CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 30, 2011

Aufa's grand entrance!

Ok, sambung cite balik. ^_^


Balik je daripada makan ngan ayah, pukul 1 dah start sikit2 contraction. Tapi duk borak2 lagi ngan ayah. Dah kul2 tu, contractions still ada lagi. So mama suruh ayah tolong check intervals dia. Rupa2nya contractions dah regular, every 5 mins. Mula2 ingatkan ok lagi. Sebab blood show belum ada, water bag pun belum pecah. Tapi sampai dah kul3, contractions tak benti2 lagi. Contractions pulak macam yg dah real je, sebab sakit start dari belakang, pastu sampai la ke depan. So mama pun dah rasa cam dah kena pegi hospital. Then mama mintak tolong ayah siap2kan bag, barang2 semua, sambil tunggu subuh dulu. Subuh masuk dalam pukul 4.30. 

Pukul 4 pagi tu, mama pun call la hospital, gtau yg contractions dah regular, every 5 mins. So diorang pun suruh pegi. Lepas solat tu, ayah call kawan kitorang, diorang pun datang ngan kete, tolong bawak kitorang pegi hospital. 


Sampai hospital tu dalam kul6 pagi, nurse terus check bukaan, dia cakap dah bukak 4cm. Terkejut la mama ngan ayah masa tu. So terus la mama kena admit. Masuk labour room yg cantik, gembira la. Hii hii. 



Then terus mama kena cucuk, nurse masukkan antibiotic sebab mama positive GBS kan. Jarum dia, adehh, beso sangat. O.o

9.30 am - Nurse datang check bukaan lagi. Dah 5cm. Tapi contractions still sama, every 5 mins and last for about 1 min.  

11.00 am - Mama pegi toilet, tengok ada blood show sikit. So ingat dah dekat la nak bersalin kan. Huhu.

2.00 pm - Sekali lagi keluar darah, kali ni banyak sangat2. Mama dah cuak sikit2. Erkk.

4.00 pm - Contractions still tak berubah, nurse suruh gerak banyak lagi. So mama jalan je dalam bilik tu. Bila penat baru duduk. Then sakit dah makin kuat, tapi still, gap between contractions tu sama gak, 5 mins. 

6.00 pm - Mama dah penat plus ngantuk sangat2. Mama try tidur gak, tapi tak dapat. Sebab sakit every 5 mins kan. Huhu. Ayah dah tidur, tak tau la mimpi sampai mana dah. Hii.

9.00 pm - Mama dah nak flat dah masa ni. Pastu nurse check bukaan lagi, baru 6 cm! Masa ni memang rasa nak nangis sangat2. Bukan sebab tak tahan sakit, tapi sebab tak tahan ngantuk ngan penat sebab malam sebelum tu langsung tak tidur kan. Pastu seharian tak tidur jugak. Dah tak larat tunggu. Huu. -.-

11.00 pm - Masa ni mama ngan ayah dua2 dah down sikit. Ayah memang bape kali tertidur2. Mama pun memang terus siap2 nak tidur.

12.00 am - Dah start sakit sangat3. Contractions makin dekat intervals dia. Every 1-2 mins. Mama dah takleh nak baring, takleh jalan, takleh makan dah masa ni. So mama duk kat sofa ngan ayah. Sambil tu try tidur jugak. Dapat la lelap masa takde contraction tu. 

1.30 am - Sakit makin kuat, time ni dah takleh tidur dah. Memang mama dah siap jerit2 dah masa ni, baca doa Nabi Yunus tu kuat2 dengan ayah. Huhu. Memang sakit yg tak penah dapat imagine la. T_T

3.00 am - Sakit yang memang dah tak dapat tahan, mama terus tekan butang yg nak panggil nurse tu. Nurse datang, mama cakap sakit sangat3 dah ni. Then dia check bukaan, dah 8cm! Alhamdulillah. So dia terus suruh push je everytime yg ada urge untuk push kan. Sambil2 tu dia prepare benda2 untuk delivery. Masa tu la water bag mama pecah. 

3.28 am - Si kecil Nur Aufa Zafeera selamat dilahirkan. ^_^ Disambut oleh nurse je 2 orang. Doctor tak sempat sampai. Kikiki. Dah lepas ayah azan n iqamat kan Aufa, nurse pun pegi bersihkan Aufa. Lepas Aufa dah cantik2, baru la doctor sampai untuk jahit luka mama. 

Lepas tu nurse bersihkan mama pulak, then bagi Aufa kat mama untuk bf. Alhamdulillah, lega sangat n happy sangat masa ni. ^_^

Then, mama, ayah ngan Aufa pun tidur la dengan bersungguh2. Pukul 9.30 am, nurse datang bawak mama ngan Aufa masuk ward biasa. Ayah pulak kena balik. Kul 3 baru boleh datang balik sebab visiting hour kul3 - kul8 je. Dalam ward memang Aufa kena duduk ngan mama je. So takde la mama rindu2 nak tengok Aufa. Hii hii. 7 hari mama duk hospital (6 hari dengan Aufa).

