CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label 3rd trimester. Show all posts
Showing posts with label 3rd trimester. Show all posts

Thursday, March 03, 2011

T_T

It's snowing outside, and I'm having a terrible heartburn inside. T_T
Sabo sabo~

Tuesday, March 01, 2011

'The Last Hurrah' checklist. :p

1) Time alone with your partner. 
*Done! Had a nice cheesecake.*

2) A meal at a fancy restaurant. 
*Went to Capricciosa, takde la fancy mane kan, but since we went there on our 1st anniversary (20 R/Awwal), so everything jadi bunga2 la. Kekeke.*

3) A night at the movies. 
*Lepak rumah je tengok Hachiko Monogatari. Nanges2. Hii hii.*

4) An evening out with your girlfriends. 
*Thursday, March 3rd. Can't wait!*

5) The spiciest meal your pregnant body can handle. 
*Hmm, does a karasa-7-ban meal @ Mohan Dish count?*

6) The chance to play Demi Moore by posing for a few pregnancy portraits. 
*Not yet!*

7) A nice, warm bubble bath. 
*Not yet!*

8) The opportunity to write one final pre-baby love letter to your partner. 
*Not yet!*

9) Write a will. 
*Not yet!*

10) Plan your babymoon. 
*Can just plan. Kekeke.* 

Monday, February 28, 2011

8th Antenatal Check-up

Harini dah almost 38 weeks mama lil star punya pregnancy. So every week dah kena pegi check-up. Hm, harini ponteng lab sebab pegi check-up. Hihi. 

Ok, cam biasa, check urine, blood pressure alhamdulillah okay. Berat mama lil star naik 0.5 kg, sekarang dah 63.05 kg. *Doctor cakap congratz sebab tak naik banyak. Kekeke.* Pastu, arini tak buat ultrasound, so tatau berapa berat lil star sekarang. Tadi just diorang monitor heartbeat ngan movement lil star je. Doctor cakap lil star meriah, tak duk diam. Hehe. Alhamdulillah. Harap lil star sihat selalu. Ameen. ^_^

Pastu lagi, doctor check kepala baby dah engaged or not. Dia kata dah engaged, tapi 'jalan' belum tebukak lagi. So lil star belum nak kuar lagi la. Huhu. Patut ler lately mama lil star asik pegi toilet je keje. Sebelum ni tak kerap camni. Huhu. 

Hm, yg mama lil star baca, ada orang kata, kalau kepala baby dah engaged, 3-4 hari lepas tu baby kuar la. Tapi ada jugak yg sampai 3-4 minggu engaged, baby tak kuar2 jugak lagi. Huhu. So kesimpulannya, baby kuar bila dah time dia nak kuar la kan. Masa yg Allah dah tentukan kan. Just mama lil star ni, bila dah dengar doctor cakap dah engaged ni, makin la rasa tak sabo2. Hiii. ^_^

Next check-up will be on March 7th insyaAllah. ^__^

Friday, February 25, 2011

Tak larat yg maximum

Semalam mama lil star ponteng lab sebabnya rabu dah lepas presentation kan. Pastu pulak ramai yg tak datang lab semalam. So mama lil star pun bermalas2an je la kat rumah. Tapi sebenarnya kerja banyak lagi kena buat. Sebab next presentation will be on 9th. Mama lil star ingat nak siapkan semua by next week.

So harini dengan semangatnye datang lab, ingat nak buat XRD. Tapi masa on the way tadi rasa penat yg amat3 la sangat. Rasa macam nak duduk je kat tengah jalan tadi. Selalunya dari rumah ke lab, jalan dalam 20 mins. Kali ni mama lil star jalan dah sampai setengah jam. Jalan slow sangat. Memang betul2 tak larat. Dah tu, sampai2 je lab, tengok2 diorang tengah ngemas lab, angkat2 kotak, meja kerusi semua. Sebab nanti ada sensei baru nak masuk lab. So diorang prepare siap2 la. Mama lil star selamba je buat tak tau, terus duduk kat tempat mama lil star, tersandar. Tak larat gilss okay. Huuu. Tapi rasa bersalah la jugak tak tolong kan. Hiii. Harapnya diorang paham la condition mama lil star yg dah macam ikan paus ni. Huhuhu.

Btw, sekarang ni mama lil star dah in my 38th week. So dah kira full term, lil star dah ready je nak kuar. Agaknya sebab tu jugak la badan rasa berat sangat, plus memang betul2 cepat penat. Nak bangun pun dah terkial2. Asyik rasa nak terjatuh jek. Hiii.

Doa mama lil star, semoga Allah permudahkan semuanya, n semoga Dia selalu pelihara lil star. Ameen.

Wednesday, February 23, 2011

7th Antenatal Check-up

Sabtu lepas mama lil star pegi check up untuk kali ke-7 nya. Week 36. Hm, macam biasa check sume alhamdulillah okay, pastu berat pun naik dalam 1 kg. Dah 62 kg. Lil star pulak dah 2.5 kg. Masa scan tu, ayah lil star cakap hidung lil star macam mama dia. Bulat2. Haha. Selamba je ngate anak dan isteri sendiri. Hii hii.

Ok, pastu nak cerita la sikit, sebenarnya doctor cakap, mama lil star ada problem sikit. Mama lil star rasa maybe sebab dulu mama lil star pernah kena bladder infection. So nanti masa labour, diorang akan bubuh drip, bagi antibiotic kat mama lil star so that lil star tak infected masa delivery nanti. Harap2 semuanya ok. Kawan2 pun tolong doakan untuk lil star n mama lil star ye. Semoga Allah permudahkan semuanya, n semoga lil star sihat sempurna. Ameen.

