CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 31, 2010

introducing..mama lil star's marimo!

Jumaat lepas, lepas welcoming party, mama lil star ngan ayah lil star keluar minum dengan kawan2. Masa tengah2 minum tu, tiba2 Peng2 dengan Wulan keluarkan hadiah untuk mama lil star. Happy la mama lil star. Diorang selalu pegi macam2 tempat, beli souvenirs untuk mama lil star. Tapi mama lil star kan jarang gak jalan jauh2, so takde pun beli pape untuk diorang. Rasa teruk la. T_T

Pastu ceritanya kawan2 mama lil star ngan ayah lil star ni baru balik dari Akan Lake, tak tau la kat mana. Mama lil star pun tak pernah dengar sebenarnya. Hehe. Tapi kat Akan Lake ni, rupanya ada banyak sangat spesis alga yang dinamakan Marimo. Marimo ni bentuk dia bulat2, terhasil daripada gentle tides. Kat Japan, Marimo ni kira protected species la. Diorang percaya Marimo ni bawak happiness and love. So, hadiah yang diorang bagi kat mama lil star ialah.. Marimo la!! ^_^

Ni la Marimo mama lil star!! 


MARIMO!!!

Tak nampak clear sangat sebab dia kecik lagi. Nanti lama2 dia besar la. Mama lil star akan jaga Marimo baik2. ^_^ 


Marimo comel!!


Ni makanan untuk marimo nak bagi marimo membesar dengan sihat dan kuat. Hiii. ^_^

Ada la sikit info pasal Marimo yang mama lil star cari. Baca la kat bawah ni. ^_^

1) Marimo perlukan air yang bersih dan cahaya. Cahaya untuk Marimo berfotosintesis.
2) Marimo boleh membesar dalam 5mm per year. (Yg paling besar kat Akan Lake macam bola sepak).
3) Marimo boleh grow dengan cepat dan sihat at temp below 20 degree C.
4) Every week kena tukar air yang baru untuk Marimo.
5) Masa tukar air tu, massage la Marimo untuk bagi dia jadi lebih bulat dan cantik.

^_^

1st antenatal check-up at Kin'ikyo Hospital

Semalam first appointment mama lil star kat hospital untuk antenatal check up. Akhirnya. Hehe. Alhamdulillah berjaya jugak ke hospital setelah sekian lama. Macam yg mama lil star dah tulis before this, nama doctor tu, Dr. Nagashima. Perempuan. Bubbly orangnya. Jadi senang la sikit kan. Takde la mama lil star malu2 sangat. Hiii. 

First sampai tu, nurse suruh ambik blood pressure sendiri, timbang berat sendiri, then ambik urine. Blood pressure normal, 103/68, berat lak 53.3kg (lagi rendah daripada before kawin. huhu). Pastu doctor scan lil star alhamdulillah semua okay. Berat lil star pulak dalam 331g. Hehe. Keciknyeeee sayang. 

Tapi masa scan tu ayah lil star takde. Sebabnya nurse panggil mama lil star masuk 1 bilik ni, ingatkan buat apa. Rupa2nya dah nak scan. Dia suruh baring tunggu doctor je. Pastu camne nak panggil ayah lil star dah kan. Hmm. Tapi takpe la, nak buat camane kan. Masa scan tu, nampak lil star gerak2. Doctor pun happy je cakap "Baby is very healthy, no problem". Alhamdulillah suka sangat. Tapi kesian ayah lil star tak dapat tengok. T_T

Hm, lepas dah habis cakap2 ngan doctor tu, dia suruh pegi amik darah pulak. Masa pegi kat tempat amik darah tu, orang tu macam risau sangat sebab dia tak tau cakap english langsung. Pastu mama lil star pun cakap je la, "Takpe, kalau guna perkataan senang2 saya faham." Baru la dia excited. Hehe. Nak cerita la, memang makcik ni terer giler amik darah. Huisy. Memang salute habis kat dia. Sebenarnya sebelum ni, kat Malaysia, orang panggil mama lil star ni kategori 'urat tenggelam'. Memang susah sangat nak amik darah. Selalunya kena amik kat tempat2 yang tak biasa orang amik la. Macam dekat pergelangan tangan ke. Sebab yg tu je yang paling timbul pun. Yang nurse jepun ni pulak, dia tengok je tangan mama lil star, tekan2 sikit, terus dia jumpa point, main cucuk selamba je, pastu siap darah laju je keluar. Memang mama lil star terkejut gak la tengok. Selama ni, mama lil star ni kalau time amik darah, mesti darah tak keluar sangat. Ni siap boleh amik darah bertiub2. Hisy. Memang la gempak betul makcik jepun ni. Hehe. Next appointment will be on Dec 4th insyaAllah. ^_^

