Malam ni dah masuk 31 Ogos. Oh MERDEKA!! Hehe. And 31hb jugak merupakan birthday adik mama lil star yang comel, Nur Ainaa Che Mazlan. Happy 22nd birthday dearie. Dah besa dah ainaa ek. Hehe. Tapi sedih sebab tak sempat jumpa. Esok dia dah nak balik france. Selisih sikit je ngan kitorang. Takpe la, tadek rezeki nak jumpe kali ni. Tapi harapnya bila2 dapat la mama lil star ngan ayah lil stat g jalan2 france. Hiiii.
Ok, nak cerita apa ye. Harini takde cerita sangat la. Just mama lil star ngan ayah lil star bz mengemas barang2 kat rumah sebab esok pagi nak pindah rumah. Rasa seronok pulak nak pindah. Walaupun tak tau nak expect apa. Hehe. Yang penting, mama lil star dah tak payah pegi lab esok. Suka sangat. Hehe. Bila takyah pegi lab ni, mula lah nak tidur lambat2. Pastu rasa tak sihat pun boleh bising2 ngan ayah lil star lagi. Haha. Lagi satu yang happy nye sebab.. Jumaat ni insyaAllah dah balik Malaysia!!! Oh sukanya saya. Gembira, bahagia, teruja, semua la (did I just use the word 'teruja'?wuuwuu.^_^).
Oh, mama lil star tak mentioned yang mama lil star tak payah pegi lab dah sampai la balik Malaysia nanti. Buat cuti sendiri. Hiiiii. Alasan nak beli barang2 rumah. Tapi tak tau la apa yang nak beli sangatnya tu. Alasan je lebih. Hehehe. Mama lil star sebenarnya ingat nak pegi spitel check, tapi tengok la kalau sempat. Takut tak sempat je. Maklum la, nak balik tanah air tercinta kan. Hehehe. Check kat Malaysia je la. Hiiiii.
Mama lil star belum cerita lagi kan, sekarang ni kat sapporo dah start ada banyak rama-rama yang sangat cantik. Bila naik basikal petang2 balik dari lab, nampak rama2 terbang2. Cantik sangat3. Subhanallah. ^___^ Nak ambik gambar, tapi tak bawak camera pegi lab kan. So tak leh la nak amik gamba. Tapi bila tengok tu memang rasa happy sangat2. Rasa hilang semua stress kat lab. Mama lil star senyum sorang2 je tengok. Tapi orang lain buat dek je, malu la pulak kan. Macam jakun je (Memang jakun pun. Haha).
Ok, starting daripada esok, mama lil star tak dapat online dah sampai la balik Malaysia. So tak dapat nak update. Doakan semuanya baik untuk mama lil star, ayah lil star dan especially Lil star ye. ^___^
No comments:
Post a Comment