CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 31, 2010

4th antenatal check-up

Sedar2 harini dah pun hari last untuk taun 2010 kan. Tak tau kenapa, tengok orang lain meriah2 pun, mama lil star takde pulak rasa excited. Langsung takde feeling boleh tak. Aiyakk apa dah terjadi. Kekeke. Agaknya sebab mama lil star ngan ayah lil star memang cuti daripada 29hb haritu sampai 3hb nanti kot. Tu yang tak rasa sangat nak masuk new year ni. Sibuk kira cuti tinggal brapa hari je. Tak fikir pun new year ke tak new year. Kekeke.  

Lagipun mama lil star asyik rasa tak larat je start cuti haritu. Tak tau la kenapa. Nak pegi mana2 pun cam takde mood je. Plan untuk esok pun still belum discuss lagi ngan ayah lil star. Hii hii. Just plan harini la nak pegi shopping barang2 yg belum beli untuk lil star. Ni last la kot before deliver nanti insyaAllah. Semalam pun dah pegi beli baju sikit2 lagi untuk lil star. Dah tak larat dah nak jalan2 pasni. Kat lab keje banyak, ngan weather pun makin2 la mencabar ni. Weekends memang duk rumah je la jawabnya. Huhuhu. ^_^

Oh, Dec 29th haritu mama lil star pegi check-up lagi. Masa tu dah cukup 29 weeks. Macam check-up yg sebelum ni jugak, time nak kuar rumah je, penuh snow kat luar, tengah snowing dengan meriahnya. Ayah lil star jalan senyaaap je. Rupa2nya tengah berangan. Mood jiwang kan. Kekeke. 

Ok, pasal check-up, blood pressure ngn urine mama lil star ok alhamdulillah, berat naik almost 1 kg ye. Tak sampai pun 2 weeks dah naik camtu. Haisy. So sekarang ni 58.2 kg. Doctor sound sikit la. Dia cakap pasni kena control, boleh  naik 1 kg je sebulan. T_T

Pastu masa pegi buat ultrasound, kemain semangat harap2 dapat tau lil star ni boy ke girl. Bak kata pakcik ngan makcik lil star yg kecik2 tu, Snow White ke Snowman? Huhu. 

Masa ultrasound, orang tu cakap position lil star cam sujud. So cam susah sikit nak tengok semua2. Tapi nampak la muka lil star, pastu tangan dia gerak2. Berat lil star pun okay, 1386 g. Macam tak sangka dah besar dah lil star sekarang. Sebulan lepas baru 862 g. Cepat betul rupanya baby besar bila dah masuk 3rd trimester nih. 

Hmm, pastu, Snow White ke Snowman?? Hahaha. It is not 100% confirmed, tapi most probably lil star adalah Snow White! Orang tu kata nanti next time buat ultrasound, dia check balik to confirm. Tapi mama lil star rasa memang girl la kot kalau dah tak confirm camtu. Sebab kalau boy memang kompem2 nampak boy kan. Entah la. Hehe. Yg penting mama lil star dah excited sgt boleh beli barang2 pink kat lil star. Kekeke. Ayah lil star frust sikit la, tak dapat geng basketball dia. Hii hii hii. Tapi takpe la kan, dah rezeki nak dapat girl. Alhamdulillah. ^_^

Semalam shopping pun, happy sangat tengok barang2 untuk girls. Comel2 okay. Hiii. ^_^

Tuesday, December 28, 2010

short vacation at Rusutsu Resort ^_^

Dec 25th n 26th lepas, mama lil star ngan ayah lil star join Malaysian students kat cni, diorang ajak pegi snowboarding dekat2 ngan Sapporo ni, kat Rusutsu. Ayah lil star tersangat la happy dapat bersukan balik kan. Hehe. Dah lama dia tak main sports sangat. Pastu pulak first experience nak snowboarding kan. Memang excited la beliau. ^_^

Mama lil star pulak, berjalan2 la mencari aktiviti yg nak dibuat bersama rakan2 yg tak main snowboard. Tapi tu la, tak banyak sangat benda nak buat coz semua yg pegi tempat tu confirm2 nak main snowboard/ski kan. Hmm. Tapi still seronok. Tempat dia cantik sangat. Round2 amik gambar je pun dah happy. ^_^




Sebenarnya nak tunjuk kaki kitorang tenggelam dalam snow,
tapi tak nampak sgt la pulaknye dlm gambo.  Kekeke.

