CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 30, 2010

kakak.. kah?

mama lil star: sayang, nnt baby kite, sayang nk muka macam sayang ke? muka macam ya la.. eh?
ayah lil star: muka campur2 laa..
mama lil star: okay, camtu kening je macam sayang, yang lain semua macam ya k?
ayah lil star: alaa, hidung pun nak macam sayang jugak ke? *gelak2*
mama lil star: *tunduk tanda kecewa*
mama lil star: baby, nanti jgn ikut muka ayah tau. ikut muka kakak...
ayah lil star: KAKAK??? *gelak lagi dengan penuh gaya sarcastic*
mama lil star: *kelip2 mata*


T_T

Saturday, November 27, 2010

Dengan segala hormatnya...

Happy Birthday to Baba @ Tokwan lil star (Hehehe ^_^)

Semoga baba panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan oleh Allah, n diberkatiNya selalu!!


Ni pic time baba nikahkan ayah lil star dengan mama lil star on March 6th 2010. ^_^


I love you baba. ^_^

Friday, November 26, 2010

week 24

"Your baby is still on the skinny side with no body fat but his brain is growing rapidly and he's starting to fill the space in your uterus. By now, you probably have a definite "pregnant" shape and the linea nigra, a dark line of pigmentation, may appear down the centre of your abdomen.
Your baby's taste buds are also forming and, believe it or not, his sweet tooth. Could that explain your sudden craving for dodol and kuih lapis? No one knows for sure but it's a good excuse, next time you find yourself stalking the kuih lady at the pasar malam."
- Email from Baby Center Malaysia.


Patut le skarang mama lil star asyik nak makan yang manis2 je (Excuse! Haha). ^____^

bersantai2 di petang jumaat

Mama lil star baru je lepas pegi lunch ngan ayah lil star tadi. Rasa macam terlebih makan la pulak. Perut rasa tak sedap je. Nak bernafas pun mengah. Hehe. Harini daripada pagi lil star duk menendang. Banyak kali, kuat pulak tu. Tadi tengah2 meeting, gedebush!! Adeh, nasib baik mama lil star boleh control daripada tergelak. Haha. ^_^

Harini mama lil star free sebabnya semalam dah setelkan semua kerja (yang balik sampai kul8 malam tu). Pastu pulak harini supervisor mama lil star tak datang lab. So semua labmates mama lil star pun apa lagi, menghilang la, takde pulak la diorang nak duduk diam2 dalam lab bila sensei takde hari jumaat. Selalunya even jumaat takde kerja pun, duduk la jugak dalam lab sampai ke petang. Hmm, berpura2 jugak diorang ni rupanya. Haha. Tapi yang gembira nya, mama lil star dapat la duduk goyang2 kaki ni ha bila senior mama lil star takde. Hiiii. ^_^

Mama lil star sebenarnya nak balik awal harini, tapi tak boleh. Sebabnya mama lil star buat TG/DTA pagi tadi, siap pukul 6 petang ni. So terpaksa tunggu jugak la sampai pukul 6. Lepas tu nak pegi dating ngan ayah lil star. Hehehe. Boring la tiap2 malam duk rumah je. Jumaat malam kena la bersiar2. Hihihi. Sekarang dah macam makin sejuk, tapi mama lil star pulak berpeluh2. Boleh tak. Hiii. Tapi mama lil star baca, bila dah pregnant ni memang dalam badan kita rasa panas je. Sebab nak bagi nutrients kat baby kan. Scientifically tak boleh nak cerita la kan, sebab mama lil star amik engineering, bukan medic. Kekeke. 

Lagi satu, sebelum ni mama lil star tak pernah pun ada problem gigi ke, gusi ke. Tapi sekarang ni macam selalu je mama lil star punya gum bleeding. Tambah2 bila time berus gigi. Tengahari tadi, takde pasal2, tiba2 rasa masin2 dalam mulut, rupanya darah! Uuu! Takut!! Kena jumpa dentist ke?! Hurm.. 

Thursday, November 25, 2010

kesibukan melanda

Hari ni even mama lil star balik dari lab pukul 8, hati mama lil star sungguh girang. Sebabnya experiment untuk minggu ni dah setel dengan baik, alhamdulillah. Nak buat kerja pun dah tak kekok macam last week. Yela, last week first time run experiment sendiri kan. Memang terkial ler. Hiiii. Tapi tadi masa tengah buat kerja, pukul 6 lil star dah bagi signal suruh balik rumah. Hehe. Kesian lil star pun kena tunggu mama lil star habis buat kerja. Hehehe.

