CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 26, 2011

Please, Mom and Dad..

Found this on facebook. A friend posted it, which made me stop and think again. Lets muhasabah.



Please, Mom and Dad...

My hands are small. I don't mean to spill my milk.

My legs are short - please slow down so I can keep up.

Don't slap my hands when I touch something bright and pretty. I don't understand.

... Please look at me when I talk to you. It lets me know you are really listening.

My feelings are tender - don't nag me all day. Let me make mistakes without feeling stupid.

Don't expect the bed I make or the picture I draw to be perfect. Just love me for trying.

Remember, I am a child, not a small adult. Sometimes I don't understand what you're saying.

I love you so much. Please love me for being myself, not just for the things I can do...


*from the book 'Hypnobirthing, The Mongan Method'
 
 

Ya Allah, Kau bimbinglah kami dalam mendidik amanah dari-Mu ini.

Saturday, December 24, 2011

sweet 2011

Some photos in 2011. :)


Lavender farm





Tengok bunga api

Malaysian Embassy Tokyo


Shinjuku New City Hotel, aufa nak masuk bawah katil!

Tokyo view: At Tokyo Tower :)

Ferris wheel: Odaiba

Dinner out: Shinjuku (Sebelum ada orang mengamuk. huhu)

Tertido dalam train. -.-

In the train: Tokyo Disney Resort

Tokyo Disneysea

Alamak gambar gelap, ni castle bapak Ariel the Mermaid

Triton's Kingdom it is!

Opps! Ariel sexy. Hehe.

Stitch suka aufa!

Huge Star and Lovely Little Star! Hii hii.

Aufa dah balik Malaysia! At pasar ramadhan :)

Aufa di pagi raya. Zzzz.

Raya! At Bangi

Aufa with ayah :)

A friend's wedding

Another wedding

Gigit straw. Nyum2. At Alamanda

Jumpa boyfriend: Aryyan

Jumpa geng: Alisya

Aufa back in Sapporo!

Raya in Sapporo

Nak pegi photoshoot! Lol

"Bestnya mama!"

"Teehee~"

"Mama, nak jalan2"


"Yey boleh  jalan2!"

Aufa with mama :) <3

Friday, December 09, 2011

Aufa 9 months old! :)