Baru lepas main Snow Rafting. Terpelanting2 gak la.
Haha. Ngan lil star sekali lompat2. Hii. Best sangat3! ^_^


Ayah lil star poyo "Nak pegi berjuang" :p

Mama lil star @ 28 weeks pregnancy.
Mode: Penat naik tangga. Kekeke. ^_^

Indoor activity: Berangan nak rumah camni.  ^_^


Malam ada lampu2, tp tak byk pic coz sejuk sgt.
Tamo kuarkan tgn dpd dlm poket. ;p




Love u sayang ^_^


Monday, December 27, 2010

mahu pulang -.-

Sekarang mama lil star still lagi kat lab. Baru lepas amik data experiments yg lepas2. Harini sangat bosan. Konon2 harini ngan esok mama lil star nak buat experiment. Tapi fikir2 balik, cam malas la. Sebabnya senior mama lil star takde. Kang meletup pape kat belakang tu, habis la kena marah ngan dia sampai taun 2012. Huhu. So mama lil star pun postpone la experiment semua ke tahun hapadan. Hii hii. Sebenarnya harini class semua dah start cuti. Lab mama lil star pun diorang nak kunci daripada Dec 29th sampai la January 3rd. Nak suruh orang holiday. Kekeke. Pastu oleh sebab sekarang ni tengah winter, diorang kena drain out air so that nanti takde la air membeku dalam paip. So esok maybe takde air. Kesimpulannya? Esok takyah datang lab lerr. Hehehe. Suka2. ^_^

Harini pun sebenarnya tak ramai pun datang. Ada la dalam 7-8 orang je. Tu mama lil star ingat tadi nak balik awal harini. Tapi pagi tadi on the way datang lab, jalan sangat3 la licin. Banyak kali nak terslide2. Aiyakkk. Tu yang nak tak nak, kena tunggu ayah lil star habis buat kerja, balik ngan dia. Tak berani nak balik sorang2. Kang tegolek tak pasal je. Dah la sekarang ni titik graviti kat badan ni dah ke depan. Haha. Lil star cepat sangat membesar ye. Campur chocolates, cakes, ice creams lagi. Mama lil star dah jadi macam giant. Kekeke.

1) Dalam satu hari, kalau mama lil star duduk diam je tak banyak bergerak, lil star tersangat la sakan bermain, pusing sana pusing sini. Kejap timbul belah kanan, kejap timbul belah kiri. Haha. Tapi bila mama lil star pulak banyak bergerak, lil star diaaaaam je. Tak gerak2. Nanti dah malam orang nak tidur, baru la dia start pusing2. Hii hii.

2) Sekarang mama lil star dah kena tidur dikelilingi bantal2an. Huhu. Dah kena tidur mengiring kanan sahaja ye. Kena tuck bawah perut especially. Pastu nak bagi sedap, letak lagi satu kat belakang bagi tak sakit belakang.

3) Tiap2 hari kalau jalan lama sikit, mesti sakit belakang.

4) Alhamdulillah kaki mama lil star takde bengkak2 lagi. Mama lil star terbaca, kalau kaki bengkak2 tu, kena banyakkan berjalan. Agaknya sebab mama lil star berjalan everyday pegi balik lab, tu yg sekarang ni so far alhamdulillah okay.

5) Lil star paling suka timbul2 lepas subuh. Start la dia tergolek2 dalam perut ni, kejap sana, kejap sini. Mama lil star selalu nak tergelak sorang2. Huhu. Alhamdulillah, moga2 lil star sihat2 selalu ye. ^_^

Lusa ada check-up lagi! Harap2nya tak kena berleter lagi sekali sebab gain weight banyak! Kekeke. ^_^

Wednesday, December 22, 2010

*Kelip2*

Mama lil star baru lepas google cite2 pasal experience orang bersalin. Macam2 cite ada. Tiba2 rasa ngeri. *Kelip2*
Moga Allah permudahkan semuanya. Ameen. T_T

otsukare~!!

Alhamdulillah mama lil star baru je lepas habis winter conference kat lab mama lil star. Rasa lega dia tak tau nak describe macam mana. Seminggu lebih bertungkus lumus analyze data, buat ppt presentation, buat tu, buat ni. Pastu 2 hari before presentation, baru la senior mama lil star datang lab, nak check ppt. Punye lee banyak nak kena betulkan. Siap kena ambik data balik lagi. Semalam mama lil star datang lab dari 8.30 pagi sampai 9.30 malam. Memang record la. Dengan sejuk lagi, tak larat lagi, stress tak study pasal presentation lagi. Memang huru-hara la masa tu. Hiii. Tapi alhamdulillah, semua Allah mudahkan. Mama lil star bersyukur sangat2. ^_^

So esok kena la enjoy dengan gembiranya. Kebetulan esok national holiday. Ayah lil star pulak ada game basketball dia esok. Dah lama tak tengok dia main. Excited pulak. Hiiii. Pastu jumaat ingat nak cuti la. Tamo datang lab. Nak tidur je kat rumah. Haha. Mintak2 la senior mama lil star baik hati hariniiii, dia tak kisah mama lil star nak cuti. Ameeen. T_T