Then lepas amik darah tu, terus balik la. Tapi sebelum sampai rumah, sempat singgah kedai beli boots untuk winter! Hehe. Kebetulan kedai dekat rumah mama lil star ngan ayah lil star ada buat sale. Apa lagi, shopping le. Hihi. Then balik rumah rest. Sekarang ni kat Sapporo Isya' dah makin awal. Pukul 6 dah Isya'. So mama lil star ngan ayah lil star tunggu Isya', then baru keluar pegi jalan2 kat Odori dengan Susukino, saja tengok2 barang. Sempat la beli socks dengan glove baru. Hehehe. ^_^


At La Pausa ^_^

Friday, October 29, 2010

stretching~

Oh, alhamdulillah. Lega baru habis presentation. Mama lil star punya la menggelabah tak terkata seminggu ni. Hehe. Sebabnya, tak banyak jalan experiment. Tapi alhamdulillah dapat cari banyak info pasal material yang mama lil star guna untuk experiment. At least dapat la menggembirakan hati supervisor mama lil star. ^_^

Minggu ni dah bertambah2 sejuk dah. Dah autumn ni, rindu pulak ngan summer haritu. Hehe. Tapi mama lil star happy tiap2 hari datang lab, dapat tengok pokok2 dah tukar jadi colour kuning, merah. Pastu daun2 terbang2, teringat cerita Mohabbatein pulak. Hiiii.

Oh, sekarang mama lil star dah tak naik basikal datang lab. Jalan kaki je. Ramai yang marah naik basikal, plus sebab kejadian hari Ahad lepas. Mama lil star dah kena selalu remind diri sendiri, ada lil star dalam perut ni. Mama lil star kena hati2 dah. Taknak apa2 yang tak elok jadi. Nauzubillah. So sekarang tiap2 hari ayah lil star temankan mama lil star jalan pegi balik lab. Suka2. ^_^

Malam ni mama lil star ngan ayah lil star ada welcoming party. Baru start masters kan. Hehe. Mula2 ingatkan nak balik rumah dulu pukul 4 jap lagi, nak bersiap2. Tapi bila fikir balik, malas la pulak nak pegi balik dua tiga kali kan. Jap lagi kul6 terus je la pegi party tu dari lab ni. Comotnya mama lil star nanti. Isk2.

Ok cerita last, insyaallah esok mama lil star nak pegi first check up kat Kin' Ikyo Hospital. Nama doctor, Nagashima sensei. Doakan ye. Lepas tu nak pegi shopping barang sikit untuk winter pulak. Tak habis2 shopping lagi. Haisy. Tapi yg penting kena pandai2 jaga diri. ^_^

Monday, October 25, 2010

menghabiskan hari isnin seorang diri di rumah

Harini mama lil star pandai2 buat cuti sendiri, tak nak pegi lab. So pagi tadi memang betul2 memalaskan diri. Malam tadi mama lil star tak dapat tidur sangat sebab badan dah rasa tak selesa. Pastu pagi ni sakan la tidur konon2 nak qadha' tidur malam tadi. Hehe. Kesian ayah lil star pegi class sorang2. Dah la dia tak bawak bento (bekal untuk lunch). Kejap lagi mama lil star kena masak la sedap2 untuk dia. Nak masak apa ye. Hmm..

Tadi sambil2 duduk berehat, mama lil star tengok la sekeliling, bilik dalam keadaan disastrous yang tak dapat mama lil star tahan. Jadi walaupun dengan pergerakan yg minimal, mama lil star kemas2 jugak. 'Tadaaa!!' Bilik dah cantik. Sambil2 mengemas tu, terjumpa la pulak ada beberapa barang yang baru mama lil star beli. 




Yang ni mama lil star beli masa jalan2 jauh haritu ngan kawan mama lil star. Tengok benda ni, mama lil star terus amik je. Tak fikir 2 kali dah. Hehe. Ayah lil star tny nak wat apa? Mama lil star pun tak tau. Tapi comel sangat. Bawah dia ada sensor, boleh tukar2 colour bila kita pegang sensor tu. Mesti kena beli. Hiii. ^_^


Ni socks untuk winter, pakai dalam rumah.

