CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 27, 2011

Week before Aufa's grand entrance~

Minggu sebelum mama bersalin kat Aufa, mama dah rasa tak larat sangat2 nak keluar jalan2 ke, pegi lab ke. Rasa nak duk rumah je, tak nak buat pape. Hehe. Hari isnin 28 feb mama ngan ayah pegi hospital ada check-up. So memang mama ponteng je la lab tanpa ragu2. Hii. Then selasa 1 march, mama pegi engineering office sebab nak sign scholarship. Tapi tak pegi pun lab sebab konon2 nak buat kerja kat umah je. Bawak balik la semua notes dari lab. Tapi bila dah kat umah, memang takde nye nak buat kerja kan. Banyak gangguan. Kekeke.

Oleh sebab duk umah tak jadi kerja, rabu ngan khamis tu mama pegi la lab, sebab nak siapkan powerpoint presentation yang sensei mama suruh buat. Dengan penuh semangat, alhamdulillah khamis tu siap la semua. Tapi tu la, tak tau sensei mama satisfied ke tak. Dia tak cakap pape pun. Macam tak sukeee je. Huhu. Bior le kan. Nak wat cemane. T_T

Then hari jumaat, macam selalu la, malaaaas sangat rasa nak pegi lab. So mama email je kat senpai mama, gtau tak bape sihat. *Memang tak bape sihat pun ok. Hii.*

Sabtu, mama ngan ayah rest kat rumah je. Takde pegi mana2. Malam before tidur, mama dah start rasa contraction banyak kali. Mama try check, 15 mins between contractions. Tapi oleh sebab contractions tu sama je, tak makin kuat pun, mama biar je la. Then lama sikit tu, mama pun dah tertidur, contractions pun dah stop.

Ahad, March 6th, first anniversary mama ngan ayah. Tengahari tu kawan2 mama ngan ayah ajak pegi lunch untuk celebrate kawan kitorang yang dah grad n dah dapat keje kat sini. Tapi mama cakap kat ayah, mama tak larat sangat2. Maybe sebab contractions tu kot. So tak pegi la. Then petang tu mama cam kesian kat ayah, dia macam boring je tak dapat keluar langsung kan. So mama pun ajak je la ayah pegi makan kat luar. Masa tu rasa sikit2 la contractions. Tapi kejap ada kejap takde. So layan je la. Hihi.

Ok, tu cite sebelum datang tanda2 nak bersalin. Kita sambung cite nanti pulak k. ^_^


*****

Saturday, March 26, 2011

Lovely Lil Star arrived early~ ^_^

Ramai kawan2 mama lil star dah tau pun yg lil star dah dekat 3 minggu keluar. Lil star keluar lepas cukup 38 weeks and 6 days duduk dalam perut mama lil star. Hehe. Alhamdulillah. ^_^


Introducing our Lovely Lil Star ~

NUR AUFA ZAFEERA BINTI AHMAD ZAKI

Experience bersalin kat Aufa ni insyaAllah akan diceritakan kemudian. ^_^ 

Thursday, March 03, 2011

T_T

It's snowing outside, and I'm having a terrible heartburn inside. T_T
Sabo sabo~

March 3rd

Harini birthday sorang kawan baik mama lil star, cik Nurul Farahana Mahmud Zuhudi. Tadaa~


Gambo masa zaman uia. Miss old times. T_T


HAPPY BIRTHDAY makcik. Sedey tak dapat celebrate birthday dia kali ni. Selalunya mesti celebrate nyer. T_T 

Tuesday, March 01, 2011

'The Last Hurrah' checklist. :p

1) Time alone with your partner. 
*Done! Had a nice cheesecake.*

2) A meal at a fancy restaurant. 
*Went to Capricciosa, takde la fancy mane kan, but since we went there on our 1st anniversary (20 R/Awwal), so everything jadi bunga2 la. Kekeke.*

3) A night at the movies. 
*Lepak rumah je tengok Hachiko Monogatari. Nanges2. Hii hii.*

4) An evening out with your girlfriends. 
*Thursday, March 3rd. Can't wait!*

5) The spiciest meal your pregnant body can handle. 
*Hmm, does a karasa-7-ban meal @ Mohan Dish count?*

6) The chance to play Demi Moore by posing for a few pregnancy portraits. 
*Not yet!*

7) A nice, warm bubble bath. 
*Not yet!*

8) The opportunity to write one final pre-baby love letter to your partner. 
*Not yet!*

9) Write a will. 
*Not yet!*

10) Plan your babymoon. 
*Can just plan. Kekeke.* 

Monday, February 28, 2011

8th Antenatal Check-up

Harini dah almost 38 weeks mama lil star punya pregnancy. So every week dah kena pegi check-up. Hm, harini ponteng lab sebab pegi check-up. Hihi. 

Ok, cam biasa, check urine, blood pressure alhamdulillah okay. Berat mama lil star naik 0.5 kg, sekarang dah 63.05 kg. *Doctor cakap congratz sebab tak naik banyak. Kekeke.* Pastu, arini tak buat ultrasound, so tatau berapa berat lil star sekarang. Tadi just diorang monitor heartbeat ngan movement lil star je. Doctor cakap lil star meriah, tak duk diam. Hehe. Alhamdulillah. Harap lil star sihat selalu. Ameen. ^_^

Pastu lagi, doctor check kepala baby dah engaged or not. Dia kata dah engaged, tapi 'jalan' belum tebukak lagi. So lil star belum nak kuar lagi la. Huhu. Patut ler lately mama lil star asik pegi toilet je keje. Sebelum ni tak kerap camni. Huhu. 