Maka dari itu, bermula la kehidupan mama sebagai seorang ibu, dan ayah sebagai seorang bapa. Alhamdulillah. ^_^


Paling penting, Aufa sihat, alhamdulillah. ^_^

** Nurse tu kata, kat Japan, selalunya memang deliveries are let to be as natural as possible kalau takde problem yg menyebabkan kena C-sect. Takde induce2, takde epidural. Kalau sakit 3 hari, 3 hari la diorang biar ye. Wuwu. ^_^

Sunday, March 27, 2011

Week before Aufa's grand entrance~

Minggu sebelum mama bersalin kat Aufa, mama dah rasa tak larat sangat2 nak keluar jalan2 ke, pegi lab ke. Rasa nak duk rumah je, tak nak buat pape. Hehe. Hari isnin 28 feb mama ngan ayah pegi hospital ada check-up. So memang mama ponteng je la lab tanpa ragu2. Hii. Then selasa 1 march, mama pegi engineering office sebab nak sign scholarship. Tapi tak pegi pun lab sebab konon2 nak buat kerja kat umah je. Bawak balik la semua notes dari lab. Tapi bila dah kat umah, memang takde nye nak buat kerja kan. Banyak gangguan. Kekeke.

Oleh sebab duk umah tak jadi kerja, rabu ngan khamis tu mama pegi la lab, sebab nak siapkan powerpoint presentation yang sensei mama suruh buat. Dengan penuh semangat, alhamdulillah khamis tu siap la semua. Tapi tu la, tak tau sensei mama satisfied ke tak. Dia tak cakap pape pun. Macam tak sukeee je. Huhu. Bior le kan. Nak wat cemane. T_T

Then hari jumaat, macam selalu la, malaaaas sangat rasa nak pegi lab. So mama email je kat senpai mama, gtau tak bape sihat. *Memang tak bape sihat pun ok. Hii.*

Sabtu, mama ngan ayah rest kat rumah je. Takde pegi mana2. Malam before tidur, mama dah start rasa contraction banyak kali. Mama try check, 15 mins between contractions. Tapi oleh sebab contractions tu sama je, tak makin kuat pun, mama biar je la. Then lama sikit tu, mama pun dah tertidur, contractions pun dah stop.

Ahad, March 6th, first anniversary mama ngan ayah. Tengahari tu kawan2 mama ngan ayah ajak pegi lunch untuk celebrate kawan kitorang yang dah grad n dah dapat keje kat sini. Tapi mama cakap kat ayah, mama tak larat sangat2. Maybe sebab contractions tu kot. So tak pegi la. Then petang tu mama cam kesian kat ayah, dia macam boring je tak dapat keluar langsung kan. So mama pun ajak je la ayah pegi makan kat luar. Masa tu rasa sikit2 la contractions. Tapi kejap ada kejap takde. So layan je la. Hihi.

Ok, tu cite sebelum datang tanda2 nak bersalin. Kita sambung cite nanti pulak k. ^_^


*****

Saturday, March 26, 2011

Lovely Lil Star arrived early~ ^_^

Ramai kawan2 mama lil star dah tau pun yg lil star dah dekat 3 minggu keluar. Lil star keluar lepas cukup 38 weeks and 6 days duduk dalam perut mama lil star. Hehe. Alhamdulillah. ^_^


Introducing our Lovely Lil Star ~

NUR AUFA ZAFEERA BINTI AHMAD ZAKI

Experience bersalin kat Aufa ni insyaAllah akan diceritakan kemudian. ^_^ 

Thursday, March 03, 2011

T_T

It's snowing outside, and I'm having a terrible heartburn inside. T_T
Sabo sabo~

March 3rd

Harini birthday sorang kawan baik mama lil star, cik Nurul Farahana Mahmud Zuhudi. Tadaa~


Gambo masa zaman uia. Miss old times. T_T


HAPPY BIRTHDAY makcik. Sedey tak dapat celebrate birthday dia kali ni. Selalunya mesti celebrate nyer. T_T 

Tuesday, March 01, 2011

'The Last Hurrah' checklist. :p

1) Time alone with your partner. 
*Done! Had a nice cheesecake.*

2) A meal at a fancy restaurant. 
*Went to Capricciosa, takde la fancy mane kan, but since we went there on our 1st anniversary (20 R/Awwal), so everything jadi bunga2 la. Kekeke.*

3) A night at the movies. 
*Lepak rumah je tengok Hachiko Monogatari. Nanges2. Hii hii.*

4) An evening out with your girlfriends. 
*Thursday, March 3rd. Can't wait!*

5) The spiciest meal your pregnant body can handle. 
*Hmm, does a karasa-7-ban meal @ Mohan Dish count?*

6) The chance to play Demi Moore by posing for a few pregnancy portraits. 
*Not yet!*

7) A nice, warm bubble bath. 
*Not yet!*

8) The opportunity to write one final pre-baby love letter to your partner. 
*Not yet!*

9) Write a will. 
*Not yet!*

10) Plan your babymoon. 
*Can just plan. Kekeke.*