CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 07, 2011

Meredah -6 degree C

Harini hari last mama lil star bermalas2an di rumah ketika orang lain sibuk membuat kerja di lab. Hii hii. Bangun tidur tadi dah tengahari, ayah lil star dah siap nak pegi solat jumaat dah. Isy, sila jangan ikut perangai ni okay. Hehe. 

Sebenarnya mama lil star plan harini nak pegi bank nak tukar address yg dah berzaman tak tukar2. Sebabnya dah masuk 2011 ni, allowance dari uia pun dah nak masuk la kan. Nanti address lain2, problem pulak. Tu yang dah masuk taun baru ni baru la terkedek2 nak pegi tukar address. 

So tadi dengan tabahnya bangun tidur, minum air sikit, terus keluar dengan confident, ingat tak snowing. Sebab tengok kat tingkap macam takde pape je. Sekali bukak2 pintu je berderu2 snow masuk. Aiyakk. Lebatnya. Tapi takpe sebab suka. Haha. Temp -6 pun enjoy je. Hii hii. Biasa la, winter kali ni kira first experience mama lil star ngan ayah lil star jumpa snow kan. Suka la kalau tengah snowing tu. Lagi pulak, kalau tengah snowing sebenarnya tak rasa sejuk macam masa tak snowing. So gembira la. Hati bunga2 je. ^_^

Balik dari bank, bukak2 fb, tengok ramai nya kawan2 mama lil star baru bersalin. Sekarang ni profile pic kawan2 dah dipenuhi gambar2 babies okay. Sangat2 la excited mama lil star tengok. Tambah2 yg dapat baby sebijik muka diorang. Memang besttt la. Kekeke. Ok la, mama lil star nak citer condition mama lil star yg alhamdulillah dah 7 bulan pregnant ni.

1) Menyambung siri sakit belakang. Tapi bukan kat lower back. Sakit kat belah atas. So mama lil star pun dah start cari2 exercises to relieve back pain. *Baru nak start okay. Kekeke.* 

2) Nafas dah jadi makin pendek. Mama lil star selalu mengah2 tambah2 lepas makan. Makan dah tak boleh banyak2. Kena makan macam masa 1st trimester dulu, small portions tapi kena frequent.  

3) Mama lil star dah makin cepat penat. Kalau ikutkan, nak tidur je satu hari. Tak nak buat pape. Haha. Tapi kena paksa diri gak, kalau tak, nanti kompem malas bergerak terus. 

4) Sekarang ni lil star punya movements rasa kuat sangat. Macam boleh imagine dia gerak macam mana. Kadang2 sampai mama lil star pun tergerak sekali ikut tendangan padu dia. Ngilu sikit. Hehe. 

5) Mama lil star dah makin susah nak ubah position. Bila duduk, susah nak bangun. Bila berdiri, susah nak duduk. *Rumah kitorang style jepun, takde kerusi2 ye. Huhu.*

Mama lil star rasa tak banyak sangat pun yang berubah. Just dah kurang comfortable dengan badan sendiri je la. Tapi takpela, insyaAllah lagi about 2 months je to go. Sabo2. ^_^

No comments:

Post a Comment