CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 31, 2010

Ke Hospital

Harini mama lil star ajak ayah lil star pegi jumpa doctor sebab lately mama lil star rasa tak sihat je. Mama lil star ada terbaca, diorang cakap orang pregnant punya immune system sangat2 la rendahnya. Baru la mama lil star teringat, patut la kena hujan sikit je, mama lil star terus demam. Sebelum ni takde pun camtu. So mama lil star jaga betul2 la tak nak bagi kena hujan. Tapi sapporo pulak lately weekdays je hujan kan. Mama lil star pun selalu la rasa tak sihat je. Kejap demam, batuk, selsema, campur nauseous lagi, memang tak larat sangat2. Kawan2 mama lil star pun risau2 je ngan mama lil star. Diorang suruh la mama lil star pegi check kat doctor. Tengok doctor nak bagi supplement apa2 ke kan.

Pastu lak, mama lil star try tanya grandma lil star camne. Dia kata try pegi je, then buatlah urine test sekali, mintak ubat sekali. Lagipun lagi sebulan je mama lil star nak balik Malaysia dah. So boleh buat ultrasound kat Malaysia je. Pastu grandma lil star cakap, suruh doctor check urine, sebabnya mama lil star pernah kena bladder infection. So better check elok2. Takut akan bahayakan lil star. Ya Allah, jangan la bagi benda2 macam ni jadi kat lil star. Please protect lil star. T_T

So tadi mama lil star terus decide untuk pegi hospital. Mama lil star ngan ayah lil star naik bicycle pegi hospital sebelah kawasan rumah. Tapi malangnya, hospital tutup. Dia kata sabtu ahad tutup. So kena pegi weekdays je. Tapi mama lil star ada exam on the coming Monday. Mama lil star sedih sangat. Then mama lil star fikir2, takpe la, maybe nanti pegi clinic je la. Mama lil star lagi selesa kat situ berbanding hospital. Doctor kat clinic tu pun perempuan. So lagi best. Mama lil star bagitau ayah lil star, 'Kita pegi clinic tu la ye. Takpe la mahal sikit'. (Lagipun nanti boleh claim ngan uia. Hehe). Ayah lil star okay je. 

Oh, lupa nak ceritakan condition mama lil star masa pregnant 7 weeks (agaknya) ni. Sekarang ni mama lil star memang sentiasa rasa nauseous, tapi rasa je la, and setakat ni baru sekali je termuntah. Tapi lepas muntah tu serious lega. Terus tidur. Hehe. Oh, mama lil star bukan morning sickness, tapi evening sickness. Lepas maghrib je start la rasa macam2. Tapi alhamdulillah la tak kena pagi, kalau tak, susah jugak mama lil star nak pegi class kan. Pastu, mama lil star yang dulu suka makan dah tak suka makan sekarang. Bila ingat pasal makanan je, terus rasa loya, kembang tekak (betul tak term ni?hehe).Jadi memang mama lil star takleh duk kat dapur dah. Tapi kadang2 nak basuh pinggan tu boleh la kuatkan semangat kan. Jadi ayah lil star la yang tolong buatkan semua. Mama lil star rasa kesian sangat kat ayah lil star. Tapi tak dapat nak buat ape. Mama lil star sendiri pun nak makan kena paksa. Kalau tak paksa, memang masuk hospital la rasanya. Tak boleh nak tengok makanan, cakap pasal makanan, semua yang berkaitan dengan makanan pun tak boleh la. Selama ni, mama lil star suka makan kentang, telur, udang, nasik, chocolate, ice cream. Banyak lagi la. Tapi sekarang, semua tu mama lil star rasa tak sedap. Boleh imagine tak ice cream and chocolate rasa tak sedap?? Hurm, Mama lil star dah tak dapat telan semua tu. Mama lil star just boleh makan makanan masam dan pedas yg sebelum ni mama lil star tak boleh makan. 

