CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 01, 2010

kesibukan melanda



In front of engineering faculty Hokudai. ^_^


Minggu ni kat sapporo dah start la turun snow. Hari isnin lepas memang snow turun dengan meriahnya la. Temperature pun dah negative. Ahad malam haritu masa tengok weather forecast, mama lil star terkejut sebab tiba2 je isnin tu temperature drop teruk2 kan. Tak boleh nak imagine camane. T_T

Tapi alhamdulillah kebetulan mama lil star ngan ayah lil star dah pegi shopping kat Uniqlo ahad tu, dah beli down coat satu. Sebenarnya teringin nak yang kaler putih ada bulu2 kat hood dia tu. Huuu. Tapi sedih sebab kaler putih dah takde size. Tinggal S ngan XL je. S sah2 la tak muat kan. Kekeke. XL lak, dah macam kotak bergerak pulak. Hmmm. Lama duk belek2, brown ngan hitam je ada size. Last2 terpaksa la amik yang brown jugak. Sebab hitam macam pelik sangat je mama lil star pakai. Hiii. So kiranya ahad tu beli, isnin terus pakai. Ayah lil star pun jeles dengan jayanya. Haha.

So isnin malam tu, alhamdulillah dengan berjayanya mama lil star ngan ayah lil star berjaya meredah kesejukan malam -4 degree! Yosh!! Haha.

Tapi yg penting sekarang kena careful bila jalan. Sebabnya snow yg dah keras2 tu tersangat la licin nya. Dah macam itik jalan kedek2. Kekeke. Nanti bila2 mama lil star nak ajak ayah lil star round2 amik gambar la. Snow cantik sangat. Suka2. (Ye, saya memang jakun.) ^_^

Oh, lupa pulak nak cerita pasal kesibukan melanda. Mama lil star sekarang ni tiap2 hari kena run experiment dengan bersungguh2. Senior mama lil star cakap, kalau boleh, dia nak suruh mama lil star siapkan semua experiment by end of december ni. Sebabnya, nanti dah masuk january, mama lil star pun dah tak boleh bergerak ke kan. So better siapkan terus, nanti analyse data ngan tulis paper je untuk conference bulan 8. Dalam erti kata lain, dia kasi chance la mama lil star nak bersenang lenang sikit lepas ni. Gembiranya rasa hati. Alhamdulillah. ^_^

Mama lil star cerita kat ayah lil star pun, dia happy je dengar. Yang paling penting, boleh la mama lil star jaga lil star dengan baik nanti insyaallah. ^__^

No comments:

Post a Comment