balik umah. Rindu ayah lil star. Mengada kan. Haha. Oh sayangku lil star, cepat2 la membesar dengan sihat ye. Mama nak pegi check up lagi nanti, kena bagi mama ngan ayah tengok lil star lompat2 tau. Saayang lil star. ^___^

Saturday, August 21, 2010

Miss-Mom Mode

Time mama lil star tulis ni, dah pun kul2, masa awal puasa aritu kul2 dah kena sahur dah coz kul 230 camtu dah subuh. Tapi skarang time dah makin lambat. Subuh masuk dalam kul 3am. So kang kul230 la baru makan. Makanan dah siap dimasak pun tadi. Mama lil star ngan ayah lil star buat spaghetti bolognaise sebab mama lil star rasa nak makan meatballs. Hi hi. 

Kisah harini nye, mama lil star bangun pagi tadi okay sangat rasa badan ni, tapi cam biasa la lapar yang teramat. Malam semalam pun tak boleh nak makan coz malam2 teruk sikit nausea nya. So mama lil star memang tak dapat nak puasa lagi la. Pagi tadi bangun, mama lil star terus cari makan coz lapar sangat kan. Mama lil star makan roti, banyak gak. Sebab perut rasa cam tak tahan kan. So telan gak banyak2 bagi boleh tahan hari ni. Lepas tu, tak sempat habis pun roti tu, mama lil star dah rasa nak wek2 dah. Tapi tetap teruskan makan roti tersebut. Lama sikit tu, ayah lil star call. Oh, ayah lil star ada interview harini, so dia call mintak mama lil star tolong checkkan dia punya final year project, tolong gtau sikit2 details pasal tu coz semalam dia tak baca langsung. Then mama lil star tolong la bacakan kat dia. Masa tu perut mama lil star dah rasa lain macam. Lepas letak phone tu, mama lil star pegi toilet, trus wek2 yang teramatla teruknya. Memang semua yang makan tadi kuar. Terus mama lil star rasa lemah sangat. Tapi nak pegi lab jugak. Hiii. So mama lil star amik je kurma sebijik, nak cover yg wek2 tadi, ngan makan spirulina. Terus lepas tu naik basikal pegi lab. 

Sesampainya di lab, rupanya semua orang tengah gotong royong bersihkan lab dekat block lain. Tapi mama lil star tak larat kan, jadi mama lil star borak2 ngan puan secretary, watanabe-san. Mama lil star suka borak ngan dia, coz dia rajin melayan. Pastu dia bagi makan tomato fresh yang kecik2 tu, (sorang labmate mama lil star bawak).  Mama lil star makan 2 bijik, sedap. Hehe. Tapi perut still tak sedap. So mama lil star duduk je kat meja sambil berpura2 baca journal. Sebenarnya tengah menahan sakit tu. Hiii. Lama sikit, mama lil star terfikir nak settlekan hal pindah rumah 31 hb ni. So mama lil star buat2 la tanya kawan lab, kat mane shiyakusho (city hall, tempat buat alien registration card). Padahal dah tau sangat dah. Hiiii. Sebenarnya secara tak langsung nak bagitau diorang yg mama lil star nak settlekan hal pindah rumah. Nak bagitau direct, tak tau nak cakap camne sebenarnya. Kalau tanya tempat tu kat mana lagi senang kot. Teruknya kan. Tapi takpela, asalkan diorang faham situation mama lil star. 

Then mama lil star slow2 kayuh basikal balik rumah, rasa nak 'landing' je. Takde fikir lain dah. Then tiba2 ada orang kring2 kat belakang (bunyi loceng basikal). Hehe. Rupanya ayah lil star, dia daripada office engineering settlekan something. Dia kata ada kawan kitorang boleh tolong call kan air la, letrik la, untuk pindah rumah. So mama lil star pun cakap ok la. Kena tahan sikit la kan. Dipendekkan cerita, alhamdulillah dah settle la benda2 tu. Lepas tu, borak2 jap, then terus kitorang balik rumah. 

