CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 18, 2010

10 weeks!

Alhamdulillah harini kira2 lil star dah pun 10 weeks. Mama lil star macam biasa, ada experiment kat lab. Harini jugak, ayah lil star ada entrance exam untuk masuk masters. Pagi tadi toefl, petang exam materials pulak. Harap2nya ayah lil star dapat la jawab dengan baik. Ameeen. Esok pun ada 1 lagi paper, lusa ada interview. Then baru la ayah lil star boleh layan mama lil star potpet2. Semalam kesian kat mama lil star. Nak buat pape pun tak larat kecuali potpet2 (expertise mama lil star. hehe), tapi ayah lil star tak dapat nak layan coz sibuk study. Mama lil star pun tamo kacau, tapi tercakap gak la sikit2 tu. Hii hii. So mama lil star pun tidur la awal sikit. Tak nak kacau ayah lil star kan. Kesian kat ayah lil star sahur sorang2. Tapi mama lil star betul2 tak larat malam semalam.


Oh, lupa nak cerita. Kan last week mama lil star berehat2 di rumah daripada hari Rabu lepas sampai la Isnin. Hari Isnin tu la, pagi tu mama lil star bangun tidur, alhamdulillah rasa sihat je. Badan pun okay, perut pun okay. Takde rasa nak muntah2 dah. Just lapar tak terkata3. Memang tiap2 pagi mama lil star rasa perut lapar sangat2 yang macam tarik2 dalam perut tu. Memang tak boleh tahan laparnya. Pastu, macam biasa la mama lil star pun makan corn flakes ngan susu kan (Oopsss kantoi tak puasa lagi. Hiiii. *Malu,tutup muka*). Elok lepas makan je.... Terus tersandar. Perut rasa tak sedap. Terus nauseous balik. So mama lil star pun duduk la diam2 lepas tu. Mama lil star cakap ngan ayah lil star, rasanya lately ni mama lil star dah takleh minum susu  dah. Lepas minum je, terus perut rasa sebu.


So pada keesokan harinya (Selasa iaitu semalam) mama lil star tak makan corn flakes lagi untuk breakfast. Mama lil star makan pisang ngan kurma untuk bagi energy. Alhamdulillah rasa okay dah. Semalam mama lil star siap boleh pegi immigration ngan kawan2 buat re-entry permit untuk balik Malaysia bulan dpn. Hiii. Just bila malam la, terus lembik. Tak larat sangat3. So rest je la elok2 kan. Dengan doa semoga hari2 seterusnya akan diberikan kekuatan oleh Allah. ^_^


Pagi tadi pun masa bangun rasa okay je. Mama lil star pun minum air ngan makan spirulina la cam biasa before pegi mandi kan. Masa berus gigi tu, tanpa apa warning, terus wek2 kuar air saje2. Dah la  macam air paip keluarnya, banyak. Hihihi. Mama lil star pun pelik, aikk, minum air pun muntah air ke? Hehe. Tapi bile wek2 kuar air je ni okay la rasa dia. Tak teruk cam wek2 lain. Haha. Pastu bila sampai je lab, mama lil star haus sangat3, tapi oleh sebab kena cepat2 start experiment (supaya dapat balik rumah awal petang ni), mama lil star tahan je dulu. Lepas siap setting semua baru la amik air minum. Hmmm, tapi sudah terlambat... Hehe. Dah rasa tak sedap dah badan. Tapi mama lil star sandar je la kat kerusi ni sambil ngap3 roti cinnamon sekeping buat hilangkan lapar. Pastu mama lil star buat2 la cari journal. Cari je, tapi tak baca ponn. Hehe. Sebenarnya nak update blog pun tak larat ni. Tapi setelah tengok2 description baby masa week 10, terus rasa bersemangat nak update blog. Hiiiii. 


Oh, lately memang mama lil star selalu sangat wek2. Bila time yang rasa loya je tu, bila berus gigi je, terus la.... Hehe. Ayah lil star tak sanggup tengok dah. :p Pastu tadi mama lil star terbaca, masa week 10 ni, baby punya physical change dah takde sangat dah. Sekarang ni just dalaman2 dia dia tengah developing. Agaknya sebab tu mama lil star dah tak rasa teruk cam minggu yang lepas2. Lil star membesar la dengan sihat ye. Main2 la banyak2 dalam perut mama ni, lompat2 macam lompat kat trampoline pun takpe. Hiii. Mama doakan semoga Allah selalu lindungi sayang mama ni. ^_^ 

No comments:

Post a Comment