CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 26, 2010

Week 11

Harini mama lil star suka2 amik cuti sehari. Bukan sebab tak sihat ke apa, tapi sebab nak ngemas barang untuk pindah rumah selasa depan. Tapi sabtu ni dah kena start pindahkan sikit2 barang2. So kena la cepat2 packing barang2. Seronok sangat sebab ngemas dengan ayah lil star. Sekali lagi mama lil star cakap kat ayah lil star 'Macam tak percaya je kita dah kemas2 barang sama2 nak pindah rumah.' Rasa macam tak percaya dah tinggal  sebumbung dengan ayah lil star. Hiiii.

Tapi masa ngemas tu mama lil star tak berani angkat barang berat2. Sebab bila angkat berat sikit je, dah terus terasa kat perut. Risau pulak takut bahayakan lil star kan. Setakat ni dah more than half kot siap packing. Tinggal makanan2 dengan barang2 kat dapur je. Esok boleh la sambung lagi sikit insyaAllah. 

Sebenarnya mama lil star tengah mengunyah ayam goreng ni, ayah lil star tolong gorengkan. Sebabnya hari ni takde makan berat pun. Malam semalam pun apa yang makan sume kuar balik. Tu yang harini lapar lain macam kot. Thank you ayah lil star, sebab tolong jaga mama lil star baik3 sangat. I love you so much. Ni pun ayah lil stat tengah siap2 nak pegi jusco beli barang2 makanan sikit. Bekalan untuk orang tak puasa  esok nak pegi lab. Hehehe. 

Oh, nak cerita ni, semalam serentak mama lil star dapat 4 hadiah. Hii hii. Hadiah apa? 1, daripada supervisor mama lil star. Sebabnya beliau mengirimkan hadiah untuk lecturer mama lil star kat Malaysia. So macam upah la untuk mama lil star. Ni gambarnya. 

Mama Lil Star tak pernah berjaya settlekan puzzle ni, tapi mesti mencuba jugak!!


Ok, seterusnya, atas sebab yang sama iaitu menjadi posmen berjaya, watanabe-san, secretary di lab mama lil star juga turut menghadiahkan mama dengan hadiah berupa sehelai handkerchief yang teramatlah cantik. Sroot sroot. Lihatlah gambarnya.

Cantik kan? Mama lil star sangat suka warnanya. Ohh.


Ok seterusnya, hadiah daripada seorang teman dari Spain bernama Javier. Javier baru saja pulang daripada tour bersama ibubapanya yang datang melawat beliau di sini. Jadi beliau dengan baik hatinya telah membelikan keychain yang sangat comel dari Tokyo.

Tengok la betapa comelnya haiwan ini. *Tak tau haiwan apa* Tapi, yang penting COMEL!!


Ok last but not least, a gift from Asahikawa (Asahiyama Zoo)!! Minggu lepas kalau tak silap, kawan2 mama lil star dapat fund sikit la daripada Hokkaido University (Mama lil star pun boleh dapat, tapi disebabkan condition yang tak stabil, mama lil star pun tak apply la) and diorang pun pilih untuk ke Asahiyama Zoo yang teramatlah famous nya. Mama lil star teringin nak pegi daripada sebelum datang sini lagi sebenarnya. Tapi takpe la, takde rezeki nak pegi kali ni. Harapnya ada kesempatan lagi nak pegi lepas ni. So, yang ni hadiah that they got for mama lil star!

Ok, one word can already describe. CUTE!! Lama mama lil star duk merenung towel ni. Cute3!!


Oh, lagi satu, sekali dengan towel tu, mama lil star dapat jugak measuring tape, untuk measure waistline mama lil star. Nak monitor the change week by week kan. Hiii. Suka sangat!! Thanks a lot to Peng and Wulan! Tengok la ni, tengok la ni.

Kena jaga baik3 sangat ni. Sayang sangat. Teehee!



Ok, sampai sini je nak bercerita malam ni. Nanti cerita lagi ye. Oh ya! Countdown balik Malaysia, tinggal seminggu je!!!!! Can't wait!!!! Lil star dear, nanti kita tengok Malaysia k. ^____^

No comments:

Post a Comment