Hm, kisah lil star pulak, harini mama lil star dah pun masuk week 28 preggo. Kekeke. Alhamdulillah. Macam cepat je masa berlalu. Dah nak masuk week 30. Dulu rasa macam week 30 tu jaaaaaaauh sangat3. Sekarang ni dah dekat dah insyaAllah. So sekarang ni lil star membesar dengan sangat la cepatnya. Pastu main tolak2 perut orang. Hahaha. Tendang2 debush2 dah kurang, tapi gerak sana, gerak sini. Rasa geli je kat perut mama lil star. Hiii. Ahad lepas, masa mama lil star ngan ayah lil star tengah sibuk siapkan assignment, lil star pun meriah la bermain2. Mama lil star sampai tak boleh nak focus. Rasa nak suruh je duk diam sikit. Tapi takleh nak suruh sebab cam comel sangat. Keke. Lagipun kang lil star tak main kang mama lil star pulak susah hati kan. Hiii. So takpe la, sabo je le. Hiiii. ^_^

Ok, dah nak balik rumah. Boleh balik awal. Yeay!! ^_^


Sunday, December 19, 2010

3rd antenatal check-up

Dec 18th - Mama lil star ngan ayah lil star bangun pagi2 nak pegi hospital. Appointment pukul 9.30. Sangat2 sakit nak bangun ye. Haha. Selalunya sabtu pagi mesti dua2 pun malasss je nak bergerak. Kekeke. Tapi oleh sebab ada appointment, terpaksa la jugak kan. Hmm. -.-

Keluar je daripada rumah, snow penuh depan pintu. Aiyakk. Cepatnya diorang berkumpul. Malam before tu ayah lil star balik main futsal pukul 3 pagi, takde pape pun lagi. Pastu pukul 9 pagi dah penuh2 snow. Huhu. Pastu mama lil star ngan ayah lil star pun meredah la snow yg tengah turun dengan lebatnya. Tiba2 masa tu rasa mood jiwang. Hahaha. Tapi yang tak bestnya, time tu kan tengah rushing nak pegi hospital kan, takleh la nak bercinta2 sambil berjalan tu. Jalan pun kena cepat2 je. Haisy. *Lap peluh*

Ok, pastu pasal check-up, semua macam biasa je. Pastu pulak, kali ni tadek buat ultrasound sebab baru last 2 weeks dah buat kan. So doctor cakap next 2 weeks baru buat lagi sekali. Tu yg kurang excited sikit check-up kali ni. Sebab tak dapat tengok lil star. Boringnye. -.-

So, hmm, alhamdulillah everything was fine. Blood pressure ok, urine ok. Weight?? Haha. Naik 0.8 kg. Mama lil star dah 57.3 kg.  Rasa nak tolak yg 0.3 kg tu. Bundarkan kepada nombor bulat yg terdekat, boleh tak. Kekeke. ^_^

Next check-up will be on Dec 29th insyaAllah. Mintak2 la dapat tengok lil star boy ke girl. ^_^

Saturday, December 18, 2010

Sapporo White Illumination

Mama lil star ngan ayah lil star baru balik dari Odori Koen ni, jalan2 tengok Sapporo White Illumination. Mama lil star suka sangat3 tengok lampu banyak2. Comel sangat + romantic feeling skit la. Hii hii. Mama lil star ngan ayah lil star tabah je tengah2 snow tebal2, temperature -3 deg C, mengharungi kesejukan. Beku2 tangan. Kekeke. Tapi HAPPY! ^____^








Semangat beratur nak amik gamba kat Sapporo TV Tower Photo Stage. Kekeke. ^_^

Heart Heart Heart ^_^

Sekali lagi 'Dengan segala hormatnya..'

Happy Birthday to Grandma Lil Star. Kekeke. ^_^

Semoga Grandma Lil Star diberkati Allah selalu, dikurniakan kesihatan, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. 

Pic masa wedding last March. Mak suka pic ni sebab boleh bersanding ngan baba sekali lagi. Hiiii. ^_^

I love you mamita bonita. ;))

ber'dating'2an

Harini budak lab mama lil star ada bonenkai (year-end party) sebenarnya. Tapi mama lil star cam malas sangat nak pegi. Selalu balik pukul 6 pun dah nak terpengsan2, ni pukul 6 tu baru nak keluar. Confirm penat. Dah la jauh pulak restaurant tu. Sampai ke minami berapa2 ntah. Jauhnyee la. *Berpeluh2*