Alhamdulillah semalam 8 dec 2011, cukup la aufa 9 bulan. Cepatnya masa berlalu. Last year masa bulan 12, mama tengah pregnant kat aufa lagi, jalan macam penguin. Hehehe. Sekarang ni kat Sapporo tengah winter dengan meriah. Putihhhh je semua. Tapi jalan sangat2 slippery. So kena hati2. Last year mama pernah terjatuh 3-4 kali gak la masa pregnant tu. Alhamdulillah la takde pape. Tahun ni setakat ni dah 3 kali jatuh. Harap2 lepas ni takde jatuh2 dah. Sakit badan woo. Huhu.
Oleh sebab jalan slippery, plus temperature dah drop sangat2 ke bawah daripada tahap beku, sekarang ni aufa selalu pegi balik sekolah naik kereta. Pernah haritu try jalan kaki hantar aufa macam sebelum2 ni, tapi kesian sgt kat aufa macam tgh tahan sejuk, tapi tak boleh nak cakap kan. Sedih betul. So mama cakap kat ayah, naik kereta lah. Kesian aufa.
Kalau kat rumah memang pasang heater manjang, then ada jugak carpet yg ada heater. So kitorang 3 beranak duduk lepak atas carpet tu je. Gembira sebab carpet tu warm sangat. Hiiii. Rumah kitorang sekarang memang letak carpet sepenuh2nya. Satu sebab sejuk, satu lagi sebab selamat sikit la untuk aufa yg tengah belajar berdiri. Dulu masa belajar duduk je pun banyak kali tergolek. Orang nak pegang, tak bagi. Pastu bila mama or ayah tahan daripada belakang, dia jatuh ke depan or ke tepi pulakkk. Huhu. Alhamdulillah la takde pape. Carpet tu sangat2 la membantu. Pastu plak sebab rumah kitorg lantai dia kayu. So lembut la sikit. Kalau simen macam kat rumah kat malaysia, haisyyy, risau.. Tapi alhamdulillah aufa skarang dah pandai duduk, pandai control bila panjat2. Sekarang tengah belajar berdiri sendiri. Kadang2 tu main lepas je tangan. Hisy kecut perut. Harap2nya takde la jatuh2 dah, sebab jatuh berdiri lagi bahaya kot daripada tergolek masa tengah duduk kan?
Lagi, aufa suka gelakkan mama or ayah bila kitorang bersin. Mentang2 sebab kitorang selalu gelakkan dia masa nak terbersin tu. Hahaha. Pastu aufa suka sangat main aeroplane ngan main naik kuda. Hehe. Lagi satu, anak ayah ni memang la menurun ayah dia. Kalau tengah main2 pasang nursery rhymes tu, dia buat biasa je. Tapi kalau tetiba dengar kat tv ada orang nyanyi2, dia boleh pulak nyanyi sama. Kadang2 tu jepun nye classical songs ye yg dia layan. Adoiii haha..
Setakat ni aufa sangat malas nak ikut mama cakap "ma-ma" or "ayah". Tapi kalau "da-da", "ta-ta" dan yang seangkatan dengannya, memang rajin dia sebut. Membebel2 "tah-tah-tah". Hehe.
Then, harini hari last cikgu aufa kerja kat skolah aufa. Cikgu aufa pun pregnant gak, due bulan depan. So dia terus benti kerja. Sedih sangat sebenarnya. Tapi nak buat camne kan. Dia jaga aufa kat sekolah daripada aufa umur 2 bulan lagi. Sampai la sekarang alhamdulillah dah 9 bulan. Daripada aufa tidooooo je, sampai dah main2 bising2 ni. Sob. *Lap airmata*


Omiyage untuk Hirao Sensei :)

Lastly, untuk kawan2 mama yg tengah preggie especially ira, jaga diri baik2. :)

Kisses from mama & aufa. :)

Friday, June 24, 2011

fuhh fuhh!

assalamualaikum sume. hehe berhabuk bersawang dah blog ni, lame tak update ek. hehe. tak menyempat la sejak2 ade baby ni.. keke.. tak jugak la sebenarnya.. sbb selalunya mama post entries masa kat lab pun.. tp skarang ni kat lab keje dah menimbun2.. tak nyempat nak blogging2 ni.. keke..
tp rase2 macam nak share experience melahirkan n membesarkan baby ku di perantauan kan.. maka harus la update.. kakaka.. poyo je..  ;p

cite pasal baby ni, walaupun adik mama ramai (7 orang) and yg kecik2 tu ade la kadang2 kena jaga gak kan, tp honestly mama tak tau pape sgt pun pasal parenting. kalau kat hospital sini diorang selalu tny, kat malaysia macam mana org buat tu, macam mana org buat ni, tobat mama tak tau. hahaha.

ok, sbenar2nye, mama terase2 nk update blog ni pasal bf. sebab byk mama terbaca ibu2 yg risau susu takde 2-3 hari after baby lahir. n macam biasa la, solution die, bagi fm,  glucose, pump susu sekerap mungkin bg susu keluar, etc.

memang masa 1-2 hari lepas gave birth to aufa, mama pun rasa camtu. n dah ade pun yg suggest bagi fm. tp masa tu mama kena berkampung kat hospital seminggu. diorang nak tunggu sampai kite betul2 boleh handle baby n diri kita sendiri. so selama seminggu tu memang dah macam bf camp dah. haha. 24 jam bf aufa. semua org dlm ward tu pun camtu. bergelut bf anak masing2. masa tu memang tak tido pun takpe, sebab bahagia sangat3. hehehe alhamdulillah.