Sampai rumah je, dua2 terus terpengsan. Haha. Mama lil star dah memang tak nak pegi lab balik. Badan rasa memang tak sedap sangat. Bangun2 tu, dah dekat maghrib. Masak apa pun tak, dengan mama lil star sakit perut sangat2, yela, makan apa pun tak. Tak tau la zaman bila last mama lil star makan makanan heavy. Sebab tu perut rasa cam tak sedap je manjang. So bangun2 tu ayah lil star kata takpe la, dia makan kurma ngan corn flakes je (kesian kan. T_T). Pastu mama lil star tak tahan sakit sampai ternangis teruk2, sambil teringat kat grandma lil star. 'Nak balik rumah...' Mama lil star cakap camtu la kat ayah lil star sambil teresak2. Ayah lil star dah gelabah2, dia pun panaskan serunding untuk mama lil star. Dia suap mama lil star (oh, masa ni dia dah bukak puasa pun). Then mama lil star makan kurma ngan spirulina. Pastu lama sikit mama lil star pun tidur balik. Masa tidur tu, memang mimpi macam2, mimpi makan kat rumah la, pegi semayang terawih kat masjid sekolah la (masjid maahad). Pastu bangun2 tu, terus mama lil star ajak ayah lil star masak spaghetti. Tapi dia la tolong prepare2 sebab mama lil star tak larat kan. Mama lil star tolong kacau2 ngan masuk benda2 je. Pastu terduduk kat tepi. Pastu dah masak, tak lalu gak nak makan. Haiyaa. Huhu. Tapi nampak la muka ayah lil star happyy je bila mama lil star tolong dia masak. Sorry ye sayang, selalu tak dapat tolong sayang masak. T_T

Ok, sekarang dah pun 230. Nak makan ngan ayah lil star nih. Lil star kena makan tau ni, jangan suh mama wek2 lagi tau. Nanti lil star gak yang lapar, ha, camne? Hiii. I love u sayang. Membesar dengan baik ye. ^_^ 

Wednesday, August 18, 2010

10 weeks!

Alhamdulillah harini kira2 lil star dah pun 10 weeks. Mama lil star macam biasa, ada experiment kat lab. Harini jugak, ayah lil star ada entrance exam untuk masuk masters. Pagi tadi toefl, petang exam materials pulak. Harap2nya ayah lil star dapat la jawab dengan baik. Ameeen. Esok pun ada 1 lagi paper, lusa ada interview. Then baru la ayah lil star boleh layan mama lil star potpet2. Semalam kesian kat mama lil star. Nak buat pape pun tak larat kecuali potpet2 (expertise mama lil star. hehe), tapi ayah lil star tak dapat nak layan coz sibuk study. Mama lil star pun tamo kacau, tapi tercakap gak la sikit2 tu. Hii hii. So mama lil star pun tidur la awal sikit. Tak nak kacau ayah lil star kan. Kesian kat ayah lil star sahur sorang2. Tapi mama lil star betul2 tak larat malam semalam.


Oh, lupa nak cerita. Kan last week mama lil star berehat2 di rumah daripada hari Rabu lepas sampai la Isnin. Hari Isnin tu la, pagi tu mama lil star bangun tidur, alhamdulillah rasa sihat je. Badan pun okay, perut pun okay. Takde rasa nak muntah2 dah. Just lapar tak terkata3. Memang tiap2 pagi mama lil star rasa perut lapar sangat2 yang macam tarik2 dalam perut tu. Memang tak boleh tahan laparnya. Pastu, macam biasa la mama lil star pun makan corn flakes ngan susu kan (Oopsss kantoi tak puasa lagi. Hiiii. *Malu,tutup muka*). Elok lepas makan je.... Terus tersandar. Perut rasa tak sedap. Terus nauseous balik. So mama lil star pun duduk la diam2 lepas tu. Mama lil star cakap ngan ayah lil star, rasanya lately ni mama lil star dah takleh minum susu  dah. Lepas minum je, terus perut rasa sebu.