Thursday, February 17, 2011

Excited!

Harini mama lil star datang lab awal. Kul 9 dah kuar rumah. Sebabnya harini budak2 masters kat lab mama lil star yg nak grad sem ni ada defense. Senior mama lil star pun ada la sekali tadi. So memang kena la pegi jugak tengok kan. Excited. Hehe. So malam tadi mama lil star tidur awal la sikit. Tapi konon je nak tidur awal. Last2 terlajak sampai kul 1 lebih jugak. Huhu.

Kisahnya, malam tadi perut mama lil star sakit teruk2 sangat. Dah rasa macam period pain tu. Pinggang, peha semua sakit la. Mula2 cam risau gak, orang cakap kalau sakit camtu dah dekat la tu. Ye ke? Huhu. Tapi mama lil star try ingat2 balik, bila compare ngan period pain sebelum2 ni, macam period pain lagi sakit je. So maybe yg malam tadi tu just sakit biasa2 je kot. Nak bagi rasa2 dulu. Hiii. Lil star jangan kuar lagi minggu ni ngan minggu depan tau, mama ngan ayah nak gi main snow lagi ni. Belum habis program lagi ni. Kekeke. :p

Pastu, maybe ayah lil star nak pegi kuyakusho esok. Nak apply kat health center untuk diorang cover delivery cost nanti. Seronok pulak deliver kat sini, FOC. Hihi. Alhamdulillah, moga2 Allah permudahkan semua. Lusa pulak mama lil star punya next check-up insyaAllah. Dah 3 weeks tak pegi check-up, rasa cam rindu pulak nak gi spitel. Nape ntah. Kekeke. ^_^

Ahad pulak, nak pegi shopping (lagi??). Hii hii. Takde, just nak pegi cari barang2 rumah sikit. Sebabnya nanti 13 March insyaAllah mak ngan ayah mama lil star nak datang!! Yeay!! Excited berganda2!! Kikiki. Harap2 masa tu weather kat sini dah okay sikit, temp dah +ve. Kalau tak, kesian diorang nanti, nak tengok cucu nye pasal, demam2 pulak sebab sejuk sangat. Hii. Oh I just can't wait. Eksaited! Eksaited! Huhuhu.

27 days to go?? Erkk..

Tuesday, February 15, 2011

36 weeks

Firstly, mesti la nak cakap Salam Maulidurrasul. Banyak2kan la selawat, bukan harini je, tapi tiap2 hari, sampai bila2. ^_^ Bila maulidurrasul, maksudnya nextweek birthday mama lil star ikut tahun hijrah. Patutnya mama lil star kuar masa maulidurrasul la, 12 rabiulawwal, tapi ter overdue seminggu, mama lil star kuar 19 rabiulawwal. Hehehe. Tapi still nak suka gak sebab dekat2 ngan maulidurrasul. Hii. Semoga dapat la keberkatan tu jugak. Ameen. ^_^ 

Ok, sekarang dah nk cukup 36 weeks pun mama lil star expecting. Alhamdulillah. Kalau ikut due date nye, lagi 4 weeks to go. Kalau lil star kuar on time la kan. Hii hii. Start daripada hujung last week, mama lil star dah rasa betul2 tak larat. Tak tau lah kenapa. Sebelum tu bukan main energetic lagi. Siap boleh naik turun tangga lompat2 lagi. Kekeke. ^_^

Last friday sebenarnya public holiday kat sini. National Foundation Day. Mama lil star ada presentation last wednesday. So lepas presentation tu, balik rumah, hari khamis dah taknak pegi lab. Pandai2 buat cuti sendiri. Hehe. Pastu cuti la straight sampai ahad. Then semalam, isnin, rasa tak sihat lagi. Tak larat sangat3. So ponteng lagi. Lagipun kena siapkan report untuk class. Hehe. Duk rumah je le jawabnye. ;p

Pastu tadi, badan rasa okay dah. Bangun tidur tu mama lil star siap2 la nak pegi lab. Masa berus gigi tu, tiba2 termuntah kuar darah. Tekejut sangatttt. Tak tau kenapa kuar darah pulaknya. Huhu. Then lepas tu, badan mama lil star slow2 rasa tak best. Pegi lab, tapi tak sampai 3 hours, dah tak selesa sangat2. Heartburn melampau2, badan pun dah lemah je. So terus mama lil star pegi amik sample, amik semua notes, cabut balik rumah ler, apa lagi. Hehe. Plannya nak buat kerja kat rumah la kot kalau esok pun tak larat lagi. Tengok camane kan. 

Sekarang ni rasa cam nak mintak cuti terus je ngan sensei. Tapi tu la, 2 benda lagi belum setel. Result carbon analysis ngan powerpoint presentation pasal project mama lil star kat sini. Next month sensei mama lil star nak gi uia. Dia kena cerita progress mama lil star kat sini. Peningnya. T_T 

Rabbi yassir wa la tuassir, Rabbi tammim bilkhair. Ameen. 

Lately, bila malam je, lil star kemain la bersungguh2 main. Tolak2 perut orang sampai senget2. Kekeke. Tapi yg kelakar tu, kadang2 sampai boleh rasa tapak kaki dia. Kecik je. Comel sangat3. Haha. Tapi kejap2 je la. Agaknya lil star tengah stretching kot time tuh. Hii hii. Bila laa lil star nak kuar ek. Huhu. can't wait to see u sweetie! ^_^

Saturday, February 12, 2011

32 days to go??