Hm, yg mama lil star baca, ada orang kata, kalau kepala baby dah engaged, 3-4 hari lepas tu baby kuar la. Tapi ada jugak yg sampai 3-4 minggu engaged, baby tak kuar2 jugak lagi. Huhu. So kesimpulannya, baby kuar bila dah time dia nak kuar la kan. Masa yg Allah dah tentukan kan. Just mama lil star ni, bila dah dengar doctor cakap dah engaged ni, makin la rasa tak sabo2. Hiii. ^_^

Next check-up will be on March 7th insyaAllah. ^__^

Friday, February 25, 2011

Tak larat yg maximum

Semalam mama lil star ponteng lab sebabnya rabu dah lepas presentation kan. Pastu pulak ramai yg tak datang lab semalam. So mama lil star pun bermalas2an je la kat rumah. Tapi sebenarnya kerja banyak lagi kena buat. Sebab next presentation will be on 9th. Mama lil star ingat nak siapkan semua by next week.

So harini dengan semangatnye datang lab, ingat nak buat XRD. Tapi masa on the way tadi rasa penat yg amat3 la sangat. Rasa macam nak duduk je kat tengah jalan tadi. Selalunya dari rumah ke lab, jalan dalam 20 mins. Kali ni mama lil star jalan dah sampai setengah jam. Jalan slow sangat. Memang betul2 tak larat. Dah tu, sampai2 je lab, tengok2 diorang tengah ngemas lab, angkat2 kotak, meja kerusi semua. Sebab nanti ada sensei baru nak masuk lab. So diorang prepare siap2 la. Mama lil star selamba je buat tak tau, terus duduk kat tempat mama lil star, tersandar. Tak larat gilss okay. Huuu. Tapi rasa bersalah la jugak tak tolong kan. Hiii. Harapnya diorang paham la condition mama lil star yg dah macam ikan paus ni. Huhuhu.

Btw, sekarang ni mama lil star dah in my 38th week. So dah kira full term, lil star dah ready je nak kuar. Agaknya sebab tu jugak la badan rasa berat sangat, plus memang betul2 cepat penat. Nak bangun pun dah terkial2. Asyik rasa nak terjatuh jek. Hiii.

Doa mama lil star, semoga Allah permudahkan semuanya, n semoga Dia selalu pelihara lil star. Ameen.

Wednesday, February 23, 2011

7th Antenatal Check-up

Sabtu lepas mama lil star pegi check up untuk kali ke-7 nya. Week 36. Hm, macam biasa check sume alhamdulillah okay, pastu berat pun naik dalam 1 kg. Dah 62 kg. Lil star pulak dah 2.5 kg. Masa scan tu, ayah lil star cakap hidung lil star macam mama dia. Bulat2. Haha. Selamba je ngate anak dan isteri sendiri. Hii hii.

Ok, pastu nak cerita la sikit, sebenarnya doctor cakap, mama lil star ada problem sikit. Mama lil star rasa maybe sebab dulu mama lil star pernah kena bladder infection. So nanti masa labour, diorang akan bubuh drip, bagi antibiotic kat mama lil star so that lil star tak infected masa delivery nanti. Harap2 semuanya ok. Kawan2 pun tolong doakan untuk lil star n mama lil star ye. Semoga Allah permudahkan semuanya, n semoga lil star sihat sempurna. Ameen.

Sunday, February 20, 2011

To my lovely little star~

Sweetheart,
Carrying you inside me is one beautiful experience I will never forget. 
Alhamdulillah, I praise Allah for sending me you, and I pray that He will keep you safe through. 
Mama and ayah love you. 

Thursday, February 17, 2011

Excited!

Harini mama lil star datang lab awal. Kul 9 dah kuar rumah. Sebabnya harini budak2 masters kat lab mama lil star yg nak grad sem ni ada defense. Senior mama lil star pun ada la sekali tadi. So memang kena la pegi jugak tengok kan. Excited. Hehe. So malam tadi mama lil star tidur awal la sikit. Tapi konon je nak tidur awal. Last2 terlajak sampai kul 1 lebih jugak. Huhu.

Kisahnya, malam tadi perut mama lil star sakit teruk2 sangat. Dah rasa macam period pain tu. Pinggang, peha semua sakit la. Mula2 cam risau gak, orang cakap kalau sakit camtu dah dekat la tu. Ye ke? Huhu. Tapi mama lil star try ingat2 balik, bila compare ngan period pain sebelum2 ni, macam period pain lagi sakit je. So maybe yg malam tadi tu just sakit biasa2 je kot. Nak bagi rasa2 dulu. Hiii. Lil star jangan kuar lagi minggu ni ngan minggu depan tau, mama ngan ayah nak gi main snow lagi ni. Belum habis program lagi ni. Kekeke. :p

Pastu, maybe ayah lil star nak pegi kuyakusho esok. Nak apply kat health center untuk diorang cover delivery cost nanti. Seronok pulak deliver kat sini, FOC. Hihi. Alhamdulillah, moga2 Allah permudahkan semua. Lusa pulak mama lil star punya next check-up insyaAllah. Dah 3 weeks tak pegi check-up, rasa cam rindu pulak nak gi spitel. Nape ntah. Kekeke. ^_^

Ahad pulak, nak pegi shopping (lagi??). Hii hii. Takde, just nak pegi cari barang2 rumah sikit. Sebabnya nanti 13 March insyaAllah mak ngan ayah mama lil star nak datang!! Yeay!! Excited berganda2!! Kikiki. Harap2 masa tu weather kat sini dah okay sikit, temp dah +ve. Kalau tak, kesian diorang nanti, nak tengok cucu nye pasal, demam2 pulak sebab sejuk sangat. Hii. Oh I just can't wait. Eksaited! Eksaited! Huhuhu.

27 days to go?? Erkk..