CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 06, 2010

The critical week has ended~ *berpeluh2*

Malam ni mama lil star dah happy sangat, alhamdulillah. Isnin aritu ada exam kanji, then 2-3 hari tak sihat je macam selalu kan. Then hari khamis ada exam grammar jepun pulak. Jumaat pulak ada Natsuchu (Seminar dekat lab mama lil star yang dibuat masa hujung sem, tengah summer). Natsuchu ni seminar yg cover semua benda yang kita buat daripada setengah taun lepas. So memang mama lil star rasa pressure sangat3. Tambah2 pulak mama lil star belum buat banyak benda kan, sebab sem ni hari penuh dengan japanese classes je pagi sampai petang. So ada masa kat lab pun dalam 2-3 jam je sehari. Pastu pulak tau la kan, baru lepas belajar teruk2, takde nye nak membaca journal la ape la kan. Just boleh buat experiment je. Tapi tak tau kepala ekor. Hehe. Sebab tu mama lil star rasa risau sangat. Mama lil star doa je, bagi la badan mama lil star rasa sedap dan sihat2 supaya mama lil star boleh hadapi benda ni dengan baik.

Alhamdulillah, syukur sangat, lepas daripada exam grammar tu, badan mama lil star rasa ok je, takde dah rasa loya or tak larat. Mama lil star pun boleh makan dah sikit2. Takde la macam sebelum ni, asyik rasa nak lari balik Malaysia sebab sini takde apa yang mama lil star lalu nak makan. Hehe. Pastu mama lil star pun dah boleh masak balik sikit2. Macam hari tu takleh masak langsung2. Tengok ayam, daging, semua pun rasa loya. Siap rasa pening macam nak pitam. Sekarang ni dah boleh la masak sikit2, tapi duduk kat kerusi tepi stove sebab tak boleh berdiri lama2. Kalau berdiri lama2, terus rasa seram sejuk nak pitam. Tak tau la kenapa. So ayah lil star la yang banyak tolong mama lil star, macam selalu. Thank you ayah lil star. ^_^

Esok mama lil star ngan ayah lil star nak pegi clinic jumpa doctor, nak check. Harap2 esok boleh la nak check kan. Pelik jugak kat sini, nape nak jumpa doctor pun teramat la susahnya rasa. Agaknya sebab language barrier kot, mama lil star tak pandai cakap lagi kan. Tapi harapnya cepat2 la mama lil star boleh cakap japanese. InsyaAllah. Tolong doakan mama lil star ye. ^_^

Mama lil star tak sabar nak tengok lil star. Sebenarnya bila badan mama lil star dah alhamdulillah sihat2 ni, mama lil star macam risau pulak, 'Lil star ada ke tak ni..' Agaknya sebab mama lil star pernah gugur kan. Tu yang risau sangat tu. Tapi mama lil star doa je bagi Allah jaga lil star kesayangan mama lil star ni. ^_^


Pastu tadi borak2 dengan ayah lil star, macam mana nanti lil star ye. Sebab sejak2 pregnant ni, mama lil star jadi mengada sangat2, manja terlebih2. Dulu pun mengada jugak, tapi sekarang terlebih2 sampai ayah lil star pun malas nak melayan bila mama lil star tanya soalan pelik2. Hehe. Pastu ayah lil star cakap, ada kawan dia cakap, selalunya anak akan dapat half perangai mak and half perangai ayah. Mama lil star fikir, betul la kot. Macam mama lil star sendiri pun, memang half macam grandma lil star, half macam perangai grandpa lil star. Hihi. Tapi tak tau la nanti lil star nak amik perangai mama lil star yang mana, perangai ayah lil star yang mana. ^__^


Lil star, mama doakan lil star sihat2 ye kat dalam tu, semoga Allah selalu jaga lil star. Mama ngan ayah sayang lil star, tak sabar tunggu lil star keluar nanti, insyaAllah. ^_^

No comments:

Post a Comment