Bila mama lil star dah duk bercuti2an di rumah ni, start la nak kira hari kan. Tiba2 rasa macam dekat sangat dah. Dulu tengok orang lain je. Sekarang, diri sendiri yg rasa. Isy2. Nervous pun ada, tak sabo pun ada. Tapi kadang2 rasa macam tamo pikir. Makin pikir, makin rasa cam lambat je masa berlalu, makin macam2 la benda yg nak disusah-hatikan. Huhu. So biar je la. Sekarang ni just enjoy the last month of pregnancy, n cepat2 siapkan kerja2 kat lab. 

Mama lil star dah decide insyaAllah maybe lagi 2 minggu je pegi lab. Pastu cuti cuti cuti. Yeay! Hii hii. Sebabnya senior mama lil star pun dah habis kan, dia nak pegi jalan Italy hujung bulan nih. So semua2 benda kitorang kena setelkan within 2 weeks ni la. 23 hb presentation, pastu transfer2 data semua, dia nak turunkan ilmu lagi skit, pastu boleh la bercuti2an. Kekeke. So 2 minggu ni kena kuatkan semangat! Yosh! Moga Allah permudahkan semuanya. Ameen. ^_^

Masa cuti nanti boleh la duk rumah search betul2 pasal macam mana nak buat masa delivery, pasal BF, pasal nak jaga baby, semua2 la. Sebab sekarang ni pun macam banyak sangat je yg tak tau lagi kan. Blur2 je. Nak tanya pape kat doctor pun tak tau. Keke. ;p

Pastu, sekarang ni, mama lil star dah rasa berat sangat. Huhu. Kalau nak bangun dari duduk, memang ayah lil star le kena tolong tarik. Hii hii. Tapi alhamdulillah rasa makin healthy, just cepat penat je la, dah berat kan. Nak wat camne. Huhu. ^_^

Lagi, dah 2 malam berturut2 masa nak tidur je, perut mama lil star sakit sangat3. Pastu bila dah okay tu, penat betul, sampai terus tertidur. Mama lil star fikir, kalau sakit nak bersalin, lagi lama sakit dia, camane tu. Hisy. Nervous2. Huhu. Doa je la kan bagi semua dipermudahkan Allah. ^_^

InsyaAllah 4 weeks to go! ^_^

Friday, February 04, 2011

8 months

Harini alhamdulillah cukup la pregnancy mama lil star 8 bulan. Dalam erti kata lain, tinggal sebulan 10 hari je nak sampai ke due date insyaAllah. Tapi lil star ni tak tau la bila nak kuarnye kan. Hehe. ^_^

So far, dalam bulan ni, mama lil star rasa macam makin2 energetic, alhamdulillah. Tapi still kena careful la. Kadang2 terlupa, siap naik tangga turun tangga boleh nak lompat2. Telupe jap ada orang dalam perut. Kekeke. Pastu pulak macam kalau ada kawan2 mama lil star buat makan2 ke, ajak lepak ke, dah boleh la nak join. Masa 2nd trimester dulu memang tak boleh kuar langsung on weekends. Kalau kuar jugak, memang tak pegi lab la hari isnin tu. Huhu. ^_^ 

Makan pulak, sekarang ni macam takde selera. Makan sikit2 je. Kalau kat lab tu, seharian makan biscuits or roti je. Malam baru la nak makan nasik pun. Tu pun sebab teman ayah lil star makan. Kang kalau tak teman dia makan, dia ikut mama lil star, kurus kering la beliau macam masa mama lil star awal2 pregnant haritu. Hehe. ;p

Hm, apa lagi ek. Kiranya sekarang ni conclusion dia, mama lil star dah rasa healthy sikit compare ngan dulu, alhamdulillah. Just rasa badan makin berat la. Kalau daripada duduk nak berdiri tu, macam susah sikit. Pastu masa tidur pun, kalau nak pusing2 tu, kena struggle sikit le. Huhu. ^_^

Lil star pulak sekarang ni makin2 la cepat membesar, alhamdulillah. Pastu yg kelakar tu, bila mama lil star tengah buat assignment ke, study untuk presentation ke, yg fikir2 teruk2, start la lil star tendang2 kuat2, pusing sana pusing sini tak duk diam. Nape ek? Lil star tolong fikir sekali ke? Huhuhu. Sabo je le. ^_^

*Tengah finalize nama untuk lil star! ^_^

Wednesday, February 02, 2011

Last one - done!

Alhamdulillah harini mama lil star dah selamat setelkan last experiment before due march ni. Rasa lega tu tak tau nak cakap macam mana. Satu hari bertungkus lumus buat kerja dengan perut yang dah mengembang dengan jayanya. 

Heartburn tadi sangat la teruk. Agaknya sebab banyak tunduk, bongkok buat kerja. So takde banyak ruang nak bernafas ngan baik. Hii hii. Lagipun memang mama lil star buat kerja tadi sakan gak la. Panjat naik turun kerusi dengan meriahnya, naik turun tangga banyak kali, macam orang tak mengandung. Semangat nak habiskan kerja punya pasal. Hii hii. Pastu pulak, tadi pun mama lil star kena siapkan presentation slide untuk esok. Esok ada presentation untuk class Strengthening Mechanism. Pening2 kepala, alhamdulillah siap jugak. ^_^

Last sunday sebenarnya mama lil star ngan ayah lil star pegi Childcare Seminar: Parenting in Sapporo. Will blog about that later. Malam ni tak larat la. Sakit belakang teruk sangat. Kekeke. ;p

Lately condition mama lil star alhamdulillah okay. Rasa boleh je active2. Tak macam masa 2nd trimester dulu. Siap jalan pun laju2. Tapi tu la, bila lama sikit jalan laju, rasa macam lil star nak terjatuh. Haha. So kena slow kan balik pace. Hehe. Sekarang ni just sakit belakang la tak tahan. Siang okay je. Tapi bila dah balik rumah, start la sakit teruk2. Tapi alhamdulillah so far, tidur ok je. Syukur sangat sebab dapat good night sleeps. Sebab kalau tak, teruk gak la nak pegi lab buat kerja semua kan. 