ok, back to cerita takde susu ni. masa lepas keluar labour room n masuk ward biasa tu, nurse kat hospital dah gtau awal2 lagi, normally hari 1st, 2nd, 3rd mmg susu tak kuar sgt. sikiiit sgt kuar. n diorang dah siap buat graph, 2nd day berat baby mmg akan turun, 3rd day lagi turun. pastu hari ke4 or ke5 baru graph tu akan naik, sebab masa tu baru susu banyak. tapi jgn risau, coz colostrum yg keluar sikit tu, penuh ngan nutrients, n ade calories yg cukup untuk baby untuk few days. pastu pulak, baby ni memang dah dilahirkan dengan banyak fluid and sugar untuk dia gunakan sementara tunggu milk supply mama dia bertambah.

tp memang tak dinafikan, baby akan selalu nangis la. bf 30 min, tido 30 min, nangis lapa, then bagi lagi, n the cycle continues.. macam tak kenyang2 kan. tapi, dgn bagi baby minum every 30mins tu, as most of us know, will stimulate our breastmilk production. tak perlu pam pun takpe masa ni. bagi je direct. baby punya suction lagi gempak daripada breastpumps. hehe. tp mmg mama2 sekalian will be very tired la, tp bila tgk hari ke4 or ke5 susu dah byk, berbaloi2 kan? keke.

hmm, bila mama fikir2 balik, kita semua ni Allah yg jadikan kan, Dia tau la what's best. first few days tu susu kita sikit, takkan la Dia nak biarkan baby kita camtu je kan. Dia mesti la buat semuanya dengan lengkap, dan perfecto!

so, to kawan2 mama yg nak melahirkan dah tu, berusaha!! hehe..

Love, Mama Aufa. ^_^
Aufa also sends her love!

Wednesday, March 30, 2011

Aufa's grand entrance!

Ok, sambung cite balik. ^_^


Balik je daripada makan ngan ayah, pukul 1 dah start sikit2 contraction. Tapi duk borak2 lagi ngan ayah. Dah kul2 tu, contractions still ada lagi. So mama suruh ayah tolong check intervals dia. Rupa2nya contractions dah regular, every 5 mins. Mula2 ingatkan ok lagi. Sebab blood show belum ada, water bag pun belum pecah. Tapi sampai dah kul3, contractions tak benti2 lagi. Contractions pulak macam yg dah real je, sebab sakit start dari belakang, pastu sampai la ke depan. So mama pun dah rasa cam dah kena pegi hospital. Then mama mintak tolong ayah siap2kan bag, barang2 semua, sambil tunggu subuh dulu. Subuh masuk dalam pukul 4.30. 

Pukul 4 pagi tu, mama pun call la hospital, gtau yg contractions dah regular, every 5 mins. So diorang pun suruh pegi. Lepas solat tu, ayah call kawan kitorang, diorang pun datang ngan kete, tolong bawak kitorang pegi hospital. 


Sampai hospital tu dalam kul6 pagi, nurse terus check bukaan, dia cakap dah bukak 4cm. Terkejut la mama ngan ayah masa tu. So terus la mama kena admit. Masuk labour room yg cantik, gembira la. Hii hii. 



Then terus mama kena cucuk, nurse masukkan antibiotic sebab mama positive GBS kan. Jarum dia, adehh, beso sangat. O.o

9.30 am - Nurse datang check bukaan lagi. Dah 5cm. Tapi contractions still sama, every 5 mins and last for about 1 min.  

11.00 am - Mama pegi toilet, tengok ada blood show sikit. So ingat dah dekat la nak bersalin kan. Huhu.

2.00 pm - Sekali lagi keluar darah, kali ni banyak sangat2. Mama dah cuak sikit2. Erkk.

4.00 pm - Contractions still tak berubah, nurse suruh gerak banyak lagi. So mama jalan je dalam bilik tu. Bila penat baru duduk. Then sakit dah makin kuat, tapi still, gap between contractions tu sama gak, 5 mins. 