Socks ni pun lagi satu perkara yang mama lil star tak dapat nak resist. Comel sangat pattern strawberry tu. Lagipun yang ni memang needed. Sejuk2 masa winter nanti takkan kat rumah nak pakai socks untuk keluar kan, kan. Hehe. (Kalau ayah lil star dengar ni, mesti dia cakap "Yela2. Pandai je bagi alasan." Hehe)



Bag ini sangat kena dengan taste mama lil star. Love Love Love.

Masa ni kebetulan je jalan2 kat Sapporo eki. Ayah lil star nak pegi toilet jap. Sambil tu mama lil star pun jalan2 la kat kedai tepi2 tu. Teng tedeng. Haha. Ternampak la pulak bag ni. Banyak kali mama lil star tilik bag ni. Fikir, nak beli ke tak, nak beli ke tak. Last2 dah pusing2, datang balik kat bag ni, kena ambik jugak. Tak boleh pegi mana2 dah lepas nampak bag ni. Haisy. Hiii. Ayah lil star pun perli lagi, "Bag kat rumah tu semua nanti nak buat apa?" Lil star, garang la ayah lil star ni kan. Hehe. Pastu setelah dibodek2, berjaya la jugak mama lil star mendapatkan bag ni. Hihihi. ^_^.


Yg ni pun untuk winter, blanket kecik untuk letak kat lap ke, mana2 la.

Ok yang ni pulak, mama lil star terjumpa kat kedai yang sama dengan bag tadi. Mula2 tengok tu, rasa cam tak perlu. Tapi bila belek2, terfikir pulak, yang ni boleh belikan untuk Lil star. Dah alang2 blanket ni murah je, beli je la. Lagipun memang warm betul. Untuk winter kan. Bagus la untuk Lil star nanti insyaAllah. Lagipun colour dia ok untuk boy or girl (memandangkan belum tau lagi lil star ni boy ke girl ke kan). Dia bukan pink tau. Macam light maroon. Tepi2 dia brown. So mama lil star pun beli je la. Ayah lil star pulak, bila mama lil star cakap je nak beli untuk lil star, terus dia cakap okay. Takde perli2 dah pun. Hmmm.

Ok mama lil star kena rest. Nanti perut sakit balik. Jom lil star, kita berehat sambil tunggu ayah lil star call jap lagi. ^_^

Sunday, October 24, 2010

emergency?!

Harini kalau ikut plan asal, mama lil star kena ikut ayah lil star pegi Makomanai, rumah sensei ayah lil star. Diorang ada makan2, nak kenal2 dengan family masing2 ke ape kan. Tapi in the end tak jadi. Kisahnya camni..

Semalam mama lil star ngan ayah lil star takde pegi mana2 pun seharian, duduk rumah je sebab rasa malas sangat nak keluar. Lagipun mama lil star rasa tak sedap badan sangat. Rasa lemah je. Tapi dah malam lepas Isya tu, mama lil star ajak la ayah lil star keluar pegi kedai 2nd Street, nak cari jacket untuk winter. Sebab mama lil star kesian kat ayah lil star, kena duduk je rumah teman mama lil star. Hm, pastu masa mula2 nak keluar tu, mama lil star dah start rasa sakit kat perut. Rasa macam mana pun tak berapa ingat la. Tapi yang mama lil star ingat, masa baru tutup pintu rumah, mama lil star dah cakap siap2 ngan ayah lil star, "Sayang, kita bawak basikal slow2 k, sakit perut la."

Masa on the way tu, mama lil star dah rasa perut sakit. Tapi sakit dia macam on off. Kejap sakit macam tegang sangat perut, kejap lagi rasa ok balik. Pastu masa kat kedai tu pun, mama lil star jalan slow2 je. Pegi kedai tu pun tak lama sangat coz mama lil star rasa badan tak sedap. Pastu terus straight balik rumah.