Oleh sebab semua pun keluar pegi bonenkai, mama lil star pun kena la balik awal kan. Alhamdulillah powerpoint untuk presentation next week dah siap dah. Just nak kena baca balik, ngan tengok2 benda2 theoretical ler. Sebab kang kompem2 kena *debusy2* ngan budak2 lab tu. Macam2 la diorang nak tanya tu kang. Dah tau dah. -.-

So mama lil star doa je la bagi Allah permudahkan semuanya. Harap2 apa yg diorang tanya nanti tu mama lil star tau la nak jawab kan. Ameen. T_T

Pastu tadi lepas balik lab pukul 6 tu, rasa cam awal sangat la pulak kalau terus balik rumah kan. So mama lil star pun ajak ayah lil star pegi dating kat Sapporo eki jap. Lagipun nak pegi tengok barang untuk lil star sikit kat Gap ngan kedai apa ntah ada jual barang Shinkansen yg comel2 tu. Tapi tak banyak la pulak barang untuk newborn. So mama lil star ingat, nanti2 bila lil star dah besa sikit la baru beli barang2 comel kat situ. Hiiii. Tapi kalau la lil star ni boy, memang kompem2 la mama lil star nak cari barang Shinkansen. Comel sangatt. Tapi mahal sikit la. Ka-ching~ T_T 

Shinkansen- Simply adorable ^_^




Kalau girl? Mama lil star kat Japan sekarang, so memang barang untuk baby girl tersangat la banyaknya. Mana2 pun ada barang kaler pink. Semua comel2. Ayah lil star pun pening tengok. Hii hii. ^_^ 


Pastu mama lil star ngan ayah lil star dinner kat luar je tadi sebab malas masak. Kekeke. *Geleng2 kepala*. Banyak mama lil star makan tadi. Mula2 pegi Capricciosa ( favourite place :p ), makan spaghetti ngan pizza, sangat2 la banyak cheese, sungguh fatty. Adehh. Pastu tetiba nampak choc icecream pulak, oh enaknya. Makan lagi. Haha. Then dah lama jalan2 tengok2 kedai, penat2 tu tetiba rasa nak latte la pulaknya. So pegi la menelan latte yang enak. Tapi ayah lil star cakap, ni last. No more coffees sampai lepas deliver nanti. *Garangnyee* T_T

Esok 3rd check-up, harap2nya walaupun makan banyak malam ni, berat tak naik banyak sangat la. Hiiii. ^_^

1) Lil star sekarang ni dah makin pandai main. Kalau mama lil star tekan2 perut banyak2 kali, dia pun tolak balik, kuat pulak tu. Hehe. 

2) Mama lil star rasa cepat sangat lil star membesar. Perut mama lil star memang dah nampak sesangat la kan. Aiyakk. So dah kena rajin2 sapu moisturizer kat perut dah pasni. Tamo stretchmark. *Geleng2* T_T

3) Mama lil star sekarang selalu mengah2 bila naik tangga. Padahal takde la rasa teruk sangat ke, berat sangat ke masa tengah naik tangga tu. Tapi sedar2 lepas tu dah mengah tiba2. Huhu. ^_^

4) Sakit pinggang memang takyah cakap ler. Tiap2 hari pun sakit. Tambah2 sekarang kat Sapporo ni dah makin sejuk. Jalan atas ais, jenuh control steps to take, takut terjatuh. So makin la sakit pinggang, sakit belakang. Pastu start la jalan macam penguin. Kekeke. ^_^

5) Paling takleh tahan, mama lil star sekarang ni sangat suka bersedih okay. Tak pasal2 sedih2 sorang2. Ayah lil star sampai kompius, 'ni kenapa pulak dahhh..' Haha. Tak tau la sebab stress nak kena present masa winter conference next week ni ke apa kan. Tapi yg pastinya, selalu je tersedih tiba2. Huhu. ^_^

Ok, mama lil star nak study2 sikit jap nih. Ayah lil star pegi main futsal. Mama lil star kena tinggal kat rumah. Srottt. T_T

Wednesday, December 15, 2010

week 27

Minggu ni sedar2 dah masuk week 27 pun mama lil star preggy. Tak perasan pun. Cepat betul masa berlalu. Agaknya sebab kesibukan melanda yang teramat la sangat. Sebabnya selasa ngan rabu dengan ada winter conference. So kena present semua2 benda yang dah dibuat start daripada masuk masters bulan 10 haritu. Memang la tak banyak sangat data, tapi bila nak kena analyze satu2, buat graphs tu yang penat mata ngan kepala tu. Tu yg mama lil star kena tabahkan hati. T_T

Harini mama lil star dapat tau mama lil star ngan ayah lil star dapat anak sedara baru. Excited sangat. Tapi tak dapat pegi tengok kan. Kitorang doa dari jauh je. Mesti comel baby kak mira n abg kerol. ^_^