6.00 pm - Mama dah penat plus ngantuk sangat2. Mama try tidur gak, tapi tak dapat. Sebab sakit every 5 mins kan. Huhu. Ayah dah tidur, tak tau la mimpi sampai mana dah. Hii.

9.00 pm - Mama dah nak flat dah masa ni. Pastu nurse check bukaan lagi, baru 6 cm! Masa ni memang rasa nak nangis sangat2. Bukan sebab tak tahan sakit, tapi sebab tak tahan ngantuk ngan penat sebab malam sebelum tu langsung tak tidur kan. Pastu seharian tak tidur jugak. Dah tak larat tunggu. Huu. -.-

11.00 pm - Masa ni mama ngan ayah dua2 dah down sikit. Ayah memang bape kali tertidur2. Mama pun memang terus siap2 nak tidur.

12.00 am - Dah start sakit sangat3. Contractions makin dekat intervals dia. Every 1-2 mins. Mama dah takleh nak baring, takleh jalan, takleh makan dah masa ni. So mama duk kat sofa ngan ayah. Sambil tu try tidur jugak. Dapat la lelap masa takde contraction tu. 

1.30 am - Sakit makin kuat, time ni dah takleh tidur dah. Memang mama dah siap jerit2 dah masa ni, baca doa Nabi Yunus tu kuat2 dengan ayah. Huhu. Memang sakit yg tak penah dapat imagine la. T_T

3.00 am - Sakit yang memang dah tak dapat tahan, mama terus tekan butang yg nak panggil nurse tu. Nurse datang, mama cakap sakit sangat3 dah ni. Then dia check bukaan, dah 8cm! Alhamdulillah. So dia terus suruh push je everytime yg ada urge untuk push kan. Sambil2 tu dia prepare benda2 untuk delivery. Masa tu la water bag mama pecah. 

3.28 am - Si kecil Nur Aufa Zafeera selamat dilahirkan. ^_^ Disambut oleh nurse je 2 orang. Doctor tak sempat sampai. Kikiki. Dah lepas ayah azan n iqamat kan Aufa, nurse pun pegi bersihkan Aufa. Lepas Aufa dah cantik2, baru la doctor sampai untuk jahit luka mama. 

Lepas tu nurse bersihkan mama pulak, then bagi Aufa kat mama untuk bf. Alhamdulillah, lega sangat n happy sangat masa ni. ^_^

Then, mama, ayah ngan Aufa pun tidur la dengan bersungguh2. Pukul 9.30 am, nurse datang bawak mama ngan Aufa masuk ward biasa. Ayah pulak kena balik. Kul 3 baru boleh datang balik sebab visiting hour kul3 - kul8 je. Dalam ward memang Aufa kena duduk ngan mama je. So takde la mama rindu2 nak tengok Aufa. Hii hii. 7 hari mama duk hospital (6 hari dengan Aufa).

Maka dari itu, bermula la kehidupan mama sebagai seorang ibu, dan ayah sebagai seorang bapa. Alhamdulillah. ^_^


Paling penting, Aufa sihat, alhamdulillah. ^_^

** Nurse tu kata, kat Japan, selalunya memang deliveries are let to be as natural as possible kalau takde problem yg menyebabkan kena C-sect. Takde induce2, takde epidural. Kalau sakit 3 hari, 3 hari la diorang biar ye. Wuwu. ^_^

Sunday, March 27, 2011

Week before Aufa's grand entrance~

Minggu sebelum mama bersalin kat Aufa, mama dah rasa tak larat sangat2 nak keluar jalan2 ke, pegi lab ke. Rasa nak duk rumah je, tak nak buat pape. Hehe. Hari isnin 28 feb mama ngan ayah pegi hospital ada check-up. So memang mama ponteng je la lab tanpa ragu2. Hii. Then selasa 1 march, mama pegi engineering office sebab nak sign scholarship. Tapi tak pegi pun lab sebab konon2 nak buat kerja kat umah je. Bawak balik la semua notes dari lab. Tapi bila dah kat umah, memang takde nye nak buat kerja kan. Banyak gangguan. Kekeke.

