CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 15, 2011

36 weeks

Firstly, mesti la nak cakap Salam Maulidurrasul. Banyak2kan la selawat, bukan harini je, tapi tiap2 hari, sampai bila2. ^_^ Bila maulidurrasul, maksudnya nextweek birthday mama lil star ikut tahun hijrah. Patutnya mama lil star kuar masa maulidurrasul la, 12 rabiulawwal, tapi ter overdue seminggu, mama lil star kuar 19 rabiulawwal. Hehehe. Tapi still nak suka gak sebab dekat2 ngan maulidurrasul. Hii. Semoga dapat la keberkatan tu jugak. Ameen. ^_^ 

Ok, sekarang dah nk cukup 36 weeks pun mama lil star expecting. Alhamdulillah. Kalau ikut due date nye, lagi 4 weeks to go. Kalau lil star kuar on time la kan. Hii hii. Start daripada hujung last week, mama lil star dah rasa betul2 tak larat. Tak tau lah kenapa. Sebelum tu bukan main energetic lagi. Siap boleh naik turun tangga lompat2 lagi. Kekeke. ^_^

Last friday sebenarnya public holiday kat sini. National Foundation Day. Mama lil star ada presentation last wednesday. So lepas presentation tu, balik rumah, hari khamis dah taknak pegi lab. Pandai2 buat cuti sendiri. Hehe. Pastu cuti la straight sampai ahad. Then semalam, isnin, rasa tak sihat lagi. Tak larat sangat3. So ponteng lagi. Lagipun kena siapkan report untuk class. Hehe. Duk rumah je le jawabnye. ;p

Pastu tadi, badan rasa okay dah. Bangun tidur tu mama lil star siap2 la nak pegi lab. Masa berus gigi tu, tiba2 termuntah kuar darah. Tekejut sangatttt. Tak tau kenapa kuar darah pulaknya. Huhu. Then lepas tu, badan mama lil star slow2 rasa tak best. Pegi lab, tapi tak sampai 3 hours, dah tak selesa sangat2. Heartburn melampau2, badan pun dah lemah je. So terus mama lil star pegi amik sample, amik semua notes, cabut balik rumah ler, apa lagi. Hehe. Plannya nak buat kerja kat rumah la kot kalau esok pun tak larat lagi. Tengok camane kan. 

Sekarang ni rasa cam nak mintak cuti terus je ngan sensei. Tapi tu la, 2 benda lagi belum setel. Result carbon analysis ngan powerpoint presentation pasal project mama lil star kat sini. Next month sensei mama lil star nak gi uia. Dia kena cerita progress mama lil star kat sini. Peningnya. T_T 

Rabbi yassir wa la tuassir, Rabbi tammim bilkhair. Ameen. 

Lately, bila malam je, lil star kemain la bersungguh2 main. Tolak2 perut orang sampai senget2. Kekeke. Tapi yg kelakar tu, kadang2 sampai boleh rasa tapak kaki dia. Kecik je. Comel sangat3. Haha. Tapi kejap2 je la. Agaknya lil star tengah stretching kot time tuh. Hii hii. Bila laa lil star nak kuar ek. Huhu. can't wait to see u sweetie! ^_^

1 comment: