CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 27, 2010

mahu pulang -.-

Sekarang mama lil star still lagi kat lab. Baru lepas amik data experiments yg lepas2. Harini sangat bosan. Konon2 harini ngan esok mama lil star nak buat experiment. Tapi fikir2 balik, cam malas la. Sebabnya senior mama lil star takde. Kang meletup pape kat belakang tu, habis la kena marah ngan dia sampai taun 2012. Huhu. So mama lil star pun postpone la experiment semua ke tahun hapadan. Hii hii. Sebenarnya harini class semua dah start cuti. Lab mama lil star pun diorang nak kunci daripada Dec 29th sampai la January 3rd. Nak suruh orang holiday. Kekeke. Pastu oleh sebab sekarang ni tengah winter, diorang kena drain out air so that nanti takde la air membeku dalam paip. So esok maybe takde air. Kesimpulannya? Esok takyah datang lab lerr. Hehehe. Suka2. ^_^

Harini pun sebenarnya tak ramai pun datang. Ada la dalam 7-8 orang je. Tu mama lil star ingat tadi nak balik awal harini. Tapi pagi tadi on the way datang lab, jalan sangat3 la licin. Banyak kali nak terslide2. Aiyakkk. Tu yang nak tak nak, kena tunggu ayah lil star habis buat kerja, balik ngan dia. Tak berani nak balik sorang2. Kang tegolek tak pasal je. Dah la sekarang ni titik graviti kat badan ni dah ke depan. Haha. Lil star cepat sangat membesar ye. Campur chocolates, cakes, ice creams lagi. Mama lil star dah jadi macam giant. Kekeke.

1) Dalam satu hari, kalau mama lil star duduk diam je tak banyak bergerak, lil star tersangat la sakan bermain, pusing sana pusing sini. Kejap timbul belah kanan, kejap timbul belah kiri. Haha. Tapi bila mama lil star pulak banyak bergerak, lil star diaaaaam je. Tak gerak2. Nanti dah malam orang nak tidur, baru la dia start pusing2. Hii hii.

2) Sekarang mama lil star dah kena tidur dikelilingi bantal2an. Huhu. Dah kena tidur mengiring kanan sahaja ye. Kena tuck bawah perut especially. Pastu nak bagi sedap, letak lagi satu kat belakang bagi tak sakit belakang.

3) Tiap2 hari kalau jalan lama sikit, mesti sakit belakang.

4) Alhamdulillah kaki mama lil star takde bengkak2 lagi. Mama lil star terbaca, kalau kaki bengkak2 tu, kena banyakkan berjalan. Agaknya sebab mama lil star berjalan everyday pegi balik lab, tu yg sekarang ni so far alhamdulillah okay.

5) Lil star paling suka timbul2 lepas subuh. Start la dia tergolek2 dalam perut ni, kejap sana, kejap sini. Mama lil star selalu nak tergelak sorang2. Huhu. Alhamdulillah, moga2 lil star sihat2 selalu ye. ^_^

Lusa ada check-up lagi! Harap2nya tak kena berleter lagi sekali sebab gain weight banyak! Kekeke. ^_^

No comments:

Post a Comment