CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 31, 2010

Ke Hospital

Harini mama lil star ajak ayah lil star pegi jumpa doctor sebab lately mama lil star rasa tak sihat je. Mama lil star ada terbaca, diorang cakap orang pregnant punya immune system sangat2 la rendahnya. Baru la mama lil star teringat, patut la kena hujan sikit je, mama lil star terus demam. Sebelum ni takde pun camtu. So mama lil star jaga betul2 la tak nak bagi kena hujan. Tapi sapporo pulak lately weekdays je hujan kan. Mama lil star pun selalu la rasa tak sihat je. Kejap demam, batuk, selsema, campur nauseous lagi, memang tak larat sangat2. Kawan2 mama lil star pun risau2 je ngan mama lil star. Diorang suruh la mama lil star pegi check kat doctor. Tengok doctor nak bagi supplement apa2 ke kan.

Pastu lak, mama lil star try tanya grandma lil star camne. Dia kata try pegi je, then buatlah urine test sekali, mintak ubat sekali. Lagipun lagi sebulan je mama lil star nak balik Malaysia dah. So boleh buat ultrasound kat Malaysia je. Pastu grandma lil star cakap, suruh doctor check urine, sebabnya mama lil star pernah kena bladder infection. So better check elok2. Takut akan bahayakan lil star. Ya Allah, jangan la bagi benda2 macam ni jadi kat lil star. Please protect lil star. T_T

So tadi mama lil star terus decide untuk pegi hospital. Mama lil star ngan ayah lil star naik bicycle pegi hospital sebelah kawasan rumah. Tapi malangnya, hospital tutup. Dia kata sabtu ahad tutup. So kena pegi weekdays je. Tapi mama lil star ada exam on the coming Monday. Mama lil star sedih sangat. Then mama lil star fikir2, takpe la, maybe nanti pegi clinic je la. Mama lil star lagi selesa kat situ berbanding hospital. Doctor kat clinic tu pun perempuan. So lagi best. Mama lil star bagitau ayah lil star, 'Kita pegi clinic tu la ye. Takpe la mahal sikit'. (Lagipun nanti boleh claim ngan uia. Hehe). Ayah lil star okay je. 

Oh, lupa nak ceritakan condition mama lil star masa pregnant 7 weeks (agaknya) ni. Sekarang ni mama lil star memang sentiasa rasa nauseous, tapi rasa je la, and setakat ni baru sekali je termuntah. Tapi lepas muntah tu serious lega. Terus tidur. Hehe. Oh, mama lil star bukan morning sickness, tapi evening sickness. Lepas maghrib je start la rasa macam2. Tapi alhamdulillah la tak kena pagi, kalau tak, susah jugak mama lil star nak pegi class kan. Pastu, mama lil star yang dulu suka makan dah tak suka makan sekarang. Bila ingat pasal makanan je, terus rasa loya, kembang tekak (betul tak term ni?hehe).Jadi memang mama lil star takleh duk kat dapur dah. Tapi kadang2 nak basuh pinggan tu boleh la kuatkan semangat kan. Jadi ayah lil star la yang tolong buatkan semua. Mama lil star rasa kesian sangat kat ayah lil star. Tapi tak dapat nak buat ape. Mama lil star sendiri pun nak makan kena paksa. Kalau tak paksa, memang masuk hospital la rasanya. Tak boleh nak tengok makanan, cakap pasal makanan, semua yang berkaitan dengan makanan pun tak boleh la. Selama ni, mama lil star suka makan kentang, telur, udang, nasik, chocolate, ice cream. Banyak lagi la. Tapi sekarang, semua tu mama lil star rasa tak sedap. Boleh imagine tak ice cream and chocolate rasa tak sedap?? Hurm, Mama lil star dah tak dapat telan semua tu. Mama lil star just boleh makan makanan masam dan pedas yg sebelum ni mama lil star tak boleh makan. 

Mama lil star risau sangat sekarang, macam mana nanti bulan puasa lagi 10 hari, ayah lil star kena masak. Kesian sangat. Sorry ayah lil star...T_T

No comments:

Post a Comment