So pada keesokan harinya (Selasa iaitu semalam) mama lil star tak makan corn flakes lagi untuk breakfast. Mama lil star makan pisang ngan kurma untuk bagi energy. Alhamdulillah rasa okay dah. Semalam mama lil star siap boleh pegi immigration ngan kawan2 buat re-entry permit untuk balik Malaysia bulan dpn. Hiii. Just bila malam la, terus lembik. Tak larat sangat3. So rest je la elok2 kan. Dengan doa semoga hari2 seterusnya akan diberikan kekuatan oleh Allah. ^_^


Pagi tadi pun masa bangun rasa okay je. Mama lil star pun minum air ngan makan spirulina la cam biasa before pegi mandi kan. Masa berus gigi tu, tanpa apa warning, terus wek2 kuar air saje2. Dah la  macam air paip keluarnya, banyak. Hihihi. Mama lil star pun pelik, aikk, minum air pun muntah air ke? Hehe. Tapi bile wek2 kuar air je ni okay la rasa dia. Tak teruk cam wek2 lain. Haha. Pastu bila sampai je lab, mama lil star haus sangat3, tapi oleh sebab kena cepat2 start experiment (supaya dapat balik rumah awal petang ni), mama lil star tahan je dulu. Lepas siap setting semua baru la amik air minum. Hmmm, tapi sudah terlambat... Hehe. Dah rasa tak sedap dah badan. Tapi mama lil star sandar je la kat kerusi ni sambil ngap3 roti cinnamon sekeping buat hilangkan lapar. Pastu mama lil star buat2 la cari journal. Cari je, tapi tak baca ponn. Hehe. Sebenarnya nak update blog pun tak larat ni. Tapi setelah tengok2 description baby masa week 10, terus rasa bersemangat nak update blog. Hiiiii. 


Oh, lately memang mama lil star selalu sangat wek2. Bila time yang rasa loya je tu, bila berus gigi je, terus la.... Hehe. Ayah lil star tak sanggup tengok dah. :p Pastu tadi mama lil star terbaca, masa week 10 ni, baby punya physical change dah takde sangat dah. Sekarang ni just dalaman2 dia dia tengah developing. Agaknya sebab tu mama lil star dah tak rasa teruk cam minggu yang lepas2. Lil star membesar la dengan sihat ye. Main2 la banyak2 dalam perut mama ni, lompat2 macam lompat kat trampoline pun takpe. Hiii. Mama doakan semoga Allah selalu lindungi sayang mama ni. ^_^ 

Friday, August 13, 2010

9 weeks!



Harini dah masuk 3 hari puasa (walaupun mama lil star tak puasa pun, hiii). And, dah masuk 2 hari cuti summer untuk mama lil star. (Cuti 5 hari je pun, khamis, jumaat, sabtu, ahad, isnin). Hehe. Tapi takpe la, alhamdulillah, dapat lah mama lil star rest elok2 kat rumah. Sebenarnya rabu lepas ni, mama lil star sepatutnya pegi lab buat experiment lagi, tapi masa mama lil star bangun tidur tu, terus rasa sakit sangat2 kat perut. Tak tau la kenapa. Sakit melarat sampai sehari. Masa sakit tu, mama lil star teringat dulu mama lil star pernah rasa camtu time ada sekali tu mama lil star tak makan dekat 2 hari. Takyah cite la pasal tu kan. Panjang sangat cite dia. Tapi mama lil star sakit macam tu la. Perut sakit sangat3, campur rasa nak pitam, campur lapar yang tak tau nak describe. Allah je yg tau sakit dia. Menangis2 mama lil star masa tu macam budak2. Hehehe. Mama lil star doa je bagi kurang sikit sakit dia. 