Dah sampai rumah tu, ayah lil star la tolong masak sebab perut mama lil star dah sakit sangat. Mama lil star pun rasa betul2 tak larat. Then malam tu mama lil star just makan roti teman ayah lil star makan nasi. Dalam pukul 1am, mama lil star nak tidur, tapi tak larat nak bangun pegi toilet siap2 nak tidur. So mama lil star sandar dulu, sambil tu rasa lil star gerak2 banyak sangat. Yang best sekali, ayah lil star pun dapat rasa. Terkejut dia masa dapat rasa tu. Hehe. Lama sikit baru mama lil star dapat bangun. Pegi toilet, siap2 nak tidur. 

Masa nak tidur tu la, sakit yang teramat sangat kat perut. Sampai tak boleh nak cakap pape dah. Senyap je menahan. Rasa macam contraction pun ada, sakit cucuk2 pun ada. Pastu pusing2 at last tertidur la jugak. Sampai la bangun subuh pun sakit, lepas tu mama lil star tertidur lagi, bangun tu bila pegi toilet, tengok ada blood stain. Apa lagi, terus la menggelabah. Nangis2 sebab takut apa2 jadi kat lil star, nauzubillah. Then mama lil star contact kawan mama lil star, dia kata better pegi hospital ASAP! 

Pendek cerita, alhamdulillah ada maternity hospital depan rumah mama lil star ngan ayah lil star ni yang bukak, and doctor pun kebetulan ada hari ni. Lega sangat2 alhamdulillah. Then, ada sorang kawan ayah lil star ngan mama lil star ni, dia la yang tolong bawak kitorang pegi, in case susah nak faham kan. Dia dah terer cakap Jepun. Alhamdulillah la dia sanggup tolong walaupun ada gathering Malaysians sebenarnya harini. Dia tak jadi pegi sebab nak teman ayah lil star ngan mama lil star. Tq2 Arip. 

Ok then, jumpa doctor. First sekali doctor buat ultrasound, nak check baby camne. Masa letak je transducer tu, terus bunyi "dup dup dup" kuat sangat. Mama lil star terus lega, alhamdulillah lil star still ok. Doctor pun kata "Baby's healthy", siap tunjuk2 la perut lil star, spine, muka, semua la. ^_^

Lepas tu baru check mama lil star pulak. Dia kata it was 'Threatened abortion'. Senang cerita, kiranya macam sebenarnya mama lil star dah ada risk nak miscarry, tapi alhamdulillah cepat pegi hospital. So dia cakap kena banyak2 rest, baring. Sepatutnya mama lil star nak kena admit wad dah. Tapi dia kata takpe, dia bagi ubat, tengok macam mana dulu. Dia bagi ubat anti contraction dengan ubat nak stop the bleeding. Pastu dia suruh rest kat rumah. 

So maybe 2-3 hari ni mama lil star duduk kat rumah je la. Tak pegi lab, tak pegi class. Grandma lil star cakap jangan nak try2 pegi jugak. Dia suruh duduk je baring kat rumah. Nanti dah betul2 ok, baru pegi. And.. no more cycling!!


Semoga Allah sentiasa melindungi mama lil star, ayah lil star dan especially lil star. Ameen. ^_^ 

Friday, October 22, 2010

excited!

Ok harini mama lil star ngan ayah lil star berjaya ke hospital yang dah lama orang lain suruh pegi. Hehe. Tu pun dengan jasa baik Abg. Kadri, salah sorang student Malaysia yang buat phD kat Hokkaido Uni. Wife dia Kak Ila pun dulu deliver baby kat Sapporo jugak. So diorang sangat arif la pasal benda ni. Terima kasih sangat sebab diorang sudi tolong mama lil star ngan ayah lil star yang blur2 tak tau apa2 ni. Hiii. 

So pendek cerita, tadi dah sampai hospital tu, rupanya doctor yg diorang suggest tu was not in. So tadi just buat appointment untuk next Saturday, October 30th. Excited2. Hehe. Kalau kira2, next week dah pun masuk week 20 pregnancy mama lil star ni. Tapi baru nak pegi. Harap2nya semua baik2 je. Ameen. Pastu tadi frust sikit sebab tak dapat tengok ward untuk orang bersalin tu. Sebabnya hari ni ada 2 orang deliver baby. So tak boleh la nak kacau kan. Tapi harapnya next time datang boleh la terus tengok. Oh sukanya. Hehe. 