Hurm, minggu ni dah 24th week alhamdulillah. Cepat je rasanya masa berlalu. Dah pun nak dekat 6 bulan. Dulu masa awal2 pregnancy, rasa macam jauhhhh sangat 3rd trimester tu. Hiii. Tiba2 sedar2 mama lil star dah nak masuk 3rd trimester dah pun. Tapi banyak lagi benda tak tau. Iskk. 

1) Lil star dah tukar time menendang dan bergolek beliau kepada waktu siang. Pagi2 time nak pegi lab, lil star pun start la aktiviti beliau. Tak bagi mama lil star malas2 pegi lab lambat kot. (Tapi still pegi lambat gak. Hiiiii.^_^)

2) Selalu malam2 bila pegang perut mama lil star lama sikit, tekan sikit, nanti lil star pun start la tendang sekuat2 hati kat situ, banyak2 kali pulak tu. Pastu golek2 sekali. Haha comel. ^_^

3) Mama lil star dah makin kerap pegi toilet. 

4) Energy mama lil star minggu ni alhamdulillah okay. Boleh buat kerja dengan penuh semangat. ^_^

5) Mood mama lil star macam tak best sikit. Tak tau nape, tapi macam tak rajin nak cakap ngan orang. T_T

6) Dah start sakit2 pinggang ngan belakang lepas balik dari lab. Tu pun jalan slow2 dah tu. 

7) Lil star dah makin2 menunjukkan diri. Perut mama lil star dah makin boolat. Tapi tak try timbang lagi berapa agaknya berat sekarang. Hiiiii. ^_^

8) Macam2 mana sekalipun, dalam sehari, mama lil star still kena makan nasik walaupun sikit. Kalau tak, rasa tak sihat. Lil star ni betul2 la orang Malaysia. ^_^ 

Mama lil star sayang ayah lil star, mama lil star sayang lil star! ^_^

Tuesday, November 23, 2010

Mama lil star's 24th birthday!

Hehehe. Walaupun dah 2 hari berlalu, nak cerita gak la. Sebab stress2 kat lab, kena cerita benda2 gembira pulak kan. Hiii. Ahad lepas, bersama kawan ayah lil star ngan mama lil star, encik arip, kitorang bersiar2 kat Moerenuma koen. Tempat ni lama dah mama lil star teringin nak pegi sebenarnya. Teringin nak tengok glass pyramid yang famous tu. Tu yang sempena birthday ni, nak pegi la situ kan. Nak pegi jauh2, rasa tak larat lagi badan ni. Sebab minggu ni pun bz experiment. So pegi dekat2 dah la kan. ^_^



Glass Pyramid - Hidamari


Lepas tu, macam biasa la, dekat park kan, jalan2 je la. Tapi view kat sini sangat2 la cantik. Mama lil star asik berangan je masa pegi sini. Lil star pun banyak pusing2. Hihihi. Happy sangat. ^_^

Then, malam tu, mama lil star dah flat dah. Tak larat nak keluar pegi makan kat mana2 special. So mama lil star masak spaghetti je untuk dinner. Then ayah lil star pulak tolong belikan cake. Nyum2. Thank u sayang. I love u. ^____^


Nak beli cake yg heart-shaped, tapi dah habis. So yg ni pun ok la kan. Hee.

Belum habis lagi. Hehe. Last nite, kawan2 mama lil star ngan ayah lil star pulak ajak dinner kat Trattoria Cucina utk celebrate bday mama lil star. Happy sangat. Hehe. Tapi malangnya mama lil star terlupa langsung nak bawak camera. Sebab malam tu dari lab straight pegi restaurant tu. So tak ada la photos masa dinner tu. Dapat hadiah banyak sangat! Happy3!!! Hiiii. Thank u so much to Peng, Alex, Wulan, Javi, Adrianno, Rafiq, Bo Hye, Vangie and Salah! ^__^


Love Love Love

Love Love Love


Saya rindu mak ngan ayah saya. T_T

Saturday, November 20, 2010

Lovely lil birthday gift arrived early! ^_^

Mama lil star pernah terdengar orang kata, 'Great gifts come in small boxes'. Since then mama lil star selaluuuu je berangan nak dapat hadiah dalam a small box. Tapi berangan je la. Tak pernah berharap2 pun. Hehehe. 