Masa sakit2 tu, mama lil star mintak ayah lil star tolong suapkan cornflakes, tu pun susah sangat nak telan. Makan 1 sudu, nangis sakit. 2 sudu, nangis lagi. Haha. N peristiwa ni terjadi pada 1 ramadhan okay. Ayah lil star puasa, kena suap orang tak puasa makan. Malunya. Haha. 

Pastu bila mama lil star fikir2, agaknya memang perut mama lil star tak tahan kot. Sebab malam tu pun tak makan banyak sangat, pastu pulak mama lil star tak tidur sampai kul3 coz tunggu subuh (sini subuh kul3). Pastu bila tido tu, memang best je la. Tak payah bangun awal sebab takde class dah. Just kena pegi lab je kul11. Tu yg mama lil star lajak tidur sampai kul10. Agaknya sebab selalunya mama lil star bangun kul8 breakfast, tiba2 haritu pukul10 baru bangun, memang sakit tak terkira2 la. Yang selalu bangun kul8 tu pun terkejar2 makan sebab lapar sangat3. Hehehe. Ni bangun kul 10. Memang leeeee..

Pastu, lately, mama lil star selalu sangat sakit kepala. Tak tau la kenapa. Tapi rasanya pernah terbaca gak, selain nausea, kita pening2 gak time 1st trimester ni. Agaknya sebab tu la kot. Hiii. 

Oh, tapi harini mama lil star berjaya tolong ayah lil star masak untuk buka puasa (walaupun terlambat sikit coz mama lil star buat kerja slow skarang. Sorry sayang.T_T). Memandangkan dekat facebook ramai yg bercerita tentang ke'best'an bazar ramadhan, kitorang pun mengidam la macam2. Hehe. So harini kitorang buat murtabak ayam!! Sedap okay! Hehe. Alhamdulillah jadi. Hiiiii. Oh, and semalam kitorang buat bubur jagung dengan nasik lemak lauk ayam masak merah. Suka2. Mama lil star happy sangat bila tengok ayah lil star makan dengan happynya. Hehe. Esok nak masak ape pulak, belum ada idea lagi. 

Tapi yang penting, mama lil star nak berehat puas2 lagi 3 hari holiday ni. Supaya mama lil star dapat bekerja dengan efficient nanti lepas cuti. Berusaha!!

Lil star jaga diri baik2 ye. Macam biasa, mama dan ayah doakan lil star membesar dengan baik dan sihat, nanti jadi anak yg soleh ye. Rajin2 puasa! ^__^  

Tuesday, August 10, 2010

Bersantai2 di Lab

Sekarang ni mama lil star kat lab. Pagi tadi buat experiment sikit, esok baru boleh keluarkan sample. So mama lil star kebosanan takde buat pape. Nak balik sangat3. Pastu lak tadi ex-classmate mama lil star call, bagitau salah sorang kawan kitorang buat makan2 sebab dia nak pegi Hakodate dah lusa. Dia ada kat sini just untuk language course je. Dah abis language course, kena la pindah Hakodate dah. So dia masak la untuk kitorang. Tapi tu la, mama lil star kat lab, tak berani nak balik. Hiii. Dah kul 1.30 mama lil star belum lunch pun lagi. Lapar sangat3. Tak best la makan sorang2 kat meja sendiri. Sob2. Sedihnya. Tapi mama lil star dah call ayah lil star, ajak dia datang makan sekali ngan mama lil star. Mengada sangat rasanya. Tapi nak buat camane kan. Hehe.