Lil star pulak, memang membesar dengan jayanya alhamdulillah. Kembang semangkuk dah perut mama lil star sekarang. Haha. Sedar2 dah pun 34 minggu kan. InsyaAllah 6 weeks to go!

Saturday, January 29, 2011

6th Antenatal Check-up ^_^

Alhamdulillah harini selesai la sudah check-up mama lil star yg ke-6. Week 33. Hehe. Macam biasa la kan, sampai2 tadi, timbang berat, amik urine ngan check blood pressure. Semua okay alhamdulillah. Berat pun naik 1 kg je. Haritu kan naik laju je. Kali ni ok la, within 2 weeks naik from 60.4 to 61.3 kg. Doctor kata bagus2, better daripada haritu. Huhu. Lil star pulak weighs 2.01 kg. ^_^

Tapi tu la, agaknya sebab lately mama lil star memang tak lalu makan sangat. Nasik pun cam tamo makan je. Kalau kat lab siang2 tu makan roti sekeping, tak pun biskut2 je. Dah malam baru balik makan kat rumah, tu pun makan bihun la, mee la. Makan pulak sikiiit je. Tapi alhamdulillah la badan okay, takde la nak tepengsan2 cam haritu dah kan. Huhu. 

Oh, pastu result untuk blood test aritu dah kuar, mama lil star ada slight anaemia. Huhu. Doctor kata sepatutnya kena lebih daripada 10 (tak tau unit. keke). Tapi mama lil star punya 9.5. Sikit je la anaemic. So dia bagi iron, makan for 2 weeks. Tu je la.

Hm, lagi, td buat ultrasound, lil star dah pusing kepala kat bawah alhamdulillah. Pastu dah nampak la lil star punya *tuuut*. Hehe. So confirmed la lil star ni baby girl. InsyaAllah. Dah kena cepat2 finalize nama nih. ^_^ 


Ha, lagi satu, nurse tu dah bagi dah time table untuk mama lil star selama kena admit kat hospital nanti. Mama lil star kena stay kat hospital 5 hari lepas deliver. So nanti diorang ajar nak breastfeed, ajar nak mandikan baby, monitor baby nye progress, takut2 ada jaundice kan. Pastu siap check jugak condition mama lil star semua. Tu yg sampai 5 hari tu. Seronok pulak mama lil star tengok time table tu. Macam meriah je diorang jaga kan. Alhamdulillah. Takde la rasa risau terlebih sangat kan. Lagi pulak tengah winter2 skarang ni, kalau duk hospital, rasanya mesti heater tu on je sentiasa kan? Sedap la sikit badan ni. Hehehe.



Next check-up will be on Feb 19th insyaAllah, lagi 3 weeks. Sebabnya next 2 weeks doctor cuti. Huhu. Dia pun kata mama lil star macam ok je, so takpe la pegi lagi 3 weeks pun. Gembira sebabnya next 2 weeks memang kitorang ingat nak pegi berjalan pun. Hihihi. Tapi yg macam risau nya, next 3 weeks tu maksudnya mama lil star dah nak dekat full term dah. Dah 36 weeks ++ insyaAllah. Lil star dah boleh kuar anytime. Bila nak start cuti nii??  T_T


Wednesday, January 26, 2011

33 weeks & hari yg layu

Harini cukup ler mama lil star dah 33 weeks pregnant. Alhamdulillah. Syukur sangat mama lil star dah lepas sampai tahap ni. Thank you jugak untuk ayah lil star yg rajiiin sangat jaga mama lil star tak kira masa. I love u sayang. ^_^

Pagi ni mama lil star ngan ayah lil star dua2 orang kuar rumah awal pagi. Kul 8 dah kuar ye. Buat record masa winter ni kuar awal. Kalau tak, kemain malas lagi nak kuar. Kalau boleh duduk depan heater tu sampai malam, sampai malam la nak ngadap heater tu, takmo gi mana2, takmo buat apa2. Huhu.

Ayah lil star ada class trip harini. Mama lil star pulak ada presentation. Semangat laa pegi awal kan. Kata start kul9. Rupanya presentation tu memang starts at 9. Tapi org lain yg present dulu. Mama lil star punya turn pukul 11. So sebelum pukul 11 tu takyah nak nyibuk2 dalam bilik tu pun rupanya. Adehh. So daripada membuang masa, mama lil star pun terus la pegi start set-up sikit2 equipment untuk buat experiment esok. 