Malam semalam mama lil star ngan ayah lil star tengok cite 'My sister's keeper' sampai la pukul 3 pagi. Walaupun penat, tapi oleh sebab gembira dah dapat setelkan experiment yang sangat2 mencabar (mencabar la sangat.. hee..), rasa nak happy2 la jap kan. Hehe. Pastu akibatnya, lepas subuh tadi memang tidur sampai ke tengahari la. Buruk perangai. Isy2. 

Tengah tidur tu tiba2 mama lil star tersedar sebab terdengar orang cakap2 ngan ayah lil star kat pintu. Mama lil star fikir2 la, siapa datang rumah tiba2 ni kan. Macam ajaib sangat je. Hiii. Pastu ayah lil star masuk balik, amik duit, keluar balik. Aikkk, delivery? Ayah lil star tadek bagitau pun dia beli barang apa. Selalu mesti dia bagitau kalau dia beli apa2. Hmm.

Masa ayah lil star tengah bukak kotak tu, mama lil star pun nak menyibuk la jugak. Hiiii. Tapi pastu ntah kat mana mama lil star ternampak ada tulis something pasal keyboard. So mama lil star pun cakapla, "Sayang asik beli benda boring je. Beli la benda best2 sikit." ;p

Bila dah bukak semua kotak tu, tiba2 ayah lil star keluarkan kotak heart pink yg sangat comel!! ^___^ Terus mama lil star terkejut, ternganga, terkesima, semua la. Haha. Rupanya hadiah untuk birthday mama lil star esok!! Takde kena mengena ngan keyboard ayah lil star pun. Hiiii. Hadiah apa? Tengok la. (Blushing. :p)


Necklace!! Thank u sooo much sayang! ^_^

Adorable pendant. ^_^


Lovin' it~


Ok, nak gi siap2, malam ni ada Aidiladha celebration ngan Malaysian students kat Sapporo ni. Nak beraya best2. Hiii. ^_^

Friday, November 19, 2010

Relieved~

Alhamdulillah, setelah 4 hari straight mama lil star bertungkus lumus di lab buat experiment, akhirnya sampai jugak hari jumaat. Fuh lega. Tu pun tadi dah pukul berapa baru la habis experiment. Memang betul2 tabahkan hati la. Hehe. 

Pastu pulak harini kat lab mama lil star, diorang buat birthday party untuk supervisor mama lil star. Kebetulan, birthday dia 20 nov. Sehari je awal daripada mama lil star. Bangga sebab birthday dekat ngan sensei (boleh tak.. hahaha. padahal sensei sikit pun tak heran. keke).

Masa buat experiment tadi, memang betul2 penat la. Sebab berderet 4 hari buat kerja straight daripada pagi sampai ke malam kan. Tapi somehow seronok sangat sebab berjaya buat experiment jugak akhirnya. Alhamdulillah. Selama ni asik2 TG/DTA, drying, TG/DTA, drying. Hehe. :p

Sebenarnya mama lil star buat experiment tu macam merepek2 gak, siap tadi methanol terpercik masuk mata! Ohh!! Mama lil star pun kelam kabut la, basuh mata sepuas2 hati, doa banyak2 bagi takde pape. Takut sangat. ~.~

So alhamdulillah semua okay. Minggu depan dan depan lagi kena get ready untuk buat benda sama lagi. Harapnya semua berjalan lancar. Ameen. Yang kali ni first time mama lil star setup semua sendiri, so senior tolong2 lagi. Pasni dia kata semua kena buat sendiri dah. Ohh. Nervous. Hehe. Harap2 jangan la lupa2. Hiii. Mama lil star ada terbaca, orang pregnant ni dia jadi cam pelupa sikit. Betul ke ek? Tapi kena la ngan mama lil star. Macam2 lupa. Tiap2 hari pun lupa tutup lampu kalau pegi toilet. Pastu sape lagi, ayah lil star la yang selalu tutupkan. Hiiiii. ^_^ Harapnya masa nak buat kerja minggu depan, takde dah lupa2. Ameen. Kalau tak, nanti kena marah lagi. ~.~

Ada 1 time tu, mama lil star betul2 dah macam tak larat, campur kena marah sikit ngan senior. Pastu tetiba masa tu jugak ada rasa flutters kat perut. Hehe. Terus mama lil star rasa happy. Rasa cam lil star suruh mama lil star sabar and tabahkan hati. Hiiii. Thank you lil star. ^_^

Sunday, November 14, 2010

Japanese cooking class!

