CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H

Bismillahirrahmanirrahim..

Cepat je rasa masa berlalu. Teringat lagi last year punya maulidur rasul kitorg satu family kat Sapporo lagi, lepak rumah je tengok Assalamualaikum kat TV Alhijrah. Bila dah balik sini, baru rasa sendiri meriah dia. Pagi2 tadi lagi, dah dengar kat luar ni orang berarak sambil selawat. Seronok je rasa. Ayah pulak keluar kul 8.30 tadi pegi Sambutan Maulidur Rasul ngan geng2 Silat Cekak beliau kat Seremban. Tak ajak pon kitowanggg. Sobss. "Nanti ayah tengok dulu cemana keadaan dia, kalau sesuai bawak, next year punye sambutan ayah bawak okay?" Hmm. Iyo lahhh. Lagipun Aufa macam tengah demam sikit2. Kesian pulak la kan nak bawak dia jalan jauh2. Ni pun tengah tido daripada kul 10 tadi. Biar la kan dia rest cukup2.

Ok pasal baby baru pulak, heeee. Alhamdulillah dah cukup pregnancy mama 16 weeks. Tau dengan konfiden nye sebab baru lepas download apps baru. Hii hii. Womanlog Pregnancy. Just utk nak tau perkembangan je la kan. So far alhamdulillah dah rasa baby gerak2 kdg2. Sket2 je la kan. Tapi pun sebab asyik kalut ngan Aufa, tak sempat kot nak feeling2 rasa baby macam masa pregnant kat Aufa dulu. Ngehehe.

Lagi satu, tadi baru mama tgk kat fb, ada kawan ktorg kat Sapporo, Latep & Kak Fara baru dpt baby pukul 1 lebih pagi tadi kalau tak silap. Sangat jeles ngan baby itu ok, birthday masa maulidur rasul. Mama dulu patut kuar ikut due masa maulidur rasul la. Tapi telambat kuar seminggu, so jadi la birthday 19 rabiul awwal. Hee. Ok, pun boleh kan.

Selamat menyambut kelahiran nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Sama2 kita banyakkan selawat & tingkatkan kecintaan pada baginda. Jom blaja lagi dan terus amalkan sunnah2 nabi S.A.W. Insyaallah. <3 br="">


Thursday, January 17, 2013

Happy New Year 2013!

Bismillahirrahmanirrahim..

Masih tak lambat lagi kot kalau nak wish korang semua Happy New Year 2013. Semoga tahun ni membawa kita ke tahap yang lebih tinggi sket (banyak lagi bagus) lah daripada tahun lepas. Amiin Insyaallah.
Dah lama betul blog ni ditinggalkan begitu sahaja. Tapi since dah agak2 free skarang ni, rasa okay gak kalau sambung je menulis. Boleh gak baca2 balik nanti boring, ala2 diary gitu. ^^
Ok la, sebenarnya, selain byk masa free, the main reason nak tulis balik is because... terenggg.. Aufa dah nak jadi kakak. Insyaallah. Alhamdulillah. ^^

So rasa macam tak aci la kan, anak first cite sume2, anak 2nd apa pun takde. Aufa dulu journal pun ada, blog pun ada, app hp pun ada tau. Yg second ni serious satu apa pun takde. Siap tak kira langsung pun dah brapa weeks ke apa. Bila org tanya, baru la nak kira balik dah bape bulan. Ish2. Pegi check up masa confirmkan pregnancy aritu je. Lepas tu dah malas. Tunggu nanti 5 bulan ke baru gi check lagi. Bole?

Ok, yg second ni sekarang alhamdulillah dah 3 bulan setengah lebih2 sket. Due insyaallah early July. Iye. Betul2 bulan puasa. Iye. Keje mengganti puasa la saye nanti ye. Insyaallah.

Hm, nak cite sket2 je lah pasal masa first trimester dulu. Dengan penuh kesyukuran, yg second ni tak seteruk macam yg first dulu. Kali ni rasa loya2 gitu je. Tapi muntah sikit sangat. Kurang daripada 5 kali. Just yg teruk nya, fatigue yang melampau. Rasa letih yang tak pernah rasa dulu. Memang macam lembikkk je. Takde energy langsung. Tapi alhamdulillah lepas je 3 bulan tu, energy level dah start nak naik balik sikit2.

Bab makan pulak, masa tu ayam langsung tak boleh tengok okeh. Ayam tau. Makanya kena la jugak makan seafood ngan daging. Seafood tu ok la, memang suka jugak. Tapi daging? Ohh. Sebelum ni pun tak pernah kot beli daging. Asyik ayam ayam ayam. Ngeee. Lagi satu, kena makan yg pedas2 je. Food yg tak pedas bila makan macam loya2 je. So kena makan yg strong flavor gitu. Pastu berjangkit skali ngan Aufa pun nak makan pedas2 aje. Sampai nenek dia pun ajaib tengok dia makan kari ikan pedas2 dengan begitu meriahnya.

Ok pasal Aufa pulak, alhamdulillah dia still fully bf. Tapi kisah sekarang ni, malam2 dah taknak tido sendiri. Nak kena tido ngan mama, nak minum cucu sampai subuh. Adehhh. Tengah tabah nak try wean off slowly sebab Aufa dah nak masuk 2 tahun lagi sebulan lebih. Semoga Allah bagi kekuatan kat mama, Aufa, ayah. Amiin.

Ish dah panjang pulak entry ni macam nk lepas gian cakap ke ape. Ok till next entry insyaallah. Selamat bekerja! ^^