Masa tu badan rasa tak sedap sangat3. Rasa layu semacam je. Agaknya sebab malam tadi tak cukup tidur. Ntah apa je yg mama lil star fikir2 tengah2 malam. Tu yg susah nak lelap tuh. Pastu pulak lepas subuh terus siap2 nak gi lab dah kan. Tak cukup rest la agaknya. Ingatkan ok je. Yela, dulu2 kan tak cukup tidur pun ok je kalau ada exam or presentation, risau punya pasal. Hihi. Tapi rupa2nya bila dah expecting camni, badan dah lain. Dah tak boleh dah main redah je cam dulu. Huhu. ^_^

Masa tengah tunggu turn nak present tu, kan hari makin tinggi kan, matahari pun dah memunculkan diri. Tingkap kat bilik mama lil star tu besar, so memang banyak sangat sunlight masuk. Alhamdulillah masa tu rasa lega sangat. Mama lil star pun dah slowly ok balik. Oh saya orang Malaysia. Rindu sunlight banyak2. ^_^

Pastu masa presentation, boleh tak sensei mama lil star duk tanya2, dia cakap perut dah makin besar la apa la. Waaa. *Sorok muka* Tak payah la tegur kan. Huhuhu. Pastu dia tny selalu ke borak2 ngan baby. *Sorok muka lagi* Sangat malu okay. Senior mama lil star tersengih je kat sebelah dia. Aiyo. Terus luntur semangat yg berkobar2 nak present tadi. Kekeke. ;p

Tapi betul la, perut mama lil star sekarang memang lajuuu je membesar. Kalau jalan tu kompem2 dah macam penguin. Hahaha. Pastu nak ikat tali kasut pun dah tak boleh. Lagi, kalau kat lab tu, nak letak kepala kat meja pun dah tak boleh okay. Perut dah penuh sangat. T_T

Esok ni mama lil star nak buat experiment insyaAllah. Mintak2 cepat la dapat setelkan semua2 kerja kat lab tu. Dah tak larat dah nak memanjat2 kerusi nak check reactor tuh. Approaching 8 months kottt. Tak habis2 lagi ngan sesi memanjat kerusi. Aiyakkk. Huhu. ;p

InsyaAllah 7 weeks to go! ^_^

Tuesday, January 25, 2011

end-of-sem mode~

Mama lil star ngan ayah lil star both tak sabar2 nak habiskan semua kerja2 sem ni. Tadi baru submit heavy report yg last. Ada lagi 1 assignment ngan 2 presentations. Tu semua next week. Harap2 cepat la setel semua. Tak larat dah mama lil star ni. Huhu. Esok mama lil star ada presentation kat lab, pastu nak run experiment lagi. Risau presentation esok. Tolong la jangan kena lagi. T_T 

Ayah lil star pulak nak pegi Muroran, ada class trip pegi tengok steel production. Seronoknyee. *Jeles* -.-

2-3 minggu ni mama lil star sangat2 la bz. Sebabnya nak setelkan semua kerja sebelum lil star kuar. Hii hii. Lagipun senior mama lil star dah nak grad dah ni. Bulan 4 dia dah takde. So macam terkapai2 la mama lil star nanti kalau tak menuntut ilmu banyak2 ngan dia sebelum dia grad. Keke. Orang lain semua takut2 je nak tolong mama lil star, sebab mama lil star tak paham sangat Japanese yg susah2. Ala, tapi senior mama lil star tu selamba2 je berleter kat mama lil star dalam Japanese. Paham je. Ok la tu kan. *Paham yg kena berleter je* :p

Mama lil star harap2 dapat la siapkan kerja dengan baik sebelum due ni. Sebab kalau dah dapat setel semua data, nanti dalam pantang dah boleh la tulis paper kat rumah. Takde la nanti sensei kata takde progress kan. Wuwu. Semoga Allah selalu tolong mama lil star. Ameen. T_T


Sangat la nampak macam wanita mengandung sekarang ni. Haha. ;p

Mama lil star @ week 33


Cinta hati, teman sejati. ;p

Sunday, January 23, 2011

The Last Hurrah!

Harini lepak2 rumah, mama lil star came across something yg macam best je. Terbaca dalam satu buku ni, pasal countdown to motherhood. Rasa macam dah boleh start buat nih. Okay, ada 10 benda yg kena try buat jugak before lil star kuar insyaAllah. Hehe.

1) Time alone with your partner. *Suka yg ni!*
2) A meal at a fancy restaurant. *I wonder,which restaurant. Macam susah skit je.*
3) A night at the movies. *Lepak rumah tengok movie ngan ayah lil star sudah. Kekeke.*
4) An evening out with your girlfriends. *Looking forward to this!*
5) The spiciest meal your pregnant body can handle. *How to tell the limit?Aiyakk*
6) The chance to play Demi Moore by posing for a few pregnancy portraits. *Hurm hurm*
7) A nice, warm bubble bath. *Bila ek?*
8) The opportunity to write one final pre-baby love letter to your partner. *Fikir2*
9) Write a will. *o.O...
10) Plan your babymoon. *Nak pegi mana ek?*

Friday, January 21, 2011

ada apa dengan 7 bulan

Hehehe. Tajuk entry cam apa2 je kan. Mama lil star just nak cerita apa changes yg mama lil star tengah face masa dah 7 bulan lebih ni. Sekarang ni dah pun 32 weeks, nak masuk week 33. Macam cepat kan masa berlalu. Once dah lepas week 30, rasa cam time really flies. Macam2 feelings bercampur baur. Risau, excited, happy, takut, semua ada.

Pastu pulak, sekarang dah start terasa 'berbadan dua' yg org selalu kata. Ada jugak yg kata, masa ni la yg rasa macam baby dah 'take over' badan kita. Macam betul je. Dah susah nak bergerak la kesimpulannya. Hehe. Sabar je la penguat diri. Selalu mama lil star juz fikir, tak lama dah, insyaAllah nanti semua ok. Masa ni la, tears, laughters, silih berganti jadi peneman mama lil star. Tapi tu la the joy of being pregnant. Yg penting, kena selalu ingat, Allah uji sikit je, tapi Dia nak bagi kita harta yang tiada ternilai. So kena la selalu2 bersyukur. Alhamdulillah.

