CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 28, 2011

8th Antenatal Check-up

Harini dah almost 38 weeks mama lil star punya pregnancy. So every week dah kena pegi check-up. Hm, harini ponteng lab sebab pegi check-up. Hihi. 

Ok, cam biasa, check urine, blood pressure alhamdulillah okay. Berat mama lil star naik 0.5 kg, sekarang dah 63.05 kg. *Doctor cakap congratz sebab tak naik banyak. Kekeke.* Pastu, arini tak buat ultrasound, so tatau berapa berat lil star sekarang. Tadi just diorang monitor heartbeat ngan movement lil star je. Doctor cakap lil star meriah, tak duk diam. Hehe. Alhamdulillah. Harap lil star sihat selalu. Ameen. ^_^

Pastu lagi, doctor check kepala baby dah engaged or not. Dia kata dah engaged, tapi 'jalan' belum tebukak lagi. So lil star belum nak kuar lagi la. Huhu. Patut ler lately mama lil star asik pegi toilet je keje. Sebelum ni tak kerap camni. Huhu. 

Hm, yg mama lil star baca, ada orang kata, kalau kepala baby dah engaged, 3-4 hari lepas tu baby kuar la. Tapi ada jugak yg sampai 3-4 minggu engaged, baby tak kuar2 jugak lagi. Huhu. So kesimpulannya, baby kuar bila dah time dia nak kuar la kan. Masa yg Allah dah tentukan kan. Just mama lil star ni, bila dah dengar doctor cakap dah engaged ni, makin la rasa tak sabo2. Hiii. ^_^

Next check-up will be on March 7th insyaAllah. ^__^

Friday, February 25, 2011

Tak larat yg maximum

Semalam mama lil star ponteng lab sebabnya rabu dah lepas presentation kan. Pastu pulak ramai yg tak datang lab semalam. So mama lil star pun bermalas2an je la kat rumah. Tapi sebenarnya kerja banyak lagi kena buat. Sebab next presentation will be on 9th. Mama lil star ingat nak siapkan semua by next week.

So harini dengan semangatnye datang lab, ingat nak buat XRD. Tapi masa on the way tadi rasa penat yg amat3 la sangat. Rasa macam nak duduk je kat tengah jalan tadi. Selalunya dari rumah ke lab, jalan dalam 20 mins. Kali ni mama lil star jalan dah sampai setengah jam. Jalan slow sangat. Memang betul2 tak larat. Dah tu, sampai2 je lab, tengok2 diorang tengah ngemas lab, angkat2 kotak, meja kerusi semua. Sebab nanti ada sensei baru nak masuk lab. So diorang prepare siap2 la. Mama lil star selamba je buat tak tau, terus duduk kat tempat mama lil star, tersandar. Tak larat gilss okay. Huuu. Tapi rasa bersalah la jugak tak tolong kan. Hiii. Harapnya diorang paham la condition mama lil star yg dah macam ikan paus ni. Huhuhu.

Btw, sekarang ni mama lil star dah in my 38th week. So dah kira full term, lil star dah ready je nak kuar. Agaknya sebab tu jugak la badan rasa berat sangat, plus memang betul2 cepat penat. Nak bangun pun dah terkial2. Asyik rasa nak terjatuh jek. Hiii.

Doa mama lil star, semoga Allah permudahkan semuanya, n semoga Dia selalu pelihara lil star. Ameen.

Wednesday, February 23, 2011

7th Antenatal Check-up

Sabtu lepas mama lil star pegi check up untuk kali ke-7 nya. Week 36. Hm, macam biasa check sume alhamdulillah okay, pastu berat pun naik dalam 1 kg. Dah 62 kg. Lil star pulak dah 2.5 kg. Masa scan tu, ayah lil star cakap hidung lil star macam mama dia. Bulat2. Haha. Selamba je ngate anak dan isteri sendiri. Hii hii.

Ok, pastu nak cerita la sikit, sebenarnya doctor cakap, mama lil star ada problem sikit. Mama lil star rasa maybe sebab dulu mama lil star pernah kena bladder infection. So nanti masa labour, diorang akan bubuh drip, bagi antibiotic kat mama lil star so that lil star tak infected masa delivery nanti. Harap2 semuanya ok. Kawan2 pun tolong doakan untuk lil star n mama lil star ye. Semoga Allah permudahkan semuanya, n semoga lil star sihat sempurna. Ameen.