Hm, pastu, kat sini, tiap2 kali datang, kena bawak Mother and Child Healthbook, macam notebook, diorang panggil boshi techo. Apa2 progress diorang akan tulis kat situ la everytime jumpa doctor. Pastu kat depan kena tulis nama guardian, mama lil star macam terharu tulis nama sendiri ngan nama ayah lil star kat situ. InsyaAllah dah bakal dapat title 'penjaga' lepas ni. Hehehe. 




Dah dapat boshi techo ni bulan 9 lagi sebenarnya. Tapi sebab lepas dapat tu terus balik Malaysia, tu yang mama lil star tak sempat nak tengok pun benda ni. Ni dah pegi hospital, baru excited balik. Hehe. Oh, di samping boshi techo ni, diorang bagi jugak satu tag ni, diorang suruh mama lil star pakai. Nak suruh orang tau yang kita ni pregnant. 

"Dalam perut saya ada baby"


Mula2 mama lil star ingatkan takde orang pun tau pasal tag ni. Pastu tadi masa naik subway, baru mama lil star ternampak bukan main besar lagi dia letak sign kat tepi2 tu. Hmm. Prihatin betul. 



Lil star, mama doakan Allah sentiasa pelihara Lil star. Moga sihat2 selalu. Ameen. ^_^

Wednesday, October 20, 2010

kepenatan

Harini mama lil star kena join senpai (senior) mama lil star buat experiment. Dia dah nak kena hantar thesis bulan 4, hujung tahun ni ada conference, tapi result belum dapat complete lagi. So supervisor mama lil star pun mintak mama lil star tolong dia run experiment and analyze data semua. Pening dah kepala mama lil star. Dah la dengan tak berapa faham explanation pasal experiment ni. Mama lil star just mintak Allah mudahkan semuanya. Ameen.

So harini dah start mama lil star kena pegi ambik liquid nitrogen pagi2 lagi, pastu setup equipment. Then pukul 1 mama lil star ada class, so mama lil star dapat siapkan halfway je. Pukul 2.30 mama lil star balik lab tu, senpai ni ajar2 sikit, then dia kata tunggu lagi 40 minit baru check balik. Mama lil star pun pegi la solat dulu. Then after solat, dia baru lepas makan. Pastu mama lil star tunggu je la dia nak panggil mama lil star nak sambung buat kerja. Tapi tak panggil2, dia keluar masuk je. Mama lil star pulak rasa cam tak sedap badan, so buat tak paham je la. Takde la nak pegi jenguk ke apa. Hehe. Tiba2 tadi tanya dia, dia kata dah settle dah semua. Dia dah siapkan. Aiyakk. Rasa bersalahnya.. Tapi takpe la, dia pun macam ok je. Takde muka badmood ke apa. Hiiii. Agaknya dia nampak kot muka mama lil star penat sangat. Tak tau la kenapa penat sangat. Padahal harini takde la teruk sangat pun kerja. Ambik liquid nitrogen tadi tu je la teruk sikit. Tapi entahla. Maybe sebab pregnant gak kot ni kan.

Hm, pastu tadi class Strengthening Mechanisms of Materials. Lil star macam gerak banyak sangat tadi. Macam last week pun, class ni la yang Lil star tak duduk diam sekali. Agaknya sebab suara prof tu kuat sangat kot, Lil star nak dengar jugak la. Haha. Semalam class yang boring sikit, suara prof pun slow je, mengantuk tak tertahan. Lil star pun mengantuk kot. Tu dia diam je sampai habis class. Hiiii hiiii.

Pastu, hari Jumaat ni insyaAllah mama lil star ngan ayah lil star nak pegi hospital. Ada kawan kitorang nak tolong bawak kitorang. Mama lil star suka sebab tak payah join kinyou no kai. Kinyou no kai ni meeting every friday dengan budak2 lab. Cerita progress masing2 je pun. Tapi mama lil star malas sangat nak attend. Tak tau la kenapa. Hihi. Nak tengok Lil star dalam perut ni. Excited!! ^_^

Tuesday, October 19, 2010

menghitung saat untuk pulang

Sekarang ni jam menunjukkan pukul 4 petang. Mama lil star tengah makan kuih yang kawan mama lil star yg from Romania bagi. Sedap sangat. Rasa dia macam ala2 rasa Malaysia gak, tapi mama lil star pelik nape kat Malaysia takde orang buat pun kuih camni. Takpela, yang penting mama lil star suka dapat rasa kuih ni. Ni mesti kena belajar lepas ni. Sebab bila mama lil star makan kuih ni, memang tak boleh stop. Haha. Ala tapi mama lil star terlupa nak amik gambar yang focus kat kuih tu. Gambar ni je yang ada.