Mama lil star risau sangat sekarang, macam mana nanti bulan puasa lagi 10 hari, ayah lil star kena masak. Kesian sangat. Sorry ayah lil star...T_T

Sunday, July 25, 2010

Birthday Present --> *Lil Star* ^__^

Hari ni je dah masuk 2 minggu ayah lil star kena tolong prepare dinner. Sebabnya? Tiap2 malam mama lil star tak sihat. Last 2 weeks mama lil star call grandma lil star, cerita2 condition dia. Grandma lil star cakap, maybe mama lil star PREGNANT! Tapi mama lil star tak berani nk hoping. Sebab sebelum ni mama lil star dah penah pregnant pastu gugur. Tapi macam2 mana pun, mama lil star still jaga diri betul2 takut benda sama terjadi lagi. Mama lil star ngan ayah lil star tinggal kat japan sekarang ni, jadi kena naik bicycle kalau nak pegi mana2. Kalau naik bicycle tau la, hentak2 je kan. Maybe sebab tu mama lil star risau akan gugur lagi. So walaupun takde confirmation, mama lil star still careful kalau naik bicycle. Tak bawak laju2, hati2 bila jalan tak elok, ada lubang ke, apa ke. Ayah lil star pun selalu pesan , jangan biar terhentak2. Bahaya. Dia selalu susah hati pasal mama lil star. Mama lil star betul2 bersyukur dapat ayah lil star yang sangat baik dan penyayang. Alhamdulillah. ^___^

Oh, mari kita rewind sikit ye. 9 Jun 2010 adalah date mama lil star keguguran first baby. Mama lil star dan ayah lil star sangat2 sedih masa tu. Ayah lil star tak cakap pape sangat, tapi mama lil star tau dia sedih. Tapi 2-3 hari lepas tu, dia dah okay sikit. Dia cakap, 'takpela, dah takde rezeki lagi kan'..Tapi mama lil star sangat2 la sedih. Sebabnya mama lil star nampak dengan mata dia sendiri baby tu jatuh dalam toilet bowl, dan masa tu mama lil star tak tau pape, mama lil star rasa pelik, tapi sebab class dah nak start masa tu, mama lil star flush je toilet tu. Lepas daripada tu baru tau yang tu baby gugur. Tu yang mama lil star teringat2 tu. 2-3 minggu mama lil star sakit2 je, and sampai 2-3 minggu gak mama lil star still menangis bila tengok baby atau tengok orang pregnant. Tapi ayah lil star cakap takpe, nak buat camne kan, kita tak tau pun masa tu. Sikit sebanyak mama lil star rasa lega.

23 July 2010 is ayah lil star's 24th birthday. Awal kan ayah lil star dan mama lil star kahwin. Hehe. Mama lil star pulak belum lagi masuk 24 tahun (sebab birthday mama lil star bulan november.hehe). 23 july tu jugak cukup la 2 minggu period mama lil star lambat. Kawan mama lil star bagitau mama lil star, kalau period dah lambat 2 minggu baru elok wat pregnancy test. Malam 23hb tu mama lil star dah rasa tak berapa sihat. Pastu mama lil star tanya ayah lil star, 'Sayang, nak tak try wat pregnancy test ni?' Ayah lil star pun terus jawab tanpa fikir panjang, 'Ha try la cepat'. Mama lil star trus amik benda tu, terus pegi toilet. Dalam kertas tu dia tulis boleh celup je stick tu dalam urine kita. So mama lil star pun amik 1 bekas yg dah tak dipakai ni (Bekas ice cream yang kawan mama lil star bagi untuk mama lil star guna untuk masak nasik, tapi mama lil star tak penah guna sebab dah ada bekas lain yang dapat sekali dengan rice cooker). Bekas ice cream tu mama lil star simpan sebab comel sangat, tak sampai hati nak buang.

Masa mama lil star celup tu, nervous sangat. Tak berani rasanya nak tengok. Tapi mama lil star kuatkan jugak hati tengok stick tu sambil tunggu beberapa minit. Slowly line yang menunjukkan pregnant tu visible. Mama lil star cam nk gosok2 mata, 'betul ke tak ni'. Tapi tak boleh la kan, tengah pegang stick tu dengan bekas urine tu. Hehe. Lama sikit dia makin terang, mama lil star cepat2 panggil ayah lil star, tunjuk kat dia. Ayah lil star terus senyum, 'Yang tu line yg tunjuk pregnant kan?' Mama lil star angguk je. Tak tercakap pape. Bersyukur sangat2. Alhamdulillah. Lepas tu keluar dari toilet, tengok muka ayah lil star happy sangat2. Tak pernah mama lil star tengok muka dia sehappy tu. Dia kata, 'Alhamdulillah. This is the best birthday present ever'. Mama lil star cakap? 'Alhamdulillah'..(^_^)


Instruction

Ni lepas mama lil star buat test!! Positive!! Alhamdulillah!!