Semalam, pagi2 lagi mama lil star ngan ayah lil star dah bangun. Selalunya sabtu pagi mesti bermalas2an dulu sebelum pegi mana2. Tapi semalam mama lil star ngan ayah lil star join cooking class tu ngan kawan2. Kira macam program untuk expose international students dengan japanese culture la, organized by Sapporo International Communication Plaza. Sebelum ni yang kitorang join, diorang ajar buat Ikebana (Japanese flower arrangement).  Kali ni belajar Japanese cooking untuk autumn kot. Kalau tak silap la. Hehe. 




Ayah lil star busy menyusun makanan dalam pinggan. ^_^

'Milk Agar with mandarin oranges' (Agar2 biasa je ni, letak limau dalam tu. Sedap2. ^_^)

Ha, yg ni mama lil star buat! 'Chikuwa Maki'. Bersungguh2 mama lil star gulung. Luar dia macam fish cake tu, dalam dia letak la timun, cheese, pastu plum pickle paste. Sedap jugak. ^_^ 

Yang blah kiri ni terung ngan tofu bakar. Lepas tu letak sauce diorang la. Ada sake. So mama lil star tak makan la yg ni. Tapi boleh try bakar, then sapu la sauce lain. Simple nya makanan Jepun. ^_^

Mama lil star with Wulan (in blue) and Peng. ^_^

Omiyage! ^_^

Wanita mengandung bersama suami! Haha. (Lil star dah menunjukkan diri). ^_^

Happy dapat belajar sikit sebanyak pasal Japanese cooking! Tapi lil star tetap suka makanan Malaysia. Hehe. Minggu ni mama lil star rasa macam makin cepat je lil star besar. Pastu pulak mama lil star dah start sakit2 belakang, sakit pinggang. Lil star pulak bila malam2 je, dia pun menunjukkan diri. Perut mama lil star rasa tegang sangat. Tapi bila siang, tak pulak. Perut pun takde la jadi besar macam masa malam2 (walaupun besar jugak. hehehe). Hmm, macam tak percaya je bila tengok perut sendiri. Kekeke.  ^_^

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. ^_^

Friday, November 12, 2010

cuti lagi~ v^_^v

Semalam mama lil star dengan nervousnye tulis email kat supervisor mama lil star mintak nak cuti harini, takleh nak present. Alhamdulillah dia ok. Siap reply "Your health is number 1" lagi. Oh gembira. So harini mama lil star pun dengan gembiranya bersenang lenang di rumah lagi la. Hihihihi. ^_^ Oh, tapi ni memang betul2 tak sihat tau. Bukan ngelat. Hehe. ^_^

Ok, mari bercerita tentang kehamilan mama lil star minggu ke-22. Teng tedeng~

1) Dah dua malam mama lil star tak dapat tidur. Tak tau kenapa. Badan rasa sakit2, lenguh semua. 
2) Malam tadi mama lil star dah start selsema ngan batuk2 dengan begitu teruk. Pastu bila batuk pulak, takleh batuk dengan sepuas hati sebab nanti rasa sakit kat perut. So kena control sikit batuk tu, kena batuk slow2 je. (Boleh tak.. Hehe)
3) Mama lil star dah tak boleh makan banyak2 sekaligus. Kena makan sikit2 tapi frequent. Kalau tak, nanti macam susah nak bernafas. Dalam erti kata lain, mengah. Hehe.
4) Lagi, sekarang ni tiap2 malam mesti mama lil star rasa heartburn lepas dinner. Punca belum dikenalpasti lagi. 
4) Mama lil star sangat suka makan chocolate, minum chocolate drinks. Tapi chocolate tak bagus time2 pregnant ni. Sebabnya mama lil star terbaca, cocoa ada caffein, and caffein pulak boleh cause low-birth weight ngan miscarriage. Pastu pulak nanti baby takleh serap nutrients dengan baik. So kena la kurangkan caffein intake. Coffee memang mama lil star tak minum langsung dah. Tapi chocolate.. Oh.. enaknya.. T_T
5) Lil star dah makin suka berguling2 tiap2 malam. Hehe. ^_^

Ok, nak masak untuk ayah lil star la. Bye2!