Tadi time mula2 datang lab, mama lil star dah rasa kurang sihat, tapi mama lil star datang je la kan. Pastu kan, time senior mama lil star tengah explain2 apa yg mama lil star kena buat tu (sambil berdiri), mama lil star dah rasa macam nak pitam. Mula2 tu tahan je, tapi lama sikit, mama lil star dah tak boleh tahan dah. Terus mama lil star duduk. Berani betul duduk sambil senior tengah mengajar. Huhu. Tapi nak buat camane kan, memang mama lil star takleh berdiri lama2 skarang. Kalau pegi jalan2 pun, jalan lama sikit je, mula la berpeluh2, mata dah layu2, menguap2, tanda nak pitam la tu. Huhu.

Ayah lil star cakap, mama lil star punya cycle cam dah tukar je. Aritu malam baru tak sihat. Sekarang ni malam dah boleh tahan sikit, pagi pulak yang nak wek2. Hm, betul jugak kan. Mama lil star pun tak perasan sangat.

Mama lil star sedih la, esok dah start puasa, tapi mama lil star tak dapat puasa. T_T Tapi takpela, Allah bagi cuti kan, yang penting mama lil star akan berusaha masak untuk ayah lil star sahur and buka puasa. Ayah lil star ngan mama lil star dah berangan macam2 dah nak masak. Nak buat murtabak la, karipap la, pengat la, begedil la. Hehe, tah ape2 je berangan. Harap2nya Allah bagi la kekuatan untuk mama lil star masak nanti. Ameen. ^_^

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua. Untuk Lil star sayang, semoga Allah sentiasa lindungi Lil star kesayangan mama dan ayah. InsyaAllah. ^_^ 

Monday, August 09, 2010

Berehat2 di rumah~

Harini hari isnin. Sepatutnya mama lil star dah kena start going to lab from morning around 10am. Tapi pagi tadi mama lil star bangun pukul 830am tu, rasa pelik sangat kat dalam perut mama lil star. So mama lil star makan la dulu cam biasa kan. Sebab memang every morning mama lil star akan rasa lapar tak terkira2. (Tak pernah lapar macam tu sekali). So mama lil star pun macam selalu la, makan corn flakes (tu je yang mama lil star boleh makan pagi2). Tapi pagi ni rasa pelik sangat2, perut rasa lain macam sangat2. Last2 mama lil star pun decided not to go lab. Rasa teruk sangat. Bagi excuse lagi. Hmmm..

Then mama lil star pun makan spirulina (mama lil star tak makan ubat lain pun selain spirulina. jumpa doctor haritu pun dia tak bagi ubat. pelik gak. hiiii). Then lama sikit mama lil star tertidur balik. Then bangun tu, ingat nak try jugak pegi lab, sebab mama lil star rasa tak best kalau tak pegi kan. Tapi still tak dapat bangun. Mama lil star memang tak dapat nak buat apa2. Pastu ada jugak rasa macam period pain sikit. Alhamdulillah ayah lil star tolong buat roti untuk mama lil star. Then lepas makan pun mama lil star sandar je macam kat hospital tu. Hehe. Then kul 1 mama lil star pun siap2 la nak keluar coz janji dengan kawan mama lil star nak pegi office untuk settle some things.

Mama lil star bawak bicycle pun slow je. Lepas tu mama lil star stop kat coop, nak pegi beli air. Mama lil star nampak latte, terus nak. Padahal dah lama mama lil star tak minum coffee. Sebab tak lalu nak minum. Tapi nape ntah kali ni rasa nak minum. Bukannya mama lil star tak tau, minuman yang ada caffein tak baik time pregnant ni, coz yang tu akan buat kita lagi rasa loya. Tapi degil, nak jugak. Hiii. Lepas minum tu, tadaaa~ terus rasa cam teruk je. Tapi agaknya mama lil star dah biasa kot, just deal with it la. Lagipun mama lil star rasa, bila borak2 dengan someone, pastu dapat fresh air kat luar, mama lil star rasa okay sikit. Sebab tu mama lil star rasa boleh tahan kot loya tu if kat luar. Just kena slow sikit la. Takleh active2 sangat. Hehe.