Kuih tu dalam bekas belah kiri tu. Nampak sikit je. Hehe. Chef nya pulak yang kanan ni.
Hm, ok, habis pasal kuih, oishikatta. Anyway, thanx a lot to Alex, dia bagi mama lil star bawak balik kuih tu banyak2. Hiiiii.

Last weekend, hari sabtu, mama lil star ngan ayah lil star (and of course together with Lil star) dibawa oleh kawan Malaysia kami untuk pegi bersiar2 melihat alam. Hehe. Thanx to Arip and Nina. Best sangat sebab dah lama mama lil star tak keluar kan. Start pregnant je terus tak keluar2 rumah every weekend. Balik Malaysia pun tak dapat jumpa kawan2 sebab tak sihat. So sekarang ni since dah Alhamdulillah okay, sihat, mama lil star pun nak la keluar. Walaupun tengah jalan tu banyak kali jugak rasa tak sedap badan la, nauseous la, tapi Alhamdulillah still boleh ditahan dan dibendung. Hehe. Ayah lil star memang sangat2 la enjoy sebab beliau memang tak boleh duduk rumah lama2. Hiiii. Lil star pulak, ada tendang sikit2 la, nak busy body. Haha. 






Mama lil star teringin nak pegi jalan jauh sikit la before deliver. Tapi tak tau nak pegi mana. Lagipun tempat yang paling penting iaitu HOSPITAL pun belum lagi berkesempatan untuk pegi. Oh tidak!

Friday, October 15, 2010

Seronoknya esok cuti!

Minggu ni je mama lil star tersangat2 la sibuknya. Tu la, pandai2 amik cuti sendiri sampai sebulan lebih. Bila balik sini semua dah lupa2. Kekeke. Pastu baru gelabah2 nak siapkan presentation, dengan kena siapkan plan untuk masters project ni. Memang pening2 kepala. Rasa nak lari je dari sini. Hiiii. Tapi masa stress2 tu tak tau la kenapa tetiba teringat kat cerita Project Runway. Diorang punya stress pun macam lagi teruk je kan. Nak kena dengar apa yang judges nak complain, semuanya unexpected. Macam mama lil star ni, stress fikir apa la yang sensei nak tanya nanti. Dengan semuanya berterabur lagi, paper pun tak banyak baca lagi. Aiyakk. Memang kena rajin betul ni. Ayah lil star pulak, dia baru start masuk lab kan, orang bagi dia relax dulu la. Tu yang dia happy je. Hiiiii.

Hm, pasal Lil star pulak, dah berapa malam mama lil star tak dapat tidur sangat sebab Lil star pusing2, tolak2 bersungguh2 sangat. Hehe. Tapi malam tadi Lil star diam je, dup2 sikit2 je. Dia tau kot mama dia kena bangun awal harini coz ada presentation. Hehe. Tapi harini daripada pagi tadi ada rasa macam small kicks, mama lil star fikir je, apa ni. Tak kuat sangat. Tu confuse tu. Sebab selalu tak rasa camtu pun. 2-3 hari ni je baru start rasa. Perut pun dah makin nampak. Tapi masalahnya mama lil star belum gtau sensei lagi pasal ni. Isk2. Camne niiii.

Esok insyaallah mama lil star ngan ayah lil star nak pegi somewhere (tak tau nama tempat, ikut orang je. hehe). Nak honeymoon lagi la konon2. Hehe. Tak tau la bila nak pegi hospital ni. Macam tak sempat je. Tak pun pegi nextweek je la. Lagipun next week maybe tak tight macam this week. Harap2nya semua ok la. Ameen. 

Tuesday, October 12, 2010

first masters class!!

Harini start balik life mama lil star dan ayah lil star sebagai students. Weekend lepas busy beli barang2 untuk rumah. Meja, selipar, almari baju, macam2 la. So memang tersangat la penat nya. Tak sempat nak jalan2 mana2. Padahal cuti 3 hari sebab Isnin public holiday. Maybe weekend ni nak pegi mana2. Sambung honeymoon. Kekeke. Sementara Lil star belum kuar lagi ni, kasi la chance nak berdua-duaan lagi kan. Hiiiii.

