CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 25, 2010

menghabiskan hari isnin seorang diri di rumah

Harini mama lil star pandai2 buat cuti sendiri, tak nak pegi lab. So pagi tadi memang betul2 memalaskan diri. Malam tadi mama lil star tak dapat tidur sangat sebab badan dah rasa tak selesa. Pastu pagi ni sakan la tidur konon2 nak qadha' tidur malam tadi. Hehe. Kesian ayah lil star pegi class sorang2. Dah la dia tak bawak bento (bekal untuk lunch). Kejap lagi mama lil star kena masak la sedap2 untuk dia. Nak masak apa ye. Hmm..

Tadi sambil2 duduk berehat, mama lil star tengok la sekeliling, bilik dalam keadaan disastrous yang tak dapat mama lil star tahan. Jadi walaupun dengan pergerakan yg minimal, mama lil star kemas2 jugak. 'Tadaaa!!' Bilik dah cantik. Sambil2 mengemas tu, terjumpa la pulak ada beberapa barang yang baru mama lil star beli. 




Yang ni mama lil star beli masa jalan2 jauh haritu ngan kawan mama lil star. Tengok benda ni, mama lil star terus amik je. Tak fikir 2 kali dah. Hehe. Ayah lil star tny nak wat apa? Mama lil star pun tak tau. Tapi comel sangat. Bawah dia ada sensor, boleh tukar2 colour bila kita pegang sensor tu. Mesti kena beli. Hiii. ^_^


Ni socks untuk winter, pakai dalam rumah.

Socks ni pun lagi satu perkara yang mama lil star tak dapat nak resist. Comel sangat pattern strawberry tu. Lagipun yang ni memang needed. Sejuk2 masa winter nanti takkan kat rumah nak pakai socks untuk keluar kan, kan. Hehe. (Kalau ayah lil star dengar ni, mesti dia cakap "Yela2. Pandai je bagi alasan." Hehe)



Bag ini sangat kena dengan taste mama lil star. Love Love Love.

Masa ni kebetulan je jalan2 kat Sapporo eki. Ayah lil star nak pegi toilet jap. Sambil tu mama lil star pun jalan2 la kat kedai tepi2 tu. Teng tedeng. Haha. Ternampak la pulak bag ni. Banyak kali mama lil star tilik bag ni. Fikir, nak beli ke tak, nak beli ke tak. Last2 dah pusing2, datang balik kat bag ni, kena ambik jugak. Tak boleh pegi mana2 dah lepas nampak bag ni. Haisy. Hiii. Ayah lil star pun perli lagi, "Bag kat rumah tu semua nanti nak buat apa?" Lil star, garang la ayah lil star ni kan. Hehe. Pastu setelah dibodek2, berjaya la jugak mama lil star mendapatkan bag ni. Hihihi. ^_^.


Yg ni pun untuk winter, blanket kecik untuk letak kat lap ke, mana2 la.

Ok yang ni pulak, mama lil star terjumpa kat kedai yang sama dengan bag tadi. Mula2 tengok tu, rasa cam tak perlu. Tapi bila belek2, terfikir pulak, yang ni boleh belikan untuk Lil star. Dah alang2 blanket ni murah je, beli je la. Lagipun memang warm betul. Untuk winter kan. Bagus la untuk Lil star nanti insyaAllah. Lagipun colour dia ok untuk boy or girl (memandangkan belum tau lagi lil star ni boy ke girl ke kan). Dia bukan pink tau. Macam light maroon. Tepi2 dia brown. So mama lil star pun beli je la. Ayah lil star pulak, bila mama lil star cakap je nak beli untuk lil star, terus dia cakap okay. Takde perli2 dah pun. Hmmm.

Ok mama lil star kena rest. Nanti perut sakit balik. Jom lil star, kita berehat sambil tunggu ayah lil star call jap lagi. ^_^

No comments:

Post a Comment