Pastu mama lil star settlekan pasal nak pindah 31st August ni. Alhamdulillah semua ok. Just mama lil star kena jaga Lil star baik2 nanti masa pindah tu. Ok sekarang mama lil star nak keluar dengan ayah lil star pegi bersiar2, amik angin. Lil star nak fresh air kot. Hehe.

Saturday, August 07, 2010

A visit to Ms Ladies Clinic~

Hari ni mama lil star bangun awal. Tak dapat tidur sangat sebab rasa tak sedap badan sikit. Lagipun hari ni mama lil star ngan ayah lil star plan nak pegi clinic dalam kul 10am sebab clinic tu hari sabtu tutup pukul 1pm. Masa mama lil star bangun tu, ayah lil star pun tersedar jugak, so terus la dua2 bersiap nak pegi clinic. Breakfast jap, lepas tu terus naik bicycle keluar. First destination: JP bank. Hehe. Sebab takut nanti termahal ke kan, so standby duit siap2 la. Pastu kebetulan pulak ada atm dekat je dengan clinic tu. So senang la sikit kan. Pastu dah sampai tu, mama lil star rasa cam nervous sangat2, risau pulak. Sebabnya clinic ni memang lelaki langsung tak allowed. So ayah lil star kena pegi jalan2 kat kedai depan clinic tu. Tapi mama lil star mintak ayah lil star hantar mama lil star sampai depan pintu clinic tu dulu sebab mama lil star risau sangat kan. Lepas tu, bila ayah lil star dah turun, mama lil star terus masuk and register. Oh, mama lil star memang dah pernah datang clinic ni before gugur baby yang first dulu. So tau la jugak diorang punya procedure semua. Sebab tu jugak tau yang lelaki tak boleh masuk.


Hm, masa tengah menjawab soalan2 dia tu (datang untuk check apa, allergic apa, bla3), mama lil star rasa happy bila dapat tanda 'Pregnant'. Hehe. Then after dah submit form tu, sorang nurse datang kat mama lil star tanya bila buat pregnancy test sume la. Pastu terus dia pegi prepare benda2 untuk buat medical exam. Mama lil star punya jantung dah macam lumba kuda dah. Hihi. Then bila dia panggil tu, terus masuk jumpa doctor, doctor tanya condition sikit2, tak sampai seminit, terus dia suruh masuk bilik sebelah untuk buat ultrasound. Somehow mama lil star rasa excited gak. Walaupun nervous. Hehe. Tapi mama lil star tak sabar nak tengok lil star. T_T

Then, nurse tu suruh tengok screen kat sebelah mama lil star. THERE'S LIL STAR!! Subhanallah. Macam tak percaya. Mama lil star tengok je. Then doctor cakap, tengok tu, heartbeat dia. Waa nk nangis. Keciiiiik sangat. Dup dup dup. Mama lil star sedih sangat ayah lil star tak dapat masuk tengok. Kalau tak, boleh sama2 tengok first time kan. Tapi takpe la, nak buat camane. Ok, that's it la. Doctor pun captured gambar tu, then bagi kat mama lil star. Doctor tu pun cepat sangat. Tak sempat nak melayan2 perasaan sambil tengok tu. Huhu. Lepas tu doctor pun bagitau la lil star sekarang 8 weeks. After 2 weeks nanti mama lil star kena datang lagi nak buat test yang macam2 tu. Nanti dah pegi tu mama lil star cerita lagi k. Hurm, dah abis tu doctor pun cerita2 la apa procedure yang kena buat kat japan kalau pregnant. So mama lil star terpaksa mencari seorang translator untuk mentranslate kanji kat mama lil star. Sebab diorang bagi kertas tulis semua2 in japanese. Kalau bagi softcopy kan boleh google translate je. Huhu. Oh, meh kita tengok lil star for the first time.  


Lil Star 8 weeks
Close up sikit.. Hehe..