Hm, sekarang ni mama lil star baru je habis first class untuk materials subject. Nama subject tu Nano-process Reaction Engineering. Mengada la class sama2 ngan ayah lil star. Hehe. Nasib baik gak ada ayah lil star. Kalau mama lil star sorang2, tension gak. Semua lelaki dalam tu. "Semua" cam ramai je. Dalam class tu 5 orang je. Mama lil star, ayah lil star, ngan 3 orang japanese students. Memang bosan la, tadek kawan perempuan. Wuuuuu. Sebab tu bersyukur sebab ada ayah lil star teman. Pastu pulak class tu memang mengantuk tak terkata2. Tak tau nak tahan macam mana. Mintak ayah lil star picit2kan tangan je le. Pastu masa class dah habis je, terus fresh (biasa la kan. haha).

Semoga ayah lil star dan mama lil star beserta Lil star dalam perut ni terus tabah mengharungi classes yang sangat me'mengantuk'kan. Hiiii.

Oh, mama lil star baru je baca email sent by Baby Center. Lama tak bukak email, tak sedar pun diorang selalu send email. Ni la lebih kurang cerita pasal pregnancy 17 weeks: 

"You may be gaining weight rapidly at this point, even if you're not eating much. Experts say that the amount of weight you put on during pregnancy is dictated primarily by your genes, so don't necessarily blame yourself if the weight's accumulating faster than you'd like. Your baby's movements are felt as a gentle, fluttering sensation at first, but get stronger and more obvious as time passes. Some babies kick vigorously and often, others are quieter. And many seem most active at night!"

Rasa lega sebab masa timbang haritu terkejut within 2 weeks i gained 1 kg. Makan tak sangat pun. Hiiiii. Pastu teringat Lil star suka la main2 malam2. Siang diam je, kalau gerak pun sikit2. Tapi bila time mama lil star tidur tu, sakan la dia. Hehe. Doa mama lil star moga2 semuanya dipermudahkan Allah. N semoga Lil star will always be healthy and pretty, jadi anak yang soleh. (^_^)

Friday, October 08, 2010

Alone~

Harini mama lil star datang lab awal, belum kul11 dah sampai. Selalunya tau je la kan. Hehe. So cam rajin sikit la. Pagi2 dah buat review paper. Sekarang ni semua budak bilik mama lil star dah hilang, tak tau diorang pegi mana. So mama lil star pun bersantai2 la sikit. Lepas asar jap lagi nak pegi jumpa ayah lil star nak amik gambar untuk student card. Tak tau la kenapa malas sangat nak bergerak harini. Macam takde mood je. Hiii.

Alhamdulillah sekarang mama lil star dah ada energy lebih sikit, so rasa macam biasa la badan. Just kadang2 tu terkasar2 sikit, sakit la perut. So mama lil star kena jadi ayu terlebih la sekarang ni. Lagipun sekarang mama lil star dah tak pakai jeans. Tiap2 hari pakai skirt. Sebab kalau pakai jeans sakit sangat kat perut. Lil star terkepit agaknya. Hii hii. Ciaan sayang mama ni.

Hm, mama lil star tak tau kenapa, tapi lately asyik susah hati je takut2 kalau terrrgugur lagi. Nauzubillah. Starting daripada semalam kan mama lil star dah naik basikal kalau nak pegi mana2. Pastu kadang2 terhentak sikit tu, sakit sangat perut. Tu yang mama lil star susah hati. Rasa2 nya, bila dah besar sikit nanti, mama lil star jalan kaki je la. Tak berani la nak take risk.

Pastu pulak, dah 2 hari kat lab ni, mama lil star tak lunch pun. Semalam makan chocolate je, harini pulak makan kek. Takde appetite nak makan pun. Tak tau la kenapa. Kesian pulak kat Lil star. Tadi dia gerak2 jap. Ni dah senyap je. Tidur kot. Petang nanti mama makan k sayang. Sorry sangat. I love u.

Thursday, October 07, 2010

Konnichiwa Hokudai!!

Rasa macam lama je tak datang lab (memang lama pun). Hehe. Harini first day mama lil star start sem as a masters student. Before this masuk as research student je. So macam konon2 berkobar2 sikit la. Tambah2 pulak ayah lil star pun sama2 enroll hari ni. Suka2. Hiii. Alhamdulillah.