Hm, so ceritanya, lepas je mama lil star cukup 7 bulan aritu, macam2 la changes yg ada. Yg paling obvious sekali, perut la, makin2 la membesar dengan cepatnya. Rapid growth. Haha. Pastu pulak, jalan dah kena makin slow. Kalau jalan cepat sikit, start la rasa macam lil star nak terjatuh daripada 'down there'. Hii hii. Lagi, dah makin selalu sakit belakang. Haritu ada sekejap mama lil star tidur tak pakai bantal banyak2 dah. Sebab dah mula rasa rimas bila bantal banyak sangat. Tapi bila dah sakit belakang melampau2, kena la jugak letak bantal to support perut ngan belakang.

Hm, pastu 2-3 hari lepas, ada 1 pagi tu, mama lil star terbangun sebab kaki cramp teruk2 sampai sakit sangat3. Terus mama lil star mintak ayah lil star tolong picit2kan kaki. Pastu alhamdulillah okay jap. Tapi sampai ke harini tempat cramp tu still sakit. Pagi2 je start la jalan jengket2. Tapi bila jalan pegi lab okay la pulaknye. Agaknya masa jalan jauh tu bloodflow ok kot. (Nak suh exercise la tu). Hehe alhamdulillah.  ^_^

Lagi satu, lately mama lil star selaaaalu sangat mimpi macam2. Pulak tu rasa cam real sangat. Sampai tiap2 pagi bangun pun rasa affected ngan mimpi malam tu. Tu yang mood swing agak teruk sekarang ni ye. Kadang2 rasa down sangat. Kadang2 rasa okay pulak. Ntah la. Maybe campur penat lagi kan.

Lil star pulak, sangat2 la bersuka ria bermain2 dalam perut mama lil star. Tapi kadang2 tu kesian pulak. Bila mama lil star tidur, lil star cam sempit je. Lil star gerak2 tukar tempat. Kadang2 bila mama lil star duduk crouching, lil star tolak2 jugak. Dah besar dah lil star sekarang ye. Hm, sekarang ni mama lil star juz boleh doakan moga Allah pelihara lil star. ^_^

Hm, sabtu depan ada check-up lagi, baru nak tengok ultrasound. Happy nak jumpa lil star. Lil star dah pusing bawah ke belum ye? Hehe. ^_^

Saturday, January 15, 2011

5th Antenatal Check-up

Pagi tadi baru kali ke-5 mama lil star pegi check-up. Rasa macam dah banyak kali je pegi, nape baru 5th? Huhu. So far pagi tadi la appointment yg paling awal. Kul 9.30. Awal la sangat kan? Hehe. Tapi tu la, sejuk2 ni, best berhibernasi kat rumah je. Malas sangat nak keluar rumah awal pagi. 9.30 tu sangat awal la okay. ;p

Pagi tadi sebenarnya lepas subuh, mama lil star tiba2 rasa loya teruk. Nak wek2 lagi, tapi alhamdulillah tak seteruk dulu. Sikit2 je. Tak tau la nape. Pastu ngan heartburn lagi, pedih sangat rasa. So mama lil star pun selamat la minum susu dah 5 gelas kot. Nak bagi hilang rasa tak selesa tu. Alhamdulillah lama sikit okay la. Pastu around 8.50 am tu dah kuar rumah. Sebab memang plan nak jalan slow2 je harini, dah badan rasa tak best kan. Tapi bila kuar tu, the sun was shining soooo brightly. Alhamdulillah, happy sangat3. Terus rasa sihat dah. Siap main pijak2 snow sampai nak terjatuh berapa kali. Ayah lil star pun melayan je la isteri dia yg dah macam kanak2 ni. ;p

Ok, sampai2 tu first thing cam biasa la, timbang berat, amik blood pressure ngan urine. Pastu yg terkejut nya, berat dah shoot sampai 60 okay! Dah 60.4 kg. Last check-up (Dec 29th) baru 58.2 kg. Within 2 weeks mama lil star dah gained 2 kgs! Oh sangat la tidak best. Tapi yang peliknya, 2 minggu ni memang mama lil star tak lalu makan langsung. Tiap2 hari kat lab sampai kul7, makan roti 2 keping je. Malam baru makan nasik, tu pun sikit je. Tak tambah2 cam dulu pun. Hmm, ke sebab makan malam lambat2? T_T

Takpela, yg penting doctor tak cakap pape. Sebabnya, dia tanya camane appetite? Mama lil star gtau la, mama lil star tak berapa lalu nak makan. Siang2 tak makan sangat, malam baru le nak makan elok sikit. Pastu dia kata, tapi takpe la, nampak daripada weight gain mama lil star, seems I've eaten enough. Kena perli kan? Hahaha. ;p

Oh, then tadi ada check untuk dengar heartbeat baby kan. Masa tu orang tu letak transducer tu, (transducer ke org panggil?) cari2 heartbeat lil star, tak dapat!! Senyaaap je. Mama lil star dah takut sangat3. Lama sangat cari sana sini. Lil star pulak time tu tak bergerak2 pun. Mama lil star dah macam nak menangis dah. Mama lil star doa banyak2 je masa tu. T_T 

Then tetiba "dup, dup, dup" bunyi cam jauh je. Alhamdulillah, lega sangat masa tu tak tau nak describe camane. Allah je yg tau. Mama lil star bersyukur sangat3. T_T

Pastu tadi pun ada buat blood test untuk check if ada anaemia. Boleh tak, sementara tunggu turn tu, mama lil star rasa cam jantung nak tercabut. Nervous punya pasal. Tepape tah kan. Dah lama tak amik darah. Haha. Masa amik darah tu pun, orang tu gelak je sebab awal2 lagi, dia belum start pape, mama lil star dah pandang tempat lain. Tamo tengok jarum2 dia tu. Keke. ^_^

Next check-up will be on Jan 29th insyaAllah. Semoga Allah sentiasa pelihara lil star. Ameen. ^_^

Monday, January 10, 2011

beroperasi!