Friday, August 06, 2010

The critical week has ended~ *berpeluh2*

Malam ni mama lil star dah happy sangat, alhamdulillah. Isnin aritu ada exam kanji, then 2-3 hari tak sihat je macam selalu kan. Then hari khamis ada exam grammar jepun pulak. Jumaat pulak ada Natsuchu (Seminar dekat lab mama lil star yang dibuat masa hujung sem, tengah summer). Natsuchu ni seminar yg cover semua benda yang kita buat daripada setengah taun lepas. So memang mama lil star rasa pressure sangat3. Tambah2 pulak mama lil star belum buat banyak benda kan, sebab sem ni hari penuh dengan japanese classes je pagi sampai petang. So ada masa kat lab pun dalam 2-3 jam je sehari. Pastu pulak tau la kan, baru lepas belajar teruk2, takde nye nak membaca journal la ape la kan. Just boleh buat experiment je. Tapi tak tau kepala ekor. Hehe. Sebab tu mama lil star rasa risau sangat. Mama lil star doa je, bagi la badan mama lil star rasa sedap dan sihat2 supaya mama lil star boleh hadapi benda ni dengan baik.

Alhamdulillah, syukur sangat, lepas daripada exam grammar tu, badan mama lil star rasa ok je, takde dah rasa loya or tak larat. Mama lil star pun boleh makan dah sikit2. Takde la macam sebelum ni, asyik rasa nak lari balik Malaysia sebab sini takde apa yang mama lil star lalu nak makan. Hehe. Pastu mama lil star pun dah boleh masak balik sikit2. Macam hari tu takleh masak langsung2. Tengok ayam, daging, semua pun rasa loya. Siap rasa pening macam nak pitam. Sekarang ni dah boleh la masak sikit2, tapi duduk kat kerusi tepi stove sebab tak boleh berdiri lama2. Kalau berdiri lama2, terus rasa seram sejuk nak pitam. Tak tau la kenapa. So ayah lil star la yang banyak tolong mama lil star, macam selalu. Thank you ayah lil star. ^_^

Esok mama lil star ngan ayah lil star nak pegi clinic jumpa doctor, nak check. Harap2 esok boleh la nak check kan. Pelik jugak kat sini, nape nak jumpa doctor pun teramat la susahnya rasa. Agaknya sebab language barrier kot, mama lil star tak pandai cakap lagi kan. Tapi harapnya cepat2 la mama lil star boleh cakap japanese. InsyaAllah. Tolong doakan mama lil star ye. ^_^

Mama lil star tak sabar nak tengok lil star. Sebenarnya bila badan mama lil star dah alhamdulillah sihat2 ni, mama lil star macam risau pulak, 'Lil star ada ke tak ni..' Agaknya sebab mama lil star pernah gugur kan. Tu yang risau sangat tu. Tapi mama lil star doa je bagi Allah jaga lil star kesayangan mama lil star ni. ^_^


Pastu tadi borak2 dengan ayah lil star, macam mana nanti lil star ye. Sebab sejak2 pregnant ni, mama lil star jadi mengada sangat2, manja terlebih2. Dulu pun mengada jugak, tapi sekarang terlebih2 sampai ayah lil star pun malas nak melayan bila mama lil star tanya soalan pelik2. Hehe. Pastu ayah lil star cakap, ada kawan dia cakap, selalunya anak akan dapat half perangai mak and half perangai ayah. Mama lil star fikir, betul la kot. Macam mama lil star sendiri pun, memang half macam grandma lil star, half macam perangai grandpa lil star. Hihi. Tapi tak tau la nanti lil star nak amik perangai mama lil star yang mana, perangai ayah lil star yang mana. ^__^


Lil star, mama doakan lil star sihat2 ye kat dalam tu, semoga Allah selalu jaga lil star. Mama ngan ayah sayang lil star, tak sabar tunggu lil star keluar nanti, insyaAllah. ^_^

Monday, August 02, 2010

Exam Day!!