Sunday, February 20, 2011

To my lovely little star~

Sweetheart,
Carrying you inside me is one beautiful experience I will never forget. 
Alhamdulillah, I praise Allah for sending me you, and I pray that He will keep you safe through. 
Mama and ayah love you. 

Thursday, February 17, 2011

Excited!

Harini mama lil star datang lab awal. Kul 9 dah kuar rumah. Sebabnya harini budak2 masters kat lab mama lil star yg nak grad sem ni ada defense. Senior mama lil star pun ada la sekali tadi. So memang kena la pegi jugak tengok kan. Excited. Hehe. So malam tadi mama lil star tidur awal la sikit. Tapi konon je nak tidur awal. Last2 terlajak sampai kul 1 lebih jugak. Huhu.

Kisahnya, malam tadi perut mama lil star sakit teruk2 sangat. Dah rasa macam period pain tu. Pinggang, peha semua sakit la. Mula2 cam risau gak, orang cakap kalau sakit camtu dah dekat la tu. Ye ke? Huhu. Tapi mama lil star try ingat2 balik, bila compare ngan period pain sebelum2 ni, macam period pain lagi sakit je. So maybe yg malam tadi tu just sakit biasa2 je kot. Nak bagi rasa2 dulu. Hiii. Lil star jangan kuar lagi minggu ni ngan minggu depan tau, mama ngan ayah nak gi main snow lagi ni. Belum habis program lagi ni. Kekeke. :p

Pastu, maybe ayah lil star nak pegi kuyakusho esok. Nak apply kat health center untuk diorang cover delivery cost nanti. Seronok pulak deliver kat sini, FOC. Hihi. Alhamdulillah, moga2 Allah permudahkan semua. Lusa pulak mama lil star punya next check-up insyaAllah. Dah 3 weeks tak pegi check-up, rasa cam rindu pulak nak gi spitel. Nape ntah. Kekeke. ^_^

Ahad pulak, nak pegi shopping (lagi??). Hii hii. Takde, just nak pegi cari barang2 rumah sikit. Sebabnya nanti 13 March insyaAllah mak ngan ayah mama lil star nak datang!! Yeay!! Excited berganda2!! Kikiki. Harap2 masa tu weather kat sini dah okay sikit, temp dah +ve. Kalau tak, kesian diorang nanti, nak tengok cucu nye pasal, demam2 pulak sebab sejuk sangat. Hii. Oh I just can't wait. Eksaited! Eksaited! Huhuhu.

27 days to go?? Erkk..

Tuesday, February 15, 2011

36 weeks

Firstly, mesti la nak cakap Salam Maulidurrasul. Banyak2kan la selawat, bukan harini je, tapi tiap2 hari, sampai bila2. ^_^ Bila maulidurrasul, maksudnya nextweek birthday mama lil star ikut tahun hijrah. Patutnya mama lil star kuar masa maulidurrasul la, 12 rabiulawwal, tapi ter overdue seminggu, mama lil star kuar 19 rabiulawwal. Hehehe. Tapi still nak suka gak sebab dekat2 ngan maulidurrasul. Hii. Semoga dapat la keberkatan tu jugak. Ameen. ^_^ 

Ok, sekarang dah nk cukup 36 weeks pun mama lil star expecting. Alhamdulillah. Kalau ikut due date nye, lagi 4 weeks to go. Kalau lil star kuar on time la kan. Hii hii. Start daripada hujung last week, mama lil star dah rasa betul2 tak larat. Tak tau lah kenapa. Sebelum tu bukan main energetic lagi. Siap boleh naik turun tangga lompat2 lagi. Kekeke. ^_^

Last friday sebenarnya public holiday kat sini. National Foundation Day. Mama lil star ada presentation last wednesday. So lepas presentation tu, balik rumah, hari khamis dah taknak pegi lab. Pandai2 buat cuti sendiri. Hehe. Pastu cuti la straight sampai ahad. Then semalam, isnin, rasa tak sihat lagi. Tak larat sangat3. So ponteng lagi. Lagipun kena siapkan report untuk class. Hehe. Duk rumah je le jawabnye. ;p

Pastu tadi, badan rasa okay dah. Bangun tidur tu mama lil star siap2 la nak pegi lab. Masa berus gigi tu, tiba2 termuntah kuar darah. Tekejut sangatttt. Tak tau kenapa kuar darah pulaknya. Huhu. Then lepas tu, badan mama lil star slow2 rasa tak best. Pegi lab, tapi tak sampai 3 hours, dah tak selesa sangat2. Heartburn melampau2, badan pun dah lemah je. So terus mama lil star pegi amik sample, amik semua notes, cabut balik rumah ler, apa lagi. Hehe. Plannya nak buat kerja kat rumah la kot kalau esok pun tak larat lagi. Tengok camane kan. 