Thursday, November 11, 2010

MC~

Harini dengan bahagia dan gembiranya mama lil star 'mencutikan' diri sendiri daripada pegi lab. Hehehe. Sebenarnya semalam dah ingat nak pegi je, kuatkan semangat. Tapi malam tadi badan rasa lenguh2 semua. Agaknya sebab jalan banyak sangat, ngan sejuk tak terkata lagi, basah2 sebab hujan lagi. Tu yg malam lepas balik lab je terus flat seflat2nya. Haha. ^_^

Pagi ni, masa bangun nak pegi lab tadi, badan mama lil star rasa lemah sangat3. Memang betul2 rasa tak sedap. Lama sangat berkira2, nak pegi ke tak, nak pegi ke tak. Kalau nak pegi, memang tak mampu la. Kat luar pulak tengah hujan lagi. Macam tak larat je nak menapak pegi lab kan. Tapi kalau tak pegi, rasa guilty pulak. Sebabnya harini sepatutnya kena siapkan semua data dah, esok pagi2 kena present. T_T 

Kalau harini tak dapat pegi lab, jawabnya, takde benda la nak present Jumaat nanti. Dalam erti kata lain, kena ponteng dua hari la, harini ngan esok. Mama lil star rasa macam mengada la pulak, badan rasa tak sedap camni selalunya sehari je cukup la cuti kan. Ni sampai 2 hari.. Guilty.. Sob2. Dah la skip presentation. T_T

Last2 mama lil star decided untuk tak pegi je lab. Sebab, memang betul2 tak larat..! Harapnya supervisor mama lil star faham situation mama lil star. Amiin. T_T


So sekarang ni mama lil star dengan gembiranya makan caramel pudding sambil dengar lagu2 inteam yg lama. Ureshiii~ ^_^

Wednesday, November 10, 2010

Tak larat. T_T

Alhamdulillah harini dah pun masuk 22 weeks mama lil star pregnant. Tweet tweet! Hehe. Macam cepat sangat masa berlalu. Harap2 semua nya ok sampai la give birth nanti. ^_^

Sebenarnya harini mama lil star rasa tak sihat sangat. Sebabnya dah 2 hari berturut2 mama lil star terpaksa jalan dekat 2 km untuk buat experiment. Lab yang ada equipment tu tersangat la jauh dari lab mama lil star. Pastu plak pegi sana pun dah pukul 6 petang, pukul 8 lebih baru boleh balik rumah. Tu yang memang macam nak terpengsan tu. Hehe. Dah la sekarang hujan je tiap2 hari. Basah2 kasut, sejuukk. Beku mama lil star. Brrrr.

Rasa macam nak demam. Jap lagi kena pegi lagi lab jauh tu. Tapi last la harini, alhamdulillah. Lega. Memang betul2 exercise la mama lil star ni. Dengan lil star sekali terpaksa ikut. Hiiii. Bila sampai sana je, selalu mesti lil star tolak2 teruk2. Tendang ke, tumbuk ke apa tak tau la kan. Hehe. Tapi agaknya lil star dah energized lepas mama lil star jalan jauh2. Tu yg makin meriah main dalam perut ni. ^_^ 

Esok ngan lusa nak cuti laaa. Boleh tak ye? Lusa sebenarnya mama lil star kena present. Tapi tu la, macam tak larat je badan ni. Hmm. T_T

Tuesday, November 09, 2010

6 Nov 2010

6 November lepas merupakan date yang sangat best untuk mama lil star ngan ayah lil star. Alhamdulillah dah cukup 8 bulan mama lil star ngan ayah lil star sah jadi suami isteri. Lepas tu pulak, hari yang sama, lil star pun cukup 5 bulan dalam perut. Alhamdulillah. ^_^

Asalnya plan mama lil star ngan ayah lil star nak pegi Maruyama Zoo jalan2 kan. Dah lama tak berjalan. Hehe. Tapi oleh sebab dua2 pun bangun lambat pagi sabtu tu, cancel la plan tu. Lagipun pukul 6 mama lil star ngan ayah lil star nak pegi Thai party. So baik la mama lil star berehat di rumah sebelum party tu. Oleh sebab tak ada plan apa2, mama lil star pun just masak la special2 sikit hari tu untuk ayah lil star (Special tahap mama lil star je la ;p). Ayah lil star pun dah berjaya digemukkan hari tu. Hihi. Pastu bila ayah lil star bising perut dia dah naik, mama lil star pun cakap, weekend je yg mama lil star boleh masak meriah2 kan. Weekdays masak ala kadar je. So makan je le. Weekdays kang kurus la balik kan. Hehe.