Beroperasi?? Hehe. Mama lil star baru je lepas korek2 semua baju untuk lil star, untuk dibasuh. Alhamdulillah dah setel pun membasuh dan menyidai baju2 lil star. Tapi blankets ngan towels belum basuh lagi. Maybe basuh esok la kot insyaAllah. Sebabnya tak cukup tempat nak sidai baju. Dengan baju ayah lil star ngan mama lil star lagi. So basuh sikit2 la. Basuh sikit pun dah sakit2 belakang okay. Huhu. Tapi takpe, yg penting happy. Hehe. ^_^ 

Pastu tadi masa duk keluarkan baju2 lil star, terjumpa la pulak toys yg dah belikan untuk lil star. Semangat kan beli toys skarang? Huhu. Sebenarnya mama dia yg suka, so kena beli gak la. Tapi takde la banyak pun, sikit2 je. Haritu alang2 pegi Toys 'R' Us, beli je la satu dua toys yg murah2. 


Rattle ni mama lil star memang suka sangat2.
Tak boleh tahan. Kekeke. ;p

Rattle Anpanman harus ada. ^_^

Rattles memang benda yang paling mama lil star suka. Daripada dulu2 lagi. Tak tau la kenapa. Lagipun mama lil star rasa benda ni sangat best untuk tarik attention baby yg tengah menangis. Tu yg mama lil star beli gak tu. Ceyy alasan. Kekeke. ;p


Yg ni sebenarnya untuk yg dah setaun n above,
tapi sbb ada promotion murah gilss, beli je ler.
Comel sangat. Hii hii.



Ok, inilah rupa mama lil star 7 months preggy.
Memboolat2. ;p


Ok, nak tidur dah. Semoga lil star sentiasa di bawah lindungan Allah. Ameen. ^_^

Sunday, January 09, 2011

Another scary episode ~~

Semalam kawan2 mama lil star ngan ayah lil star ada buat party sikit. Ada nak exchange gifts. Saja suka2 la kan. So semalam lepas maghrib, dalam kul5 camtu mama lil star ngan ayah lil star pun keluar la pegi Sappooro eki, cari2 hadiah sikit. Party nye start kul 7.30. Mama lil star ajak ayah lil star pegi eki jalan kaki je. Sebab nak exercise la sikit. Dah seharian malas2 kat rumah je kan. Hehe. So jalan la. Tapi masa tengah jalan tu dah rasa cam tak larat je. Tapi mama lil star tabahkan hati gak la kan. Jalan pun slowww yg teramat. Hii hii.

Dekat setengah jam jugak la jalan. Padahal bukannya jauh sangat pun. Tapi slow punya pasal kan. Keke. Pastu masa dah sampai eki tu, mama lil star dah rasa lain macam, nak ajak la ayah lil star lepak mana2 kejap. Tapi fikir balik, baik setelkan beli2 barang jap, pastu baru la lepak2 jap before balik kan. So terus je mama lil star pegi Franc Franc pilih2 barang. 

Dalam setengah jam jugak la membelek barang2 kat situ. Bangun duduk, bangun duduk pilih barang. Excited tengok macam2 barang ada. Hii. Tapi kena ikut budget 1000 yen. Tu yg lama memilih tu. 

Dipendekkan cerita, lepas dah decide nak beli barang apa, mama lil star mintak ayah lil star pegang barang2 tu kejap, sebab mama lil star nak tengok barang sikit2 lagi kan. Pastu tiba2..tedeng.. Hehe. 

Tiba2 rasa pening, nak terjatuh. Semua benda pusing2. Mama lil star pun pegang ayah lil star, cakap kat dia, mama lil star nak duduk. Tapi kat kedai tu mana nak ada kerusi kan. Ayah lil star suruh pegi duduk kat bench depan kedai tu. Sebab dia tengah pegang barang belum bayar lagi kan. Mama lil star pun terus la nak cepat2 jalan pegi duduk kan. Masa nak jalan je, terus memang rasa semua benda pusing2, dah tak nampak apa dah. Kalau mama lil star langkah setapak je pun, kompem2 jatuh kat situ. So mama lil star pun terus pegang balik ayah lil star, sambil pening2 cakap kat dia, memang tak boleh jalan dah ni. Letak la barang tu dulu. Pastu ayah lil star letak barang tu, cepat2 tarik mama lil star kat tempat duduk paling dekat. Dah duduk tu, alhamdulillah rasa lega sikit. Tapi pening tu tak hilang lagi. Lama mama lil star duduk, baru slowly rasa lega. Ayah lil star pun pegi la belikan air untuk mama lil star kejap. Sambil mama lil star terus rilekkan diri.