Sekarang ni rasa cam nak mintak cuti terus je ngan sensei. Tapi tu la, 2 benda lagi belum setel. Result carbon analysis ngan powerpoint presentation pasal project mama lil star kat sini. Next month sensei mama lil star nak gi uia. Dia kena cerita progress mama lil star kat sini. Peningnya. T_T 

Rabbi yassir wa la tuassir, Rabbi tammim bilkhair. Ameen. 

Lately, bila malam je, lil star kemain la bersungguh2 main. Tolak2 perut orang sampai senget2. Kekeke. Tapi yg kelakar tu, kadang2 sampai boleh rasa tapak kaki dia. Kecik je. Comel sangat3. Haha. Tapi kejap2 je la. Agaknya lil star tengah stretching kot time tuh. Hii hii. Bila laa lil star nak kuar ek. Huhu. can't wait to see u sweetie! ^_^

Saturday, February 12, 2011

32 days to go??

Bila mama lil star dah duk bercuti2an di rumah ni, start la nak kira hari kan. Tiba2 rasa macam dekat sangat dah. Dulu tengok orang lain je. Sekarang, diri sendiri yg rasa. Isy2. Nervous pun ada, tak sabo pun ada. Tapi kadang2 rasa macam tamo pikir. Makin pikir, makin rasa cam lambat je masa berlalu, makin macam2 la benda yg nak disusah-hatikan. Huhu. So biar je la. Sekarang ni just enjoy the last month of pregnancy, n cepat2 siapkan kerja2 kat lab. 

Mama lil star dah decide insyaAllah maybe lagi 2 minggu je pegi lab. Pastu cuti cuti cuti. Yeay! Hii hii. Sebabnya senior mama lil star pun dah habis kan, dia nak pegi jalan Italy hujung bulan nih. So semua2 benda kitorang kena setelkan within 2 weeks ni la. 23 hb presentation, pastu transfer2 data semua, dia nak turunkan ilmu lagi skit, pastu boleh la bercuti2an. Kekeke. So 2 minggu ni kena kuatkan semangat! Yosh! Moga Allah permudahkan semuanya. Ameen. ^_^

Masa cuti nanti boleh la duk rumah search betul2 pasal macam mana nak buat masa delivery, pasal BF, pasal nak jaga baby, semua2 la. Sebab sekarang ni pun macam banyak sangat je yg tak tau lagi kan. Blur2 je. Nak tanya pape kat doctor pun tak tau. Keke. ;p

Pastu, sekarang ni, mama lil star dah rasa berat sangat. Huhu. Kalau nak bangun dari duduk, memang ayah lil star le kena tolong tarik. Hii hii. Tapi alhamdulillah rasa makin healthy, just cepat penat je la, dah berat kan. Nak wat camne. Huhu. ^_^

Lagi, dah 2 malam berturut2 masa nak tidur je, perut mama lil star sakit sangat3. Pastu bila dah okay tu, penat betul, sampai terus tertidur. Mama lil star fikir, kalau sakit nak bersalin, lagi lama sakit dia, camane tu. Hisy. Nervous2. Huhu. Doa je la kan bagi semua dipermudahkan Allah. ^_^

InsyaAllah 4 weeks to go! ^_^

Tuesday, February 08, 2011

bershopping2an :p

Mama lil star baru lepas memaksa ayah lil star bershopping2an kat amazon lepas berstress2an seharian di lab. Esok ada presentation, tapi malas nak fikir banyak2 sangat. So marilah kita bershopping. Keke. :p

Kebetulan memang mama lil star rasa nak cari playpen untuk lil star. Before ni rasa malas nak beli, tapi pikir2 balik, beli je la kalau ada yg murah2. Boleh bawak balik mesia pun nanti kan. Turun2kan kat adik2 lil star, insyaAllah. Hehe. Pastu plak tadi terjumpa yg less dekat 70%, apa lagi, meriah ler nak beli. Tanpa ragu2 ye. Hiii. Isy, bila nak insaf nih. *geleng2*


Pooh! Mana boleh tahan. Hii. ;p


Di samping itu... Kekeke. Boleh pulak terjumpa barang2 sampingan yg kecomelannya tak tertahan. Hihi. Jumpa bibs from Carter's. Tak penah dengar pulak brand ni before. Tapi sangat comel, n nampak quality cam ok jek. Beli je le sikit. Enough, pasni tak beli dah. *Ye2 je*. Hi hi hi. ;p