Then esoknya, 7 nov baru la ayah lil star ngan mama lil star keluar jalan2. Tapi tak pegi pun zoo, sebab mama lil star rasa tak sedap badan pagi tu. So mama lil star just ajak ayah lil star jalan2 amik gambar kat uni je. Sebab sekarang pokok2 tengah cantik sangat. So kena amik gamba b4 semua dah gugur. ^_^







Friday, November 05, 2010

Lovely baby bump! ^_^

Minggu ni pregnancy mama lil star dah masuk week 21. Dah lepas halfway alhamdulillah. Ada lagi 19 weeks insyaAllah. Semangat! Semangat! Hehe. Dalam minggu ni jugak, baru mama lil star sedar, bila pakai jacket nak keluar rumah, dah start nampak dah perut mama lil star. Tskkk. o.O

Tapi somehow mama lil star rasa happy sangat, bila tengok cermin, macam tak percaya tengah tengok diri sendiri. Selama ni tengok orang lain je. Hiiii. Tak sabar nak tengok macam mana nanti lagi besar kan. Ok la, nak cerita la condition mama lil star sekarang. 

1) Mama lil star dah tak boleh berdiri lama2. Pegi mana2 pun mesti cari kerusi.

2) Kalau duduk pun, kena banyak sandar sebab cepat sakit pinggang. 

3) Dah makin susah nak tidur. So kena ikut posisi tidur yang betul dah sekarang. (Dah tak boleh main tidur je. Hehe)

4) Mama lil star tak boleh dah nak duduk crouching. Nanti lil star start la pusing2 la, tendang2 la. Kawasan permainan lil star jadi kecik kot. Hehe. So kena selalu la duduk straight2. Tapi bila dah start sakit pinggang, kena sandar la pulak. Kat lab pun nampaknya kena buat something untuk bagi mama lil star lebih selesa lepas ni.

5) Lagi, lil star makin2 la active sekarang ni. Bila malam menjelma, makin la macam2 yang lil star buat dalam perut ni. Lil star tau mama lil star selalu risau kot, tu yang lil star selalu tegur2 mama dia tu. Hiii.

6) Pasal appetite pulak, sekarang ni mama lil star takde la terasa sangat kalau lapar tu. So macam kurang la pulak makan. Tapi nanti bila dah lama sangat perut ni kosong, start la sakit yang amat sangat kat perut ni. Ok mama lil star tau yg ni no good okay. Lepas ni kena makan jugak walaupun tak rasa lapar yang amat.

7) Mama lil star dah start rasa "berbadan dua" sekarang. Hehe. Kalau turun tangga ke, tak boleh laju2 dah. Jalan pun kena slow2 je. Kalau tak, rasa cam lil star nak 'terjatuh'. Pastu bila turun tangga, mama lil star dah start pegang perut. Sebab nak kurangkan rasa lil star nak 'terjatuh' tu la. Tak tau la nak explain rasa dia camne. Buat2 faham je la ye. Hehe. ^_^

8) Mama lil star risau jugak, kenapa berat tak naik sangat ni. Daripada before mama lil star pregnant sampai sekarang, baru je naik dalam 2 kg. Takpe ke ek? Tapi kalau naik cepat sangat pun takut gak. Hehe. Takpe la, yang penting lil star alhamdulillah sihat. Berat dia pun normal. So insyaAllah harap2nya takde pape la kan. Ameen.

9) Ayah lil star dah start confuse bila mama lil star panggil "Sayang.." (Panggil lil star ke ayah lil star nii? Hehehe.) ^_^

10) Mama lil star dah enjoy walking everyday pegi balik lab. Autumn cantik sangat. Subhanallah. Nanti mama lil star nak ajak ayah lil star dating la weekend ni. Boleh amik gambar pokok2 cantik. ^_^

Wednesday, November 03, 2010

Culture Day - Nov 3rd

Hari ni Bunka no hi (Culture Day) kat Japan. So cuti la, apa lagi. Hehe. Seronok bukan main mama lil star harini. Satu hari berehat2 di rumah je. Nak keluar gak sebenarnya, tapi hujan, sejuk. Tengok weather forecast pun, temperature harini dalam 6-7 deg C. So malas la nak berhujan2, bersejuk2. Duduk diam2 kat rumah je la. Weekend nanti insyaAllah boleh keluar. Lagipun esok ngan lusa mama lil star banyak kerja kat lab. So, harini sila la rest puas2 ye. Hiiiii. 