Today mama lil star bangun a lil bit earlier than usual coz mama lil star got exam at 8.45am. Malam tadi mama lil star susah sangat nak tidur coz rasa perut betul2 tak best. Tapi pusing2 akhirnya terlelap gak tanpa disedari alhamdulillah. Hehe. Mama lil star risau sangat takut terlajak tidur pagi tadi, tapi awal pulak mama lil star terbangun. Rasa tak sedap je kat tekak ni, then perut pun rasa tak berapa okay. Tapi mama lil star kuatkan hati jugak, pegi toilet nak mandi. Then masa berus gigi tu, mama lil star wek wek. Hehe. Tapi tak banyak la, then rasa stuck lagi kat tekak. Mama lil star pun kejutkan la ayah lil star yang tengah best tidur (sorry ayah lil star, hehe) untuk tolong urut belakang bagi dapat setelkan semua supaya rasa lega sikit. Tapi dah tak dapat dah. Maybe sebab mama lil star tak makan sangat malam semalam. Makan ayam seketul kecik je. Tak cukup untuk both baby and mummy kot. Hehe. Lepas tu mama lil star try makan corn flakes macam selalu, tapi rasa lain sangat tekak. Tak tau la kenapa. Tapi makan la jugak kan, nak exam kan. Mama lil star taknak apa2 yg tak elok jadi. 

Bila dah ready semua mama lil star pun naik la bicycle kayuh slow je pegi class. Betul2 slow sebab tak larat, rasa lemah sangat. Dah sampai tu mama lil star pun beli air chocolate dengan harapan dapat legakan sikit perut ni, tapi tak pulak. Rasa macam lain macam je masa jawab exam tu pun. Mama lil star jawab dengan bersungguh2 doa je bagi Allah tolong kuatkan mama lil star. Dah habis exam tu, mama lil star keluar class. Then pegi kat lobby, terus tersandar kat sofa dia. Baru la rasa lega sikit alhamdulillah. Baru mama lil star borak2 slow2 ngan kawan2 mama lil star. 

Lepas borak2 tu, kawan2 mama lil star ajak mama lil star pegi jusco shopping. Mama lil star fikir, dah lama mama lil star tak keluar2. Tiap2 hari pegi class ngan lab je. Weekends pun duduk rumah sebab tak larat kan. So dah alang2 mama lil star dah rasa lega sikit, mama lil star pegi je la jalan2 kan. 

Kat jusco tu, mama lil star tengok banyak makanan2 yang nampak cam best. Kiranya mama lil star takde la rasa loya bila tengok kan. So mama lil star pun beli la macam2. Jelly pun mama lil star beli. Lil star nak makan. Hehe. Pastu balik tu mama lil star makan je tak berenti. Makan sikit2 tapi continuously. Kalau benti pun, mama lil star minum air pulak. Tak biar perut mama lil star kosong. And alhamdulillah mama lil star rasa perut sedap sangat. Tak de macam malam semalam kan. Pastu mama lil star terbaca blog sorang ni, dia kata, nak avoid rasa loya masa pregnant, kena buat camtu la. Kena ubah habit makan. Kena makan continuously, tapi sikit2 bagi perut tak kosong langsung. Sebab bila perut kosong yang rasa loya tu datang. Lagi satu, kita kena tau2 sendiri la kita punya lidah ni macam mana. Makanan macam mana yang boleh makan, dan makanan macam mana yang tak boleh makan. So baru kita boleh pilih sendiri makanan yang kita nak makan. Takde la rasa macam tak boleh makan apa2 langsung.

So from now on, mama lil star akan tahan rasa ni, dan akan try untuk jaga kesihatan lil star dan mama lil star sendiri. Baru mama lil star faham sikit sebanyak macam mana grandma lil star jaga mama lil star dulu. T_T