Pagi tadi first thing yang kitorang kena buat ialah pegi ofis engineering untuk check apa yang perlu kitorang buat. Hm, takde la banyak sangat, tapi ada la jugak. Then after solat zohor kat International Students Center, kitorang pun pegi la lab masing2. Ayah lil star kena jumpa supervisor dia. Supervisor mama lil star takde sekarang. Dia pegi Taipei. So harini kat lab just beramah mesra ngan kawan2 lab je la. Pastu isi form yang orang office suruh. Sekarang dah malas2 dah. Nak balik je rasa ni. Tapi sekarang maghrib pukul 5, so cam tak best balik b4 kul6. Nak tak nak, kena la tunggu sampai kul6 japgi. Malas nak buat kerja, online je le. Hiii.

Harini mama lil star tak berapa makan pun. Pagi tadi je breakfast makan quaker oat, pastu lunch minum air carrot je. Sampai la sekarang. Bila rasa lapar, makan chocolate. Lapar sebenarnya, tapi makanan kat cafe tu mama lil star tak berapa boleh makan la. Tak tau la kenapa. Kesian kat Lil star. Tadi dia duk diam je, ni dah pusing2 ni. Lapar kot. Sabar ye sayang, lagi 15 minit mama balik, mama makan ye.

Sekarang ni perut mama lil star dah start nampak sikit la. Lil star dah besar sikit kot. Macam tegang je muscle kat perut ni. Hiii. Macam tak sangka dah pregnant sendiri. Sebelum ni tengok orang je. Sekarang ha baru tau macam mana susah nya para ibu mengandung. Tapi Allah bagi happiness dalam sakit yang Dia kurniakan tu. Jadi besyukur lah selalu. (^_^)

Wednesday, October 06, 2010

Love from Korea~

Lama betul mata ni bercuti daripada memandang pc atau lappie. Semuanya angkara holiday yang diada2kan sendiri. Hii hii. Sebulan cuti balik Malaysia, cuti dengan bersungguh2. Tak nak online sebab tak nak stress dengan emails from lab. Boleh tak.. Hehe. Minggu ni should be all classes have started, tapi mama lil star ngan ayah lil star still bersuka ria di Malaysia. Dah kena balik ni baru lah terkial2 nak atur schedule semua balik. Dengan macam2 benda kena setel. Hehe. Oh, belum tulis lagi kat sini, alhamdulillah ayah lil star dah pun dapat start masters sama2 dengan mama lil star sem ni. So dapat lah kitorang mengada2 pegi class sesama. Hiii.

Sekarang ni mama lil star ngan ayah lil star transit kat Seoul. Melepak2 je la ni. Sekarang baru kul 8.30 am. Flight balik sapporo 10.30 am. Jap lagi nak round2 beli souvenir untuk teman2 di Sapporo. Tengah pening fikir apa nak beli ni. Ayah lil star pulak tengah tidur dengan bersungguh2 ni. Kesian pulak penat dia kena angkat barang2 semua. Mama lil star takleh nak tolong angkat. Beg berat. Tu yang mama lil star pun online ni. Sebab kalau tak online, mulut mama lil star nih takleh nak tutup. Asik nak potpet2 je. Confirm ayah lil star tak dapat tidur sebahagia sekarang. Hiiii.

Hm, nak cerita condition mama lil star masa kat KL haritu la. Sebulan ni quite teruk mama lil star punya vomiting. Sampai keluar2 darah. Pegi clinic, then doctor cakap luka kat perut. Maybe sebab selalu sangat vomit even dah 2-3 jam lepas makan. Dah hadam2 semua pun keluar lagi kan. Memang lembik la. Tapi alhamdulillah la kat Malaysia kan, boleh makan nasik Malaysia. Hiiii. Sekarang ni dah masuk 4 months, mama lil star dah rasa energy tu ada balik. Dah boleh jalan jauh sikit, dah rasa kuat sikit, alhamdulillah. Takde la rasa cam sentiasa lawan sakit untuk dapat energy kan. Mama lil star doa semoga Allah kuatkan mama lil star nak belajar ni. Ameen.

Dalam seminggu lepas, mama lil star dah dapat rasa lil star kat perut. Dah tak sabar nak tunggu lil star besar, insyaAllah. Hiiii. Semua orang suruh mama lil star jaga diri baik2, jaga lil star baik2, insyaAllah. ^__^