Oh, sabtu lepas mama lil star ngan ayah lil star pegi shopping dah barang2 untuk lil star. Abg kadri ngan kak iela ngan iman comel yang bawak kitorang. Seronok sangat tengok barang2 comel2 semua. So far rasanya dah tinggal sikit2 je yg belum beli. Maybe hujung taun nanti mama lil star ngan ayah lil star pegi lagi. Hehe. Tapi tu la, sekarang ni kan mama lil star ngan ayah lil star tak tau lagi lil star ni girl ke boy, so baju2 lil star semua base color kuning le. Takleh la nak amik pink ke biru. Tapi takpe, mama dia suka. Hii hii. ^_^


baju ni untuk bagi baby rasa warm ^_^

^_^

mama yang suka pooh, lil star kena pakai baju pooh banyak2, 5 helai. kekeke.

mama lil star suka gajah, lil star dpt le baju gajah. suka. suka. ^_^

yg ni paling tak tahan sekali. memang kena beli jugak. kalau tak beli, mama lil star tamo balik. haha.

Seronok rupanya beli baju baby nih. Hehehe. Ayah lil star pun suka jugak. ;p


Sabtu ni insyaallah next check-up. Harap2nya mama lil star tak gain weight banyak sangat. T_T

Wednesday, December 08, 2010

Week 26

Pejam celik pejam celik, hari ni dah pun masuk week 26 mama lil star pregnant. Cepat rasa masa berlalu. So officially sekarang mama lil star dah dalam 3rd trimester of pregnancy! Tweet! Tweet! Hehe. Alhamdulillah. Macam tak percaya je. Tiba2 dah tinggal 3 bulan je nak sampai due date. ^_^

And to mark the entrance to 3rd trimester, mama lil star harini kena flu. Batuk *uhuk2*, selsema *srott2*, sakit kepala, bersin2. Pagi tadi lepas subuh memang flat terus. Badan, kepala, semua rasa berat sangat. So cancel la semua plan kat lab harini. Mama lil terbaring je sampai ke tengahari. Then tengahari ayah lil star balik tengok mama lil star. Masa tu, mama lil star pun try bangun la jugak. Kitorang lunch makan roti canai ayah lil star buat. Sedaaap. Hehehe. Dah lepas makan tu ayah lil star pun terus pegi class. Mama lil star ponteng lagi. Haisy. T_T

Lil star pulak, masa mama lil star terbaring je tadi, semangat dia main2 pusing2 buat apa ntah. Thank you lil star sebab teman mama. Hiii. Pastu mama lil star pun terbayang la camane la nanti nak bersalin kan. Betul2 clueless, tak tau macam mana nak buat nanti. Hihihi. Tapi yang penting, mama lil star kena kuat semangat. Yosh! ^_^


Just before entering 3rd trimester;

1) Perut mama lil star dah memang sah2 nampak boolaat je. Kekeke. Tengah jalan mesti orang tengok2 perut. Don't like! Don't like! ;p

2) Bila lil star gerak2 je, makin kuat terasa. Rasa kelakar je kat perut ada orang gerak2. Jap timbul, jap tenggelam. Hiii hiii. Mesti lepas2 ni mama lil star rindu nak rasa camni lagi.  ^_^

3) Mama lil star dah makin cepat rasa penat. Pastu kalau jalan pegi lab tu, slow sangat. Kalau jalan biasa, dalam 15-20 minit. Sekarang dah jadi setengah jam. Dah sampai lab tu, mengah2 la pulaknya. *Fuhhh fuhhh* 

4) Kalau tak sandar bila duduk kat kerusi, cepat je mama lil star sakit pinggang, sakit belakang semua. 

5) Mama lil star just can't stop eating!! *Adehhhh*

Monday, December 06, 2010

*uhuk uhuk*

Pagi semalam, bangun je tidur, mama lil star rasa tekak ni sakit sangat2. Tersedar tu pun sebab tiba2 je terbatuk teruk2. Agaknya sebab lately pun memang mama lil star kurang minum air. Tiap2 hari minum masa breakfast segelas, lunch segelas, malam lagi segelas. Tu je. Mama lil star selalu je haus, tapi tu la, kat lab sekarang mama lil star bz. Nak lepak minum2 pun tak sempat. Srottt~

So semalam seharian la tabah menghadapi sore throat tanpa apa2 usaha mengurangkan sakit. Siap lunch ngan dinner makan lauk pedas lagi. Mama lil star ni sebenarnya jenis yang tak makan pedas sangat. Tak tahan. Hehe. Tapi sejak2 ada lil star dalam perut ni, asik nak makan yang pedas2 je. Daripada awal2 pregnant lagi. Hmmm. So bila dah sakit tekak makan pedas.. Jadi apa? Huuuu. T_T

Pastu malam tadi kompem2 la mama lil star tak dapat nak tidur dek kerana sakit sangat2 tekak ni. Perit sangat rasa. Pastu kalau batuk pun, takleh nak batuk kuat2. Sebab bila batuk bersungguh2, perut pun sama la sakit dengan bersungguh2.