Ni ayah lil star yg pilih. ^_^
Mama lil star beli ni sbb ayah lil star tinggi cam giraffe. :p 
Guess who chose this? :p
Simply irresistible. T_T


Okay good night! ^_^


*Photos: Credit to amazon.co.jp

Friday, February 04, 2011

8 months

Harini alhamdulillah cukup la pregnancy mama lil star 8 bulan. Dalam erti kata lain, tinggal sebulan 10 hari je nak sampai ke due date insyaAllah. Tapi lil star ni tak tau la bila nak kuarnye kan. Hehe. ^_^

So far, dalam bulan ni, mama lil star rasa macam makin2 energetic, alhamdulillah. Tapi still kena careful la. Kadang2 terlupa, siap naik tangga turun tangga boleh nak lompat2. Telupe jap ada orang dalam perut. Kekeke. Pastu pulak macam kalau ada kawan2 mama lil star buat makan2 ke, ajak lepak ke, dah boleh la nak join. Masa 2nd trimester dulu memang tak boleh kuar langsung on weekends. Kalau kuar jugak, memang tak pegi lab la hari isnin tu. Huhu. ^_^ 

Makan pulak, sekarang ni macam takde selera. Makan sikit2 je. Kalau kat lab tu, seharian makan biscuits or roti je. Malam baru la nak makan nasik pun. Tu pun sebab teman ayah lil star makan. Kang kalau tak teman dia makan, dia ikut mama lil star, kurus kering la beliau macam masa mama lil star awal2 pregnant haritu. Hehe. ;p

Hm, apa lagi ek. Kiranya sekarang ni conclusion dia, mama lil star dah rasa healthy sikit compare ngan dulu, alhamdulillah. Just rasa badan makin berat la. Kalau daripada duduk nak berdiri tu, macam susah sikit. Pastu masa tidur pun, kalau nak pusing2 tu, kena struggle sikit le. Huhu. ^_^

Lil star pulak sekarang ni makin2 la cepat membesar, alhamdulillah. Pastu yg kelakar tu, bila mama lil star tengah buat assignment ke, study untuk presentation ke, yg fikir2 teruk2, start la lil star tendang2 kuat2, pusing sana pusing sini tak duk diam. Nape ek? Lil star tolong fikir sekali ke? Huhuhu. Sabo je le. ^_^

*Tengah finalize nama untuk lil star! ^_^

Wednesday, February 02, 2011

Last one - done!

Alhamdulillah harini mama lil star dah selamat setelkan last experiment before due march ni. Rasa lega tu tak tau nak cakap macam mana. Satu hari bertungkus lumus buat kerja dengan perut yang dah mengembang dengan jayanya. 

Heartburn tadi sangat la teruk. Agaknya sebab banyak tunduk, bongkok buat kerja. So takde banyak ruang nak bernafas ngan baik. Hii hii. Lagipun memang mama lil star buat kerja tadi sakan gak la. Panjat naik turun kerusi dengan meriahnya, naik turun tangga banyak kali, macam orang tak mengandung. Semangat nak habiskan kerja punya pasal. Hii hii. Pastu pulak, tadi pun mama lil star kena siapkan presentation slide untuk esok. Esok ada presentation untuk class Strengthening Mechanism. Pening2 kepala, alhamdulillah siap jugak. ^_^

Last sunday sebenarnya mama lil star ngan ayah lil star pegi Childcare Seminar: Parenting in Sapporo. Will blog about that later. Malam ni tak larat la. Sakit belakang teruk sangat. Kekeke. ;p

Lately condition mama lil star alhamdulillah okay. Rasa boleh je active2. Tak macam masa 2nd trimester dulu. Siap jalan pun laju2. Tapi tu la, bila lama sikit jalan laju, rasa macam lil star nak terjatuh. Haha. So kena slow kan balik pace. Hehe. Sekarang ni just sakit belakang la tak tahan. Siang okay je. Tapi bila dah balik rumah, start la sakit teruk2. Tapi alhamdulillah so far, tidur ok je. Syukur sangat sebab dapat good night sleeps. Sebab kalau tak, teruk gak la nak pegi lab buat kerja semua kan. 

Lil star pulak, memang membesar dengan jayanya alhamdulillah. Kembang semangkuk dah perut mama lil star sekarang. Haha. Sedar2 dah pun 34 minggu kan. InsyaAllah 6 weeks to go!