Wishing a Happy New Year to everyone! Hopefully belum lambat lagi ek. ^^
Actually semenjak dua menjak sambung study balik ni asyik busy je x sempat nak baca2 blog dah. (Busy bersosial je padehal)
Ni tengah prepare proposal untuk exam skali ngan paper pastu otak jammed. Rasa2 macam nak cerita pasal baby baru pulak la kan kan kan. Lagipun memandangkan harini bday dia 6 bulan. Alhamdulillah ;)
So terima la kisahnya.. ;p
Alhamdulillah, 6 July 2013 ktorg dikurniakan seorang baby boy yg macam mama (mesti macam mama pulak okay, sbb aufa dah macam ayah) yg diberi nama Ahmad Ziyad Nayl ^^.
So kat sini mesti la nak cerita pengalaman bersalin kan. Tu je motifnye. ;D 6 July ni hari Sabtu. Ktorg plan nak balik Alor Star nak bersalin kat sana la kan kisahnye. Mula2 nak balik lagi awal, tapi kalau awal2 sgt nnt menganga je tunggu baby kat rumah. Dah la kena berjauhan dengan suami tercinta. Sedih sobsob nnt. So memandangkan due date 11 July, plan la nak balik 6hb malam. Masa tu feeling2 baby cam xnak kuar lagi. Cam xde tanda2 je kan. So Jumaat 5hb malam tu start la buat few exercises nak bagi baby cpt2 kuar. Kononnya balik alor star 2-3 hari terus boleh deliver la kan. Sekali masa tgh tidur malam tu bangun pegi toilet then terus rasa contractions sikit2 start kul4am camtu. Cepat sangat effects dia. Hikhik. Memula expect sebab Aufa tgh df, so mmg sakit la sikit kan. Tapi makin lama mcm regular je. Dah start senyum sorg2 dah masa ni haha ;p Sambil fikir hospital maaanaaa aku nak serbu ni. Sbb xde plan langsung nak bersalin kat KL. Dah la hospitals around situ macam x syok skit reviews dia. Damai nurse x best, Kohilal dokter garang, Ampang Puteri suka czer, Naluri nurse kerek. Plus, selama check up mama penah pegi Kohilal je 3-4 kali. Yg lain sume check up kat UIA jer. Last2 rasa cam nak g Hospital Ampang je lah. Ada member HO situ. Laju2 google maps, sbb review byk ckp ok gak laa Hosp Ampang ni. Tapi nnt discuss ngan suami tercinta dlu.
Dah dalam 2 jam contractions tu kejut2 suami tercinta tu, "Syg, sakit perut la". Dia macam "Yekeeee..." Tido balik. Grr. Dia x tanya pun baby nak keluar dah ke?! Sampai la pagi tu masa dia nak siap2 gi kerja cakap terus terang je "Rasa macam dah nk branok ni" Baru la beliau pun duduk tengok kelip2 sambil tny "Betul2 ke? Camtu ki x g keje la harini." "Takpe, pegi je la, sempat kot by tengahari syg balik" "Eh, xpe la, kang tetibe pape kang" . Pagi tu ktorg pun turun la tengok tv berdua2an tinggal Aufa kat bilik tengah tido. Pastu excited tepon mak dan tok sekalian gtau nak bersalin dah kottt. Pastu apa lagi, kalut la sume org tepon "Dah pegi hospital lum?" "Bila nak pegi?" Siap tepon adik dan adik ipar ku suh jaga Aufa. Padahal Aufa x bangun pun lagi. Haha. Last2 kul11 lebih camtu dah kuar blood show, so mama ckp ngan ayah jom la pegi. X larat la nak jawab tepon sume bising suh g hospital. Nak pegi Hospital Ampang pun xtau blah mana cos x penah pegi. Nak kne carik jalan lagi kan.