Mula tu ayah lil star suruh try makan honey yang tinggal sikit tu. Mama lil star pun makan la. Nyum2 sedap. Hiiii. Pastu lega kejap, lama sikit, sakit balik tekak. Batuk2 balik. Tapi mama lil star try gak la tidur. Pastu masa tengah kemamaian tu, mama lil star dengar ayah lil star pegi dapur bunyi *keteng2* buat apa pun tak tau la kan. Mama lil star tak mampu nak bangun dah masa tu. Mamai plus tak larat sangat sebab batuk teruk, sakit tekak, sakit perut lagi.

Pastu tetiba ayah lil star gerak mama lil star suruh bangun. Ayah lil star tolong buatkan air. Mama lil star tanya la, "Air apa?" Ayah lil star cakap "Minum je la.." Mama lil star pun glup3 minum air tu. Nyum2 sedap. Rasa macam air limau nipis yg sedap tu. Tapi pelik la, mana ayah lil star korek limau nipis kat dapur tu. Pastu dah puas minum tu, mama lil star tanya la la lagi tu air apa. Ayah lil star cakap air asam jawa. Oooo. Patut laa. Alhamdulillah legaaaa sangat rasa tekak ni. Satu gelas tinggi tu mama lil star telan. Kekeke. ^_^

Lepas dah lega tu, mama lil star pun dapat la tidur dengan aman. Ada la batuk2 lagi sikit. Tapi tekak dah tak perit sangat, alhamdulillah ok la. Balik lab nanti pun nak mintak ayah lil star tolong buatkan air asam jawa lagi la. Hiiiii hiiii. ^_^

Thank you ayah lil star, sebab jaga mama lil star baik2 sangat. I love u. ^_^

Saturday, December 04, 2010

2nd antenatal check-up!

Ni mama lil star baru lepas balik dari hospital untuk 2nd check-up. Harini ada volunteer tolong translate Japanese untuk mama lil star ngan ayah lil star. Bahagia la jugak kan. Kekeke. ^_^

First2 sampai hospital tu, macam biasa check blood pressure ngan timbang berat sendiri, pastu pegi ambik urine. Blood pressure alhamdulillah ok. Berat mama lil star dah naik dengan meriah. Terkejut jugak tengok 56.5 kg. Last check-up sebulan lepas baru 53 kg. Tapi fikir2 cam okay la kan rasanya 56 tu. Before kawin pun pernah je berat mama lil star sampai 56 tu. Hi hi hi. ^_^

Then masuk bilik untuk ultrasound. Awal2 lagi nurse tu dah tanya, nak tau ke baby boy ke girl. Apa lagi, semangat la ayah lil star ngan mama lil star cakap nak tau. Nurse tu pun gelak je. Dia kata kalau dia nampak, dia bagitau. Masa scan tu, dia tunjuk la muka lil star, kaki, tangan semua. Masa tu lil star tengah gerak2 dengan meriah. Hihi comel. Dah last tu, nurse tu pun cakap, sorry, tak dapat tengok lil star boy ke girl sebab lil star tutup ngan kaki dia. Alaaaaaa. Frust nyeeee. Agaknya girl kot. Sebab malu2 tamo tunjuk. Haha. So next month pulak la baru boleh tengok lil star girl ke boy. Harap2 nanti boleh tengok la kan. Nak beli barang pink ke blue ni? Takkan nak beli orange ngan hijau je. Kalau girl nak la pink semua kan. Kan. Kan. Hehehe. ^_^ 

Ok, next, jumpa doctor. Mama lil star pun pass la surat yang doctor dari Maternity Hospital tu bagi pasal contraction mama lil star semalam. So doctor check balik condition mama lil star, dia kata semua ok. It doesn't look like mama lil star will give birth early. Ubat yang dapat semalam pun, dia kata if tak sakit dah, tak payah makan pun takpe. ^_^

Then doctor gitau, berat lil star sekarang 862 g. Aiyakk dah berat dah lil star nih. Haritu 331 g je. Keke. Dah abis pasal lil star, doctor pun cakap, hmm, banyak nih berat mama lil star naik. Naik 3 kg within 1 month. So lepas ni kena control sikit. Wuuwuu. Mama lil star pun angguk je la. T_T