Pastu mama lil star jalan2 la kejap, tapi tak larat sangat. So mama lil star pun duduk balik. Masa duduk balik tu, rasa badan lain macam sangat. Macam jantung kena tarik2 pun ada. Sakit sangat. Mama lil star memang dah tak boleh nak cakap pape dah masa tu. Ayah lil star cakap2 pun mama lil star dah tak boleh nak respond. Lama jugak la kitorang duduk kat situ. Sampai mama lil star dah rasa okay sikit, baru mama lil star ajak ayah lil star pegi toilet, then balik rumah. 

Masa on the way balik rumah tu, halfway baru mama lil star boleh cakap ngan ayah lil star. Baru la mama lil star cite2 kat dia apa yg mama lil star rasa tadi. Alhamdulillah lega rasa bila dah okay tu. Pastu siap boleh pegi party lagi pukul 8.30 tu. Party makan2 je pun. Hehe. 

Mama lil star baca buku tadi, ada dia tulis pasal dizziness and fainting. Agaknya mama lil star tak cukup iron dalam badan. Darah pun tak sampai kepala. Tu yg jadi camtu. Lagipun memang mama lil star ni slightly anaemic sebelum ni pun. Ni pregnant pulak, baby amik nutrients kan. Mama lil star kena la lagi jaga kesihatan. Hmm. Mama lil star just doa semoga Allah tolong mama lil star dalam apa situation sekalipun. Ameen~

Friday, January 07, 2011

Meredah -6 degree C

Harini hari last mama lil star bermalas2an di rumah ketika orang lain sibuk membuat kerja di lab. Hii hii. Bangun tidur tadi dah tengahari, ayah lil star dah siap nak pegi solat jumaat dah. Isy, sila jangan ikut perangai ni okay. Hehe. 

Sebenarnya mama lil star plan harini nak pegi bank nak tukar address yg dah berzaman tak tukar2. Sebabnya dah masuk 2011 ni, allowance dari uia pun dah nak masuk la kan. Nanti address lain2, problem pulak. Tu yang dah masuk taun baru ni baru la terkedek2 nak pegi tukar address. 

So tadi dengan tabahnya bangun tidur, minum air sikit, terus keluar dengan confident, ingat tak snowing. Sebab tengok kat tingkap macam takde pape je. Sekali bukak2 pintu je berderu2 snow masuk. Aiyakk. Lebatnya. Tapi takpe sebab suka. Haha. Temp -6 pun enjoy je. Hii hii. Biasa la, winter kali ni kira first experience mama lil star ngan ayah lil star jumpa snow kan. Suka la kalau tengah snowing tu. Lagi pulak, kalau tengah snowing sebenarnya tak rasa sejuk macam masa tak snowing. So gembira la. Hati bunga2 je. ^_^

Balik dari bank, bukak2 fb, tengok ramai nya kawan2 mama lil star baru bersalin. Sekarang ni profile pic kawan2 dah dipenuhi gambar2 babies okay. Sangat2 la excited mama lil star tengok. Tambah2 yg dapat baby sebijik muka diorang. Memang besttt la. Kekeke. Ok la, mama lil star nak citer condition mama lil star yg alhamdulillah dah 7 bulan pregnant ni.

1) Menyambung siri sakit belakang. Tapi bukan kat lower back. Sakit kat belah atas. So mama lil star pun dah start cari2 exercises to relieve back pain. *Baru nak start okay. Kekeke.* 

2) Nafas dah jadi makin pendek. Mama lil star selalu mengah2 tambah2 lepas makan. Makan dah tak boleh banyak2. Kena makan macam masa 1st trimester dulu, small portions tapi kena frequent.  

3) Mama lil star dah makin cepat penat. Kalau ikutkan, nak tidur je satu hari. Tak nak buat pape. Haha. Tapi kena paksa diri gak, kalau tak, nanti kompem malas bergerak terus. 

4) Sekarang ni lil star punya movements rasa kuat sangat. Macam boleh imagine dia gerak macam mana. Kadang2 sampai mama lil star pun tergerak sekali ikut tendangan padu dia. Ngilu sikit. Hehe. 

5) Mama lil star dah makin susah nak ubah position. Bila duduk, susah nak bangun. Bila berdiri, susah nak duduk. *Rumah kitorang style jepun, takde kerusi2 ye. Huhu.*

Mama lil star rasa tak banyak sangat pun yang berubah. Just dah kurang comfortable dengan badan sendiri je la. Tapi takpela, insyaAllah lagi about 2 months je to go. Sabo2. ^_^

Thursday, January 06, 2011

Perut anda memang dah besar bila ....

1) Dah tak boleh pakai stokin sambil berdiri.
2) Kalau ada barang terjatuh, tak boleh straightaway tunduk ambik barang tu. 
3) Dah tak boleh menyelit2 nak lalu kat tempat sempit. 
4) Kalau nak bangun lepas tunduk, kena support perut ngan tangan.
5) Bila tengok diri sendiri dalam cermin, perut adalah benda first yg kita nampak.
6) Dah tak boleh landing gaya bebas sambil tengok drama.
7) Time sujud, rasa penuh sangat kat perut.
8) Orang sekeliling suka usha2 perut kita.
9) Sangat lama berkira2 masa nak bangun pegi toilet malam2. 
10) Sebelum tidur, kena fikir nak letak perut macam mana dulu before letak kepala kat bantal. 

Tu je kot yg mama lil star terfikir buat masa ni. Hehe. Nanti bila perut makin2 besar, mama lil star update lagi. Kekeke. ^_^

InsyaAllah, about 2 months to go!! ^_^