CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 13, 2011

Extend masters ???? Tidakkk !!

Alhamdulillah harini mama lil star berjaya siapkan 1 lagi experiment. 3 more to go! Mama lil star berazam nak buat 1 experiment per week. So tinggal lagi 3 minggu buat experiment, pastu rilekk. Analyze data je. Sekarang pun dah mengah2 naik tangga, takde maknenye nak buat experiment lepas dah 8 months preggy. Hii hii. Tadi pun kemain bersungguh2 mengangkut liquid nitrogen okay. Berat. Tapi nak wat camane, terpaksa. Just kena pandai2 la angkat tu, konon2 cam weight lifting exercise. Keke. Harap2nya semua okay. Ya Allah, tolonglah hambaMu ini~ 

Kisahnya, haritu yang mama lil star mintak ngan sensei nak cuti 3 hari tu kan, sensei dah siap bagi suggestion suruh extend masters setengah tahun sebab nak suruh mama lil star rest. Oh no no no! Tidak sama sekali. Dah le orang lain buat masters setaun setengah je, mama lil star ni haritu dah amik intensive japanese course setengah taun, campur masters lagi 2 taun, ni nak extend pulak lagi setengah taun? Sangat2 la tidak mahu ye. Total 3 taun dah macam buat phd, padahal nak buat masters je. Pulak tu kalau dah habis masters tu dah leh keje takpe gak, ni nak kena sambung phd dulu baru boleh keje. Aiyakk. Tak larat blajo lama2. Wuwuwu. T_T

So mama lil star pun pegi la jumpa sensei dengan bersemangat waja, nak bagitau tak nak extend. Lagipun uia pun tak bagi duit kalau extend lagi. Ni pun dah kira mama lil star extend setengah tahun sebab language course haritu. Tak dapat scholarship adalah tak bess. So mama lil star pun cerita la situation tu kat sensei. Nasib baik sensei ni jenis yg pentingkan scholarship. Bila dia dengar je uia tak bagi scholarship dah if tambah lagi half a year extension, terus dia kata "Bahaya2.." Bagus2. Keke. ;p

Sensei mama lil star cerita jugak, kalau cikgu2 kat sini, bila expecting, dapat cuti 6 months before due, ngan 6 months after deliver. Ini yg dinamakan kebahagiaan. Haha. Gembira kan? Cuti setaun, pulak tu gaji jalan. Seronok ke tak? Huhu. Tapi cikgu je la macam tu. Kalau kerja lain, depends kat company masing2. Kalau company tu kecik, maybe terus kena quit the job. Sebab tu agaknya dia ingat mama lil star memang dah takleh buat kerja dah sekarang. Tu yg dia suruh cuti 6 bulan tu. Mama lil star takmo la. Kalau kat Mesia takpe la jugak. Seronok cuti2 Mesia. Ni duk kat sini, mesti la kena betul2 manfaatkan time yg ada. Pastu cepat2 balik Mesia kan. Rindu tanah airku. T_T

Jadinya, mama lil star kena la berusaha bersungguh2 nak prove kat beliau yg mama lil star boleh buat kerja dengan baik. So plan mama lil star, insyaAllah habis buat 4 experiments ni nanti, dah nak start tulis paper. Nanti dalam pantang pun tak boleh goyang kaki! Yosh! Semangat2! Moga2 Allah bagi kekuatan kat mama lil star, dan semoga semuanya dipermudahkan. Ameen. T_T

2 comments:

  1. salam Ya!!
    huhu..bagus2, semangat2!! that's the good of u =D
    smg Allah permudahkan urusan ko..
    miss u, take great care dear.

    ReplyDelete
  2. ain! tq, ameen2. aku kena jadi cam ko nih. hehe. miss u too!! ^_^

    ReplyDelete