Keluar tu, jumpa nurse pulak, nak set next appointment, ngan discuss2 sikit. Pastu nurse tu pun tegur berat mama lil star naik banyak. Dia siap tanya, tau tak sepatutnya boleh naik brapa kg je dlm sebulan? Mama lil star pun geleng je la. Then dia kata boleh naik 1 kg je sebulan. Pastu kena berleter la ngan dia. Srott srott. Dia tanya la, makan apa yang naik banyak ni. Mama lil star cakap la tak tau. Pastu dia tanya, Chocolates? Cakes? Ice creams? Aduhhhh. Kena sebijik2. Hahaha. Mama lil star pun gelak2 je la sambil angguk. Pastu dia kata pasni kena pandai2 sendiri control ye. Siap cakap ngan ayah lil star lagi, suruh ayah lil star jangan bagi mama lil star makan banyak2 benda2 enak tu. Ayah lil star pun semangat angguk. Suka la tu. Huuu. Macam mana ni. Dah la selalunya memang ayah lil star yang selalu tolong belikan semua tu. Haisy. Runsing la camni. Tak kasi chance langsung. T_T

Next check-up will be on Dec 18th. ^_^

Friday, December 03, 2010

milo sedap

Lepas maghrib, kul 5 petang tadi mama lil star tertidur sebab badan rasa tak sedap, lemah sangat rasanya. Pastu pukul 6 lebih ayah lil star balik rumah, apa lagi, mengada la. Haha. Mintak roti ngan peanut butter ngan strawberry jam. Sedapnyeee.. Pastu teringat pulak nak minum milo time sejuk2 ni. Ayah lil star pun tolong buat milo. Milo memang sedap la. Tiada yang setanding denganmu. Haha. Tengkiu sayang. I love u. ^_^

Sebenarnya mama lil star teringin nak minum caramel latte lagi ni. Tapi sejuk2 hujan ni, kesian pulak nak mintak ayah lil star tolong belikan kan. So tahan je la. Ni ke yg orang kata mengidam tu ek? Hiiiii. Ada sekali tu, malam2 mama lil star tiba2 teringin nak makan cake Morimoto. Cakap la ngan ayah lil star. Tapi kesian pulak nak suruh dia keluar malam2 semata2 pegi beli kan. Pastu tiba2 mama lil star rasa sedih yang amat sangat. Cam nak nangis tu. Mengada pulak rasa. So diam je la. Pastu tiba2 ayah lil star dah habis buat kerja dia, terus dia cakap dia nak pegi beli. Terharu. Sob2. T_T

So malam tu dapat la mama lil star makan cheese cake yang ayah lil star belikan. Alhamdulillah. Hiiiiii. ^_^ Seronok pulak sebab dapat jugak merasa macam mana orang lain ngidam2 tu. Hahaha. ;p

So kali ni takpe la, latte tu pegi cari esok je la after check up. ^_^

Braxton Hicks??

Hmm, harini kalau ikut plan asal, mama lil star kena run experiment. So pagi2 kul9 lagi mama lil star dah sampai pun kat lab, prepare2 semua. Lepas dah siap setting semua2 tu, mama lil star tetiba rasa macam penaaat sangat. Macam slow sikit la. Pukul 10.30 check2 gas flow semua, tapi senior mama lil star cakap takleh start lagi. Sebabnya pukul 12 kat lab ada meeting, kena attend meeting tu sampai pukul 1. So kalau start kul 10.30, kena keluar daripada meeting tu 2 kali; sekali untuk tutup biomass flow, sekali untuk tutup gas bag. So better pukul 1 la baru start experiment. Mama lil star pun ok je la. ^_^

Pastu tiba2 pukul 11 tu mama lil star sedar, perut rasa lain macam. Mula2 ingat lil star tengah swimming dengan meriahnya. Sebab lately memang selalu lil star gerak2 camtu. Kalau dulu rasa lil star tendang2, sekarang lil star banyak pusing2 swimming kot. Hehe. So mama lil star ingat biasa je la tadi tu. Tap lama2 makin kuat, makin sakit. Pastu bila mama lil star duduk tu, dah memang confirm macam contraction. Sebab kejap sakit, kejap ok, kejap sakit, kejap ok balik. 

Mama lil star fikir2, takpela, nak skip meeting je la, nak rest jap kat bilik kosong kat lab tu. Pastu mama lil star bagitau la secretary lab tu yg perut mama lil star sakit, mama lil star nak rest jap baring2 kan. Dah tu dia terus kelam kabut risau. Bagi mama lil star baring, then dia call ayah lil star, pastu terus nak pegi hospital. Aiyakkk. Mama lil star cakap takpe, nak baring je. Baring tu pun dah kurang sakit kan. Dia cakap tak boleh, kena pegi hospital jugak niii. Iskkk. Pastu siap cakap kat senior mama lil star, stop kan je la experiment. Mama lil star kena rest je harini. Tak boleh buat pape. Mama lil star pulak kecewa. Wuuuwuuu. Penat tuuu tadi isi liquid nitrogen sampai -80 degreeee. Semua dah siap, tinggal nak run je. Wuuuu. T_T

Takpe la, mama lil star harap next week dah sihat2, boleh run experiment balik, n dapat siapkan semua within this month. Ameeeen. 