Eh panjangnye kisah. Ok lah, dipendekkan cerita, masa sampai tu diorg suruh baring la nak buat CTG ngan VE. Dokter kata baru bukak 2cm. So ok la. Lagipun ms tgh baring lama2 tu xde plak contractions nye. Hikhik. Dokter pun tny nak balik ke nk stay. Teeeerus ckp nak balik. So diorg pun bagi la balik. Balik2 tu dah kul2 terus solat Zohor then tegolek2 tido sebab ngantuk sangat plus konon2nye nak mengumpul energy nak push ;p
Bangun tdo masa tu dalam kul4 makcik tersayang mama dtg bwk laksa hihi. Dia ckp dia dlu makan laksa trus nak branak. Haha ;D. Masa tu dah start rasa sakit kuat sikit. So try la buat few positions untuk kurangkan sakit tu kan. Alhamdulillah they really2 helped. Dalam labour kali ni kiranya xde stress macam masa Aufa dlu la. Hee. Lepas tu makan laksa dengan gembiranya. X sempat habis makan dah sakit giler yg x leh makan dah tu. Terpaksa la benti makan laksa yg sungguh enak itu. Then mama cakap kat ayah "Jom la pegi hosp, rasa cam dah dekat dah ni" Then naik solat siap2 terus la kuar rumah dlm kul6 petang.
Masa tu jalan nk pegi Hosp Ampang tu jammed oi! Nasib baik dah tau hosp kat mana. Haha dah macam dalam drama, ayah bawak kete bersimpang siur celah sana celah sini sambil mama duk control breathing fuuu fuuu fuuu. Sampai kat hosp tu ayah terus drop mama dpn Birthing Center then dia pegi parking. Masuk je dlm tu nurse dah x tny apa dah. Terus masuk dlm nk check status cmne. Dia pasang CTG tu dia ckp very intense. Memang rasa cam nak terpatah pinggang masa baring tu. Diorg buat VE bukaan 8 katanye. Pastu ada lagi dua tiga org nk buat jugak VE (nak kena sepak kot haha) tapi nurse yg jaga CTG tu x bagi. Mama x tahan baring tu, ckp la kat diorg, nak bangun kan. Boleh plak diorg cakap "Nanti jatuh camne?" Memang agak sakit jiwa di situ dengan diorang. Sebab kebetulan masa tu xde org nak bersalin. Semua pun datang kt mama sorang. Ramai macam pom pom girls. Pastu mama ckp je nak pegi toilet, yg sebenarnya nak bangun. Xnak baring. Macam2 la pesanan diorg jgn push la jgn kunci pintu la bla bla bla. Okay2 angguk2 sambil tekedek2 jalan masuk toilet. Sambil tu diorang prepare nak tolak mama masuk labour room. Keluar je dpd toilet tu, contraction kuat giler, mama pegang la kat meja depan toilet tu. Masa tu la ketuban pecah sikit campur darah. Legaa sikit. Terus la kelamkabut diorg suh baring dorg nak tolak dah. Sampai kat labour room tu diorg suruh naik katil kan. Ha masa ni nak marah giler. Diorang duk tejerit2 suh cepat naik katil tu. Dah la masa tu tgh contraction. Sabar la. Diorg konon takut baby terkeluar ke ape pun xtau la. Sabar dikk sabarr. Macam apa je tolak2 orang naik katil. Grrr. Dah baring tu dorg terus suh push. Masa tu la ayah masuk. Pastu mama senyum la kat ayah. Nurse sebelah bole plak cakap "Ai, boleh senyum plak" Macam nak tarik rambut dia tak? Haihh.
Pastu mama pun terus la push dan push tapi rasa dia lain dpd masa aufa dlu. Rasanya yg diorg suruh push ni sebenarnye belum betul2 exact time baby nak keluar kot. So macam kita push paksa baby kuar kan. Plus Ziyad pun besar. Takde la gemok bulat2 tu kan. Kurus je tapi tulang diaaaa. Besar gedebok gedebok tulangnya. Lepas push 5 minutes camtu kot baby pun kuar alhamdulillah. Paling happy sebab xde epi-cut. Yang lain2 interventions mcm induce, pecah ketuban pun x sempat dibuat. Kira 100% natural birth alhamdulillah alhamdulillah. Happy sangat. ^^
Alhamdulillah kali ni rezeki Allah bagi camtu je natural birth. Lepas ni nak kena usaha lebih carik gynea yg support natural & gentle birth. ^^
No comments:
Post a Comment