Oleh sebab duk umah tak jadi kerja, rabu ngan khamis tu mama pegi la lab, sebab nak siapkan powerpoint presentation yang sensei mama suruh buat. Dengan penuh semangat, alhamdulillah khamis tu siap la semua. Tapi tu la, tak tau sensei mama satisfied ke tak. Dia tak cakap pape pun. Macam tak sukeee je. Huhu. Bior le kan. Nak wat cemane. T_T

Then hari jumaat, macam selalu la, malaaaas sangat rasa nak pegi lab. So mama email je kat senpai mama, gtau tak bape sihat. *Memang tak bape sihat pun ok. Hii.*

Sabtu, mama ngan ayah rest kat rumah je. Takde pegi mana2. Malam before tidur, mama dah start rasa contraction banyak kali. Mama try check, 15 mins between contractions. Tapi oleh sebab contractions tu sama je, tak makin kuat pun, mama biar je la. Then lama sikit tu, mama pun dah tertidur, contractions pun dah stop.

Ahad, March 6th, first anniversary mama ngan ayah. Tengahari tu kawan2 mama ngan ayah ajak pegi lunch untuk celebrate kawan kitorang yang dah grad n dah dapat keje kat sini. Tapi mama cakap kat ayah, mama tak larat sangat2. Maybe sebab contractions tu kot. So tak pegi la. Then petang tu mama cam kesian kat ayah, dia macam boring je tak dapat keluar langsung kan. So mama pun ajak je la ayah pegi makan kat luar. Masa tu rasa sikit2 la contractions. Tapi kejap ada kejap takde. So layan je la. Hihi.

Ok, tu cite sebelum datang tanda2 nak bersalin. Kita sambung cite nanti pulak k. ^_^


*****

Saturday, March 26, 2011

Lovely Lil Star arrived early~ ^_^

Ramai kawan2 mama lil star dah tau pun yg lil star dah dekat 3 minggu keluar. Lil star keluar lepas cukup 38 weeks and 6 days duduk dalam perut mama lil star. Hehe. Alhamdulillah. ^_^


Introducing our Lovely Lil Star ~

NUR AUFA ZAFEERA BINTI AHMAD ZAKI

Experience bersalin kat Aufa ni insyaAllah akan diceritakan kemudian. ^_^ 

Thursday, March 03, 2011

T_T

It's snowing outside, and I'm having a terrible heartburn inside. T_T
Sabo sabo~

March 3rd

Harini birthday sorang kawan baik mama lil star, cik Nurul Farahana Mahmud Zuhudi. Tadaa~


Gambo masa zaman uia. Miss old times. T_T


HAPPY BIRTHDAY makcik. Sedey tak dapat celebrate birthday dia kali ni. Selalunya mesti celebrate nyer. T_T 

Tuesday, March 01, 2011

'The Last Hurrah' checklist. :p

1) Time alone with your partner. 
*Done! Had a nice cheesecake.*

2) A meal at a fancy restaurant. 
*Went to Capricciosa, takde la fancy mane kan, but since we went there on our 1st anniversary (20 R/Awwal), so everything jadi bunga2 la. Kekeke.*

3) A night at the movies. 
*Lepak rumah je tengok Hachiko Monogatari. Nanges2. Hii hii.*

4) An evening out with your girlfriends. 
*Thursday, March 3rd. Can't wait!*

5) The spiciest meal your pregnant body can handle. 
*Hmm, does a karasa-7-ban meal @ Mohan Dish count?*

6) The chance to play Demi Moore by posing for a few pregnancy portraits. 
*Not yet!*

7) A nice, warm bubble bath. 
*Not yet!*

8) The opportunity to write one final pre-baby love letter to your partner. 
*Not yet!*

9) Write a will. 
*Not yet!*

10) Plan your babymoon. 
*Can just plan. Kekeke.*