Lepas tu, kitorang pun pegi la Maternity Hospital, sebab dekat ngan Hokudai. Pastu doctor cakap ok. Alhamdulillah. Just ada contraction je la. That's it. Then siap scan tengok muka lil star lagi. Lil star pulak meriah2 tengah bermain. Doctor kata takpe je, "Akachan genki (Baby sihat)". Alhamdulillah. Dah habis2 tu, doctor pun suruh mama lil star rest je kat rumah. Tak payah pegi lab balik. Hiiii. Suka sangat part tu. Kekeke. ^_^

Hm, balik rumah je, mama lil star teringat, mama lil star pernah terbaca pasal false contraction a.k.a Braxton Hicks contraction. Mama lil star pun check la balik. Selalunya Braxton Hicks contraction ni start daripada 6 bulan, dah boleh rasa. Kalau orang yg first time pregnant macam mama lil star ni kompem2 la tak tau kan yg mana contraction betul, mana yg tak betul kan. Hiii. Tapi yg obvious nya, Braxton Hicks ni contraction masa awal2 pregnancy lagi. Pastu pulak dia tak regular, pastu makin lama makin kurang sakitnya. Kalau contraction betul2 masa nak deliver nanti, dia regular, pastu makin lama makin sakit. So maybe tadi tu Braxton Hicks ni la kotnye yg mama lil star rasa. Kalau nak bagi kurang sakit, kena tukar position or movement kita. Maksudnya kalau masa rasa contraction tu kita tengah duduk, pegi la baring or jalan2 jap. Kalau baring pun, baring mengiring bagi lega sikit. So lepas ni dah tau, kena pandai2 la jaga diri kan. Tamo dah asik pegi hospital je. T_T

Oh, esok 2nd antenatal check up! Mama lil star tak sabar gak nak pegi ni. Harap2nya esok dah kuat sikit badan ni. Ameeen. Mama doakan lil star sihat2 selalu. ^___^

Wednesday, December 01, 2010

kesibukan melanda



In front of engineering faculty Hokudai. ^_^


Minggu ni kat sapporo dah start la turun snow. Hari isnin lepas memang snow turun dengan meriahnya la. Temperature pun dah negative. Ahad malam haritu masa tengok weather forecast, mama lil star terkejut sebab tiba2 je isnin tu temperature drop teruk2 kan. Tak boleh nak imagine camane. T_T

Tapi alhamdulillah kebetulan mama lil star ngan ayah lil star dah pegi shopping kat Uniqlo ahad tu, dah beli down coat satu. Sebenarnya teringin nak yang kaler putih ada bulu2 kat hood dia tu. Huuu. Tapi sedih sebab kaler putih dah takde size. Tinggal S ngan XL je. S sah2 la tak muat kan. Kekeke. XL lak, dah macam kotak bergerak pulak. Hmmm. Lama duk belek2, brown ngan hitam je ada size. Last2 terpaksa la amik yang brown jugak. Sebab hitam macam pelik sangat je mama lil star pakai. Hiii. So kiranya ahad tu beli, isnin terus pakai. Ayah lil star pun jeles dengan jayanya. Haha.

So isnin malam tu, alhamdulillah dengan berjayanya mama lil star ngan ayah lil star berjaya meredah kesejukan malam -4 degree! Yosh!! Haha.

Tapi yg penting sekarang kena careful bila jalan. Sebabnya snow yg dah keras2 tu tersangat la licin nya. Dah macam itik jalan kedek2. Kekeke. Nanti bila2 mama lil star nak ajak ayah lil star round2 amik gambar la. Snow cantik sangat. Suka2. (Ye, saya memang jakun.) ^_^

Oh, lupa pulak nak cerita pasal kesibukan melanda. Mama lil star sekarang ni tiap2 hari kena run experiment dengan bersungguh2. Senior mama lil star cakap, kalau boleh, dia nak suruh mama lil star siapkan semua experiment by end of december ni. Sebabnya, nanti dah masuk january, mama lil star pun dah tak boleh bergerak ke kan. So better siapkan terus, nanti analyse data ngan tulis paper je untuk conference bulan 8. Dalam erti kata lain, dia kasi chance la mama lil star nak bersenang lenang sikit lepas ni. Gembiranya rasa hati. Alhamdulillah. ^_^

Mama lil star cerita kat ayah lil star pun, dia happy je dengar. Yang paling penting, boleh la mama lil star jaga lil star dengan baik nanti insyaallah. ^__^