Sempena Culture Day ni, mama lil star pun terfikir la, sekarang ni mama lil star macam kurang je nak try2 culture orang kat sini. Macam mula2 sampai dulu, banyak gak mama lil star join macam2 nak belajar culture jepun. Tapi sekarang lagi banyak duduk rumah daripada keluar. Maybe sebab selalu rasa badan tak sedap kan. Harap2nya nanti tahun depan ke, dapat la mama lil star buat macam2 benda kat sini kan. Ameen. InsyaAllah. ^_^

Oh, tengahari tadi ayah lil star dah pun amik kereta! Alhamdulillah. ^_^ Untuk mama lil star ngan ayah lil star jalan2. Hi hi hi. Tapi mama lil star belum naik lagi kereta tu. Sebabnya siang tadi macam tak sedap badan. Pastu pulak hujan. Takpe la, lain kali boleh naik insyaAllah. Tak sabar nyee. Hi hi hi. ^_^ 

Pastu, kat sini parking lot kena sewa. Since ayah lil star belum sempat lagi cari parking lot, ayah lil star pegi park kat Soen je. Sebabnya Soen tu macam hostel untuk International Students. So agak free la nak park ke apa kat situ kan. Hehe. Tapi masalahnya Soen tu jauh dari rumah mama lil star ngan ayah lil star sekarang. So nanti ayah lil star kena la cari parking lot dekat2 sini. Hiii. Kereta baru~ Kereta baru~ ^_^

Lil star, nanti kita ajak ayah jalan2 round Hokkaido ye. Pastu kita pegi cari kedai baby jugak nak? Hujung autumn mesti banyak sale. Hiiii. Lagipun nanti kalau dah winter, dah susah nak keluar cari barang dah. Mama pun mesti busy ngan lab bulan 12 ngan 1 nanti. Tak larat dah nak keluar jalan2 tau. Mama doakan Allah sentiasa jaga lil star. Moga sihat2 selalu. Ameen. ^___^


Monday, November 01, 2010

01.11.10

November 1st, 2010.

Harini dah pun masuk November kan. Rasa macam baru je sampai Sapporo ni. Sedar2 dah lebih setengah tahun dah kat sini. Tapi cakap jepun tak reti2 lagi. Haisy. Kena berusaha dengan lebih bersungguh2 ni. Hehe. Hm, tadi masa nak pegi lunch dengan ayah lil star, buat kesekian kalinya mama lil star terfikir, alhamdulillah, syukur sangat ayah lil star masuk masters jugak kat sini. Baru la mama lil star tak rasa lonely tiap2 kali pegi lab or pegi class. Macam masa b4 ayah lil star masuk masters haritu, tiap2 hari mama lil star rasa stress bila nak melangkah kaki menuju lab. Tapi sekarang alhamdulillah tiap2 hari dah happy. ^_^

Lil star pun dah semakin besar, dah start nak menunjukkan diri dia. Hehe. Tadi secretary kat lab, Watanabe-san pun cakap, cepatnya tiba2 dah besar. Baru 2-3 minggu lepas tak nampak pape lagi. Ni pun sedar2 dah dekat 5 bulan pun mengandung lil star. Macam tak percaya pun ada, insyaAllah tak lama lagi dah title "Ibu". Macam mana agaknya parenthood would be kan. Tak boleh nak imagine lagi. Bila tengok kawan2 ramai yang baru dapat first baby, baru pregnant, macam kejap sangat kan masa berlalu. Dulu kat sekolah, main2 je, tak pernah terbayang masing2 dah kawin, dapat baby, ada family. ^_^

Tapi untuk yg still mencari tu, mama lil star doakan semoga mendapat jodoh yang baik, yang dapat memimpin keluarga ikut perintah Allah. Masing2 dah ada masa yang Allah tetapkan untuk dia bertemu jodoh. Semua dah tertulis. Apa yang Allah bagi untuk kita, mesti itu yg terbaik untuk kita. So jangan putus harap, kena banyak2 berdoa. ^_^

Sekarang ni sebenarnya mama lil star tengah tunggu experiment siap. Lagi setengah jam baru siap. Lil star pulak dah gerak2 ni, lapar keee. Hehe. Kejap ye sayang, tunggu  tg/dta ni siap